23 Sep 2013

Selangor Naikkan Hadiah Anak Masuk Universiti Kepada RM3000


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.

“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jom kita pergi ke blog manjung mari...ada pencacai umporno juragan69...pencacai tegar

Tanpa Nama berkata...

Apamacam negeri2 di bawah pimpinan BN/UMNO, tak nak ikut pemberian begini atau ada yang lebih baik dan menguntungkan diri dan kroni saja. Janji hidup senang dan apa peduli orang lain sendiri dan kroni didahulukan dan yang lain di persetankan.

Tanpa Nama berkata...

Sy berpendapat syarat kelayakan pendptn isi rumah itu patut dinaikkan kerana sy yakin gaji isi umah Rm3000 pun dikira miskin pd ms sekrg terutama di Selangor mcm sayalah...

Tanpa Nama berkata...

Menetapkan syarat TUNGGAL - pendapatan RM 1.5k dan ke bawah, saya kira tidak mesra rakyat/pengundi
Bagi keliarga kecik mungkin ngam tapi bagi keluarga besar camno?
Tan Sri kena timbang & ambilkira juga apahal bagi yang kalau kira pendapatan memang RM 2k tapi anak 9 atau 10 orang dan yang masih bersekolah dok ada 5 atau 6 0rang lagi camno ya?
Betolla bukan kejaan suroh buat anak ramai tapi dah ada bini beranak juga.
Ke anak hat ramai tu dikira BENDA LAIN pulak? lalu hilang kelayakan

F-aRn berkata...

Setuju...byr duit ansuran kereta proton dan ansuran rumah, tinggallah sedikit rezeki utk mkn dan belanja sekolah anak2.

Tanpa Nama berkata...

Ini tidak adil:) sudah la bonus raya dia bagi 1 bulan gaji, anak masuk universiti pun dapat lagi RM3000.

Duduk pahang, johor dan melaka dapat jugak ker??

Tanpa Nama berkata...

Mengarut betoi kerajaan Slangor nie. Buat perabih duit saja. Ini akan mengakibatkan tercetusnya perlumbaan dan persaingan di kalangan anak-anak pelajar dan ibu bapa.......

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur kepada pelajar dari Selangor kerana kerajaan negeri Selangor sanggup bantu rakyat kurang beban kedua - dua ibubapa. Anak dapat belajar dengan senang tanpa risaukan akan kewangan ibubapa for sure ianya membantu meningkat kualiti pelajar kalau masalah ini dapat dikurangkan.

Kepada pemerintah UMNO. Have you think about it????

Tanpa Nama berkata...

negeri lain rasuah agenda utama mereka.Beli barang, project dan segala penbelanjaan kerajaan harga yang selalunya melebihi jankauan.Dari pemimpin No.! negara hingga kebawah otak mereka hanya komisyen.Beli kapal selam, jet pejuang dan kereta kebal kalau di bandingkan dengan negara negara lain, jauh bezanya.Ini lah bukti negara kita rasuah dah jadi barah.Syabas Selangor, immarakkan masjid, banyakkan ceramah ugama dan ajak rakyat bersholat insya Allah di murak kan rezeki serta aman.