23 Sep 2013

Pulau Pinang Dahului Negeri Lain Beri Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang


Pulau Pinang lulus peruntukan pada ADUN Umno

Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu.

"Selepas mekanisme peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata, langkah itu menunjukkan bahawa Pakatan bersikap terbuka, menghormati prinsip dan semangat demokrasi dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Oleh itu, katanya, berbeza dengan amalan konfrontasi BN dan menerima anjuran pendamaian nasional, mesyuarat exco meluluskah peruntukan itu "mengikut mekanisme ketat yang ditetapkan". -mk

Umno: Peruntukan bukan duit Guan Eng pun


"Wang itu bukan milik Lim (Guan Eng), tapi rakyat," begitu reaksi segera Ketua Pembangkang Pulau Pinang Jahara Hamid ketika ditanya tentang peruntukan RM40,000 untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di negeri itu.

Jahara bagaimanapun berkata, beliau memandang langkah itu sebagai positif, demi untuk kepentingan rakyat.

Lim, ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan, sepuluh ADUN Umno di negeri itu akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Katanya, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu, antaranya bagi menunjukkan keterbukaan Pakatan dalam menghormati prinsip demokrasi.

Sementara itu, ditanya sama ada wakil rakyat Umno akan menerima tawaran itu, beliau hanya menjawab, bahawa wang itu bukan untuk parti Melayu itu, tetapi rakyat.

"Kerajaan persekutuan (dipimpin BN) juga memberi peruntukan untuk pembangunan Pulau Pinang dan tidak pernah mendiskriminasi pihak yang berhak," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi. -mk


ULASAN GB

Jawapan bingai dari ADUN BN. Orang bagi dah cukup baik, kita nak tanya beliau, di negeri lain dimana UMNO BN memerintah ada tak peruntukan diberikan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nilai keseluruhan yang diterima RM109 sehari. ko igt byk sgt ke greenboc? aku rse ko ni cme pndai berblogging je.. ko xpnh terlibat ngn adun2 nih. RM40,000 t bolhe habis dlm sebuln dengan mcm2 permohonan daripada rakyat lagi.. projek pembangunan pula.. ko igt buat projek kecik ckup utk seribu? kata negeri kaya.. kalo btol nk bantu rakyat bg jela sme byk dengan adun lain.. so xyh nk bangga sgt la.

din siam berkata...

"Wang itu bukan milik Lim (Guan Eng), tapi rakyat," begitu reaksi segera Ketua Pembangkang Pulau Pinang Jahara Hamid ketika ditanya tentang peruntukan RM40,000 untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di negeri itu.
Di sini secara tak langsung Jahara Hamid nak bagitau kepada yang berkenaan bahawa di mana-mana negeri pun, semua ADUN patut terima peruntukan sebab DUIT RAKYAT !

krmy berkata...

hahh...tau pun tu bukan duit LGE...duit rakyat...kalau mereka yg perintah, belasah buat mcm duit sendiri...puiihh...

Tanpa Nama berkata...

Jenis buaya yg tersepit, kita tolong bantu dia ungkit kata duit rakyat ..yang dia selama ini dok baham duit rakyat untuk diri dan kroni tak ape pulak.. jenis org tak patut di bantu..lihat lah betapa murni nya jiwa seorang KM, yang tidak membezakan rakyat...dia bukan muslim tapi jiwa muslim ada pada nya..banyak dah tindakan baik di buat olih beliau...umno jgn sombong.

Tanpa Nama berkata...

Semua MB BN, korang bersedia ke melaksanakan spt LGE. Kalau tak sanggup elok letak jawatan dan bubar DUN.

Tahniah LGE, gua salute sama lu. Lu betul-betul anak jantan.

Tanpa Nama berkata...

YB (boleh disebut apa-apa duaperkataan bermula YB ok) Jahara Hamid kenapalah hang ni acakap macam orang tak cerdik.... Jadi najib ingat duit kerjaan pusat duit bapak dialah sebab tu dia tak bagi peruntukan kepada MP PR.

Atau hang nak bagi tau yang semua MB, KM dan PM yang memerintah kenalah bagi peruntukan kepada pembangkang.... Pasal duit tu bukan depa punya.

Baguih punya komen makan dua belah..... Mpoih hampa.

Tanpa Nama berkata...

ni nak habag pi kat hampa kalau negeri diperentah OMNO/BN

1. Bukan kata nak bagi peruntukan kapada wakil rakyat pembangkang, bahkan lebih TEROK sign/tandatangan wakilrakyat keatas borang borang mohon bantuan TAK LAKU - pemohon yang sama borang yang sama jika dapat sign/tandatangan wakilrakyat BN atau sekurangnya JKKK laku pulak.

2. Bila LGE buat begini maka teringatlah saya reaksi awal MB Teganu 17:15 - Tiada pembangunan dalam kawasan yang mana pembangkang menang, kalau nak pi mintak dengan wakil pembangkang lah.

Tapi dalam soal kutip cukai dirembat semua sekali. Bila nak bagi pilih bulu macam pilih antah beraeh
Sewel ke apa?

Secara perbandingan perbezaan mentaliti wakilrakyat kita dari kem yang berlainan

Andre Irwan berkata...

Pasal duit tu bukan LGE punya, maka depa jaga dengan betul. Itu nama, Integriti ma, telus ma, ...
Hangpa ... duit orang hangpa kebas. Duit hangpa, hangpa kedekut. Dahlah kebas duit orang, hangpa tayang pulak tu.
Lepas ni, Najib kenalah bagi peruntukan kat MP Pembangkang. Satu kenyataan yang baguih dari ADUN Bn. Terima kasih atas peringatan ini. Lidah biawak.

itik berkata...

nampak lucu sekali, cam tuh pun di gelar/ di pilih YB? yg berhormat? aku rase Yang Terlucu konon nya. camner la seekor nie boleh di angkat menjadi wakil ni? cakap macam biawak jer.. parti dia pun dibuat malu sekali ...

hiya berkata...

apabila nampak apa yg dibuat oleh PR pp iaitu bagi peruntukan utk PEMBANGKANG??? bagus la barisan pembangkang buat unta/ diam/ membisu/ jgn comment sampah. aku rase pembangkang tua - sofu ko tuh azhar, kalo tak bersara pun tak berani berkencing comment yg tak bernas tuh. dah lah tak buat teladan mau pulak mintak lebih?? hotak pesong ker , tertidor?