1 Sep 2013

Seorang Kakitangan Awam Maut Terjun Hotel


Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya. -HM

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nauzubillah! Takutkan manusia melebihi takut kpd. Allah.

Unknown berkata...

Saya takut mati...banyak dosa2 saya..post ni myedarkan yg saya masih ada peluang bertaubat sbelum mati..bertaubat secepatnya mungkin esok kita mati jangan lalai dgn dunia

Tanpa Nama berkata...

Pegawai penjawat awam Grade 1 boleh lepas kalau kow tim.

Kalau pegawai polis nak kena tangkap mungkin ditembaknya pegawai jabatan agama.

Tanpa Nama berkata...

Pegawai penjawat awam Grade 1 boleh lepas kalau kow tim.

Kalau pegawai polis nak kena tangkap mungkin ditembaknya pegawai jabatan agama.

Tanpa Nama berkata...

Kes orang melayu lagi......

Sedih, orang melayu masih berfikiran jahiliyah.

wnazmi2020 berkata...

Insaflah kpd yg masih belum insaf

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi kes orang yang beragama Melayu. Kalau dia beragama Islam semestinya dia tak akan buat perkara sedemikian.

din siam berkata...

Cakap biar berlapik broo. Entah2 mamat nie tergelincir masa nak melarikan diri bukannya sengaja terjun !

Tanpa Nama berkata...

Kesian hamba Allah ini, mudah2an dia sempat bertaubat & insaf, tapi bgaimana pemimpim2 negara kita yg terang2 melakukan kezalimam thdap rakyat bawahan, berterusan dgn sengaja pula tu.