23 Sep 2013

Harga Gula Bakal Dinaikkan, "Diabetes" Sebagai Alasan


Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

ULASAN GB

Alasan yang sama digunakan Najib dahulu semasa beliau mengumumkan pengurangan subsidi gula pada tahun 2012.

PAS sudah menjawabnya.


Gula naik tiada laporan pesakit diabetes berkurang


KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.

Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.

"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.

Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.

"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.

Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.

Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.

"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.

Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.

"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya. -Hrkh

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nanti ada menteri kata naik minyak untuk kurangkan kemalangan & merempit di jalan raya

manzui berkata...

Kenyataan dibuat tidak berasaskan fakta; ini menunjukkan sifat kurang bijak pemimpin.
Apa kata pindahkan subsidi gula kepada Stevia, Pemanis semula jadi
yang boleh :
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan

Tanpa Nama berkata...

Kejap lg harga beras plak naik....subsidi dipotong alasan ramai rakyat malaysia yg gemuk gedempol...hahaha

Pemimpin pak lawak dpd kerajaan minoriti 47% ...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Penyakit rasuah,memerah duit rakyat,penyakit komisyen,penyakit projek kroni di kalangan pemimpin BN
sangat kronik dan membarah sangat membahaya kepada ekonomi negara sepatutnya lebih diperkata dan dibenteras dari ciptaan alasan diabetes ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau gula punca penyakit dibetis dan penyakit ni telah banyak membunuh ada baiknya Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa haramkan gula kerana mudaratnya amat besar.Dibandingkan mudarat gula dengan mudarat rokok - mudarat gula lebih besar.Ustaz-ustaz yg selama ni hentam orang hisap rokok boleh tukar maudhuk kpd gula.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya produk2 yg di jual di padasaran seperti Coca cola, air berkarbonate dalam tin dan kotak serta makanan bergula spt kek dan manisan adalah mengandungi kandungan gula yg sangat tinggi. Kementerian sepatutnya kawal perkara ini. Jgn salakhkan rakyat sbb kat rumah ramai yg amalkan pengurangan gula. Gomen patut buat kaji selidik secara rawak dlm penggunaan gula dpd industri makanan & minimuman dan juga amalan di rumah. Bila dpt data baru buat analisa dan baru lihat jika subsidib harga gula patut di naikkan utk kelompok pengguna yg mana satu. Bukan naikkan harga sesuka hati sbb ramai yg mengida diabetis. Menteri kesihatan patut jgn buat kenyatasn melulu atau