20 Sep 2013

Jika Anak Bertanyakan Soal Seks...


Berapakah usia anak anda? Nah, akan sampai waktu ketika mana anak-anak kita bertambah besar dan mula bertanya tentang sesuatu yang mungkin membuat muka kita mejadi merah padam iaitu persoalan seks. Atau kalau pun tidak bertanya, mereka menyatakan dan mungkin juga tidak sadar akan ertinya, karena pengaruh pergaulan. Bagaimana sikap kita terhadapnya nanti?

-pertanyaan yang diajukan anak soal berhubung soal seks adalah normal. Seiring bertambahnya usia, otak anak kita juga mengalami perkembangan. Untuk itu ibu bapa perlu memberi jawapan ke atas pertanyaan-pertanyaan anak agar pengetahuan anak boleh bertambah.

Memasuki usia pra-akil baligh, anak-anak mulai tertarik pada hal-hal berhubungan dengan persenyawaan. Salah satu di antaranya tentang kehamilan dan kelahiran. Menghadapi pertanyaan berhubung masalah seks, ibu bapa perlu keluar dari budaya pantang larang di dalam membicarakan soal seks.

Yang perlu sangat kita perhatikan adalah jangan sampai anak mengetahuinya dari teman atau buku-buku yang tidak sepadan untuk mereka. Ibu bapa perlu memberikan jawapan yang sesuai dengan usia mereka, perkembangan mental dan perkembangan emosi anak, serta menguncinya dengan pengetahuan agama.

‘Contohnya, sel sperma dapat bertemu di rahim ibu melalui proses hubungan suami isteri yang sudah bernikah.

Dalam menjawab pertanyaan seperti itu, bu bapa juga perlu mengenali anak-anaknya. Ada anak yang setelah mendapat jawapan, dia berhenti bertanya. Ada anak yang terus bertanya sampai dia merasa puas. Agar dapat memberi jawaan, ibu bapa dituntut untuk terus menambah pengetahuannya dengan banyak membaca.

Usahakan pula menjalin hubungan yang harmonis dengan anak, dengan cara berkomunikasi yang baik agar anak tidak merasa takut atau enggan untuk berbicara dengan ibu bapa. Jika ibu bapa dapat memberikan rasa keselesaan kepada anak, anak akan merasa nyaman untuk bertanya. Jika ibu merasa malu menjawab, nyatakan perasaan ibu itu. Misalnya, ”Aduh, ibu malu nak menjawabnya.” Jika ibu belum mempunyai jawapannya pula, katakan pada anak bahawa ibu tidak tahu dan berjanji untuk mencarinya di buku atau bertanya pada orang yang lebih mengetahuinya. Jangan lupa untuk berbincang dengan suami atau rakan yang dipercayai tentang jawapan terbaik untuk diberikan kepada anak itu nanti.

2 ulasan:

Hidupringkas berkata...

Ini memang soalan mencabar untuk dijawab bila ditanya oleh anak-anak. Tq for sharing

Tanpa Nama berkata...

kalau nak ilmu songang, senang aje, suruh rujuk tv 3suku dan utusan meloya. dua ekoq ni ada sifu dlm soal seks awam. tak pernah miss pasal liwat liwat liwat seks seks seks...mungkin kementerian pelajaran boleh buat satu.mata.pelajaran khas dgn.mentornya dua ekoq di atas.