20 Sep 2013

Tiada Keraguan Lagi, Najib Bakal Keluar Juga Dari Putrajaya


Kajian: Rakyat mahu Najib letak jawatan?

KUALA LUMPUR: Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.

Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"

Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.

"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.

Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.


Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.

"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.

"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.

Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu.

Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.

Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah. -HD


Cina Melayu mahu BN jalin kerjasama dengan PR - UMCEDEL


Majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kesepakatan dengan Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihan raya umum baru-baru ini, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL).

Dalam pembentangan kajian terbaru hari ini di UM (Universiti Malaya), 69% daripada keseluruhan 1,546 orang responden yang ditemui oleh pengkaji pilihan raya tersebut mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib Razak (gambar) melibatkan PR dalam kerajaan persekutuan.

"Mereka mahu pemimpin kedua-dua belah pihak bekerja untuk membangunkan negara.

"Orang ramai dah terlalu penat, sejak menunggu tarikh pilihan raya sehinggalah selepas berakhir pilihan raya," kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan hari ini.

Lebih mengejutkan, sebanyak 70% responden Melayu bersetuju dengan hasrat untuk melihat kerjasama BN dan PR, manakala 67% lain adalah kaum Cina, hasil daripada kajian yang dijalankan daripada 15 Ogos ke 10 September baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mohammad Redzuan menekankan langkah kerjasama tersebut tidak boleh hanya terarah kepada satu parti dalam PR sahaja, sebaliknya BN perlu menjalin hubungan dengan PKR dan juga DAP.

"Kerjasama mesti dengan semua parti dalam PR. Mereka tidak boleh pilih salah satu parti dalamnya," kata beliau lagi.

Mohammad Redzuan turut berkata kerajaan BN perlu memberi perhatian utama kepada dua parti dalam PR, iaitu PKR dan DAP memandangkan kedua-duanya mempunyai sokongan akar umbi yang kuat daripada kaum Cina.

"Saya tidak fikir BN hanya memfokuskan untuk hanya menjalin kerjasama dengan PAS, kerana sokongan masyarakat Melayu kepada mereka sememangnya sudah kuat.

"Yang perlu difikirkan adalah penglibatan masyarakat Cina, kerana tiada wakil kumpulan tersebut dalam kerajaan,"
katanya lagi.

Kenyataan Mohammad Redzuan tersebut hadir bagi mengulas mengenai cadangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu mewujudkan kerjasama dengan PAS.

Beliau juga menegaskan sepanjang hampir 50 tahun lebih negara merdeka, kerajaan yang mentadbir Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan tidak hanya didominasi oleh satu bangsa sahaja.

"Ia sesuatu yang tidak masuk akal, saya tidak boleh bayangkan kerajaan yang didominasi oleh satu bangsa sahaja.

"Kaum Cina mengawal ekonomi negara, cuba bayangkan kerajaan yang tiada wakil Cina. Apa akan terjadi?"
kata Mohammad Redzuan lagi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara BN dan PR.

Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding.

Dalam kajian tersebut lagi, UMCEDEL juga mendedahkan sebanyak 63% responden mengakui suara rakyat bertambah susulan peningkatan ahli parlimen PR selepas pilihan raya lalu.

Selain itu, 55 peratus responden juga mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengemudi PR walaupun gagal untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya lalu.

Mengenai persepsi orang ramai terhadap prestasi Najib yang gagal memperoleh majoriti dua pertiga, Mohammad Redzuan mengakui ada pihak yang juga mahukan perdana menteri tersebut mengikut jejak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meletak jawatan.

"Kalau dahulu Abdullah dipaksa letak jawatan sebab tidak dapat majoriti dua pertiga, sekarang juga ada pihak yang mahukan Najib lakukan perkara sama,"
katanya lagi.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Najib dan BN kembali berkuasa di Putrajaya dalam satu persaingan sengit yang menyaksikan PR memenangi undi popular tetapi masih tewas dalam pilihan raya.

BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Mohammad Redzuan pada akhir pembentangan berkata rakyat majoritinya ketika ini mahu melihat keadaan tenang dan aman dalam negara, serta kurang berpolitik.
-TMI


ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah ulas di SINI. Petikan:

Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara.

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, "sunnatullah". Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.


Hukum kebenaran dan keadilan tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun walau betapa hebat kekuasaannya di dunia. Setiap yang zalim akan terima hukumannya. Dimanakah kezaliman Najib? Kezaliman utamanya terletak kepada ketidak-peduliannya untuk mendengar suara rakyat supaya SPR dibersihkan. Ada sesuatu yang cuba disorokkan daripada rakyat supaya penipuan di dalam pilihanraya terus dapat dijayakan.

Apabila Najib tidak mahu melayan tuntutan rakyat supaya SPR dibersihkan agar pilihanraya yang bersih dan adil dapat dilakukan, hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya di mana penghuni langit tidak akan memperdulikan Najib lagi.

