1 Sep 2013

[VIDEO] GRO Berbaju Kurung Ke Pesta Arak Merdeka


Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. -SH


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tutup saja pusat hiburan tu tak boleh ke ?

satu lagi asyik-asyik hotel bajet saja yg kena serbu. nak dengar juga JAWI pergi hotel mewah.

Tanpa Nama berkata...

Negara kita belum merdeka lagi. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan dimana negara dapat melaksanakan syariat Islam dengan bebas tanpa halangan.

So kesimpulannya negara kita masih dijajah dan kemerdekkaan kita adalah kemerdekaan kepada Yahudi Laknatullah kerana kejayaan ahli FREEMASON bertapak di Malaysia.

Andre Irwan berkata...

Kita hanya merdeka dari segi fizikal sahaja. Kita tidak dibenarkan merdeka dari segi mental dan rohani. Sebab tu sampai hari ini, kita masih percaya bahawa bangsa UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita sedangkan itu adalah satu pembohongan yang paling besar dalam sejarah negara. Mana mungkin seseorang yang tidak pernah melawan British malahan bekerja sebagai kakitangan kerajaan British diistiharkan sebagai "BAPA KEMERDEKAAN"?
Kalaulah Melayu tu dah merdeka dari segi minda dan mentalitinya, sudah depa akan memilih Islam sebagai panduan hidup. Jadi mungkin peristiwa seperti atas akan berlaku? Inilah budaya Melayu Moden yang selalu dijaja bangsa UMNO. Kan bangsa UMNO sentiasa menggalakan konsert dan hiburan? Cuba bayangkan dah 5 tahun tiada konsert di Kedah tiba-tiba disogok dengan konsert ala rock di Taman Tema Bandar Baru Darulaman dan ianya berlaku hingga larut malam? Kadang-kadang terfikir juga pada malam tu, berapa banyak "dara" yang dah didermakan? (Tanpa Menteri Kesihatan MIC).

Tanpa Nama berkata...

Persepsi orang awam terhadap JAWI ialah hanya berani menyerbu hotel bajet tetapi "kecut telur" untuk menyerbu hotel-hotel mewah yang sering kali dikunjungi VIP. Mungkin takut terserampak dengan bos sedang minum "botol besar" dan bersama pelacur.

Tanpa Nama berkata...

syukur malaysia Aman...... boleh tunggang arakkkk.....

Herann Arau berkata...

Apakah perlunya pusat hiburan seumpama itu ? Semua agama melarang perkara yang tidak baik. Hatta yang tak beragama juga mengakui perkara ini tidak baik / jahat SO kenapa tak boleh tutup ajer ? Herannn sungguh !

Tanpa Nama berkata...

MATDEKA MATDEKA MATDEKA
MATDEKA UBIKAYU
MASAK SETOKO AKAT SLALU

MATDEKA MATDEKA MATDEKA
MATDEKA UBIKAYU
MASAK SETOKO MAKAN SLALU

MATDEKA MATDEKA
MATDEKA UBIKAYU

Tanpa Nama berkata...

Itulah, selagi UMNO berkuasa ia akan berterusan forever.