Jangan lupa bagaimana nasib yang menimpa seorang Ketua Menteri yang begitu boros dan zalim terhadap rakyat di negerinya... iaitu Mohd Ali Rustam. Tanpa ribut, tanpa taufan... beliau yang merasakan dirinya "paling agong" di negeri Melaka, terlibat pula di dalam usaha menghuru-harakan ceramah-ceramah PR di Melaka, akhirnya tersungkur lebur di tangan seorang yang tidak sehebat mana pun, hanya seorang Ketua Pemuda (AMK) PKR. Namun, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Yang bersalah akan tetap menerima balasannya.

Dan nasib yang serupa bakal menimpa Najib. Apa yang kita lihat, jahatnya Najib, saling tak tumpah macam Ali Rustam juga, malah lebih teruk dan dasyat lagi. Putrajaya dan Parlimen yang mulia itu tidak mungkin boleh menerima PM yang banyak berdusta dan mengkhianati rakyatnya untuk tempoh yang lebih lama. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

GB pernah ulas sebelum ini, iaitu sebaik saja keputusan PRU13 diumumkan, GB kata, kemenangan yang diperolehi dengan penipuan itu tiada keberkatannya dan kerajaan yang dibina di atas dasar penipuan itu rapuh dan bakal tumbang bila-bila masa. Maaf cakap, dari pemerhatian GB, rakyat hanya menunggu masa dan ketikanya untuk melihat beliau bakal jatuh macam cempedak busuk ke tanah dan partinya bakal berkubur!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Klu dapat cepat sikit keluar drp putrajaya adalah amat2 dialu2kan. Dan sekarang ni ternyata Ku Li akan lawan najib buat kali terakhir mudahan2 Ku Li menang dan tamatkan riwayat dua laki bini berkuasa di Melayasia.

Tanpa Nama berkata...

Wahai saudara, bukan tak nak turun. Ingat senang ke nak lepas gitu aja. Pintu mahkamah nanti dibuka oleh roh budak mongol tak ke haru biru. Eeiiii seram.

Amuraria berkata...

geng mamak kutty kerala mari dok usyar dah ! siap konspirasi geng mamak malabar pengkhianat negara mahu masyuk! ABU jangan lupa !

Andre Irwan berkata...

"Jangan sampai yang dikeluarkan tu "harimau", yang masuk tu "buaya"."
Jangan lupa Mahathir Kutty sudah memulakan langkahnya. Dia dah mula buat kenyataan yang kononnya tidak "menguntungkan" UMNO. Dia mahu pemimpin lama diganti dengan pemimpin baru. Yang dia lupa ialah pemimpin lamakah ? atau baru kah? dalam UMNO, semuanya tidak berakhlak dan tiada integriti. Jangan lupa dengan menggantikan pemimpin lama dengan yang baru, ibarat macam kita gantikan isi sup daging dengan daging kambing. Isinya bertukar tapi kuahnya tetap mempunyai rasa yang sama.
Lihat saja anak Mahathir Kutty yang menjadi MB Kedah iaitu Mukriz Kutty. Baru memerintah Kedah dah tak mampu selamatkan Insaniah, satu-satunya pendidikan tinggi di Kedah kepunyaan kerajaan negeri. Kalaulah dia ambilalih Kedah macam waktu Ustaz Azizan, tentu dia pengsan. Hutang banyak yang belum langsai. Ini hutang dah dikurangkan, masih kata tak mampu. Kasihan melihat orang Kedah, termasuk aku, yang mempunyai seorang MB yang impotent.
Lupa aku akan Mukriz Kutty. Adakah dia ni Melayu? Mahathir sudah memulakan langkah untuk menjadi Malaysia sekali lagi dengan legasi Kutty. Malaysia Boleh. Jangan lupa sebab Melayu Mudah Lupa. Siapa yang cakap kalau bukan Mahathir Kutty?

Tanpa Nama berkata...

Tak keluar keluar lagi ke ????
Buat habis beras aje....
Harga beras kampong pun dah naik jugak !

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang berani menyuruh PM berundur.. Dalam Umno sendiri tidak berani mencabar beliau. Apa guna membuat kajian kerana jawapannya sudah jelas..." tiada siapa berani mencabar "
Ada berani Bro Umno! Ini semua ketentuan Allah, kata ustaz

Ahmad Dzul Mohd berkata...

dlm suasana politik ketentuan mengambil kira faktor sejarah merdeka serta keamanan dijadikan kunci medan kuasa perlaksaan 1 hari maka utk hari ini kita dipihak pembangkang bukan penentang parlimenlah gerak-gempur kesempatan majoriti penentuan didahului negeri-negeri.......?hanya ahli parlimen yg berhemah,dui-lingua serta berhikmah yg akan berjaya,inshaallah!tiada cara lain kerana ketentuan 1 hari itu hak mereka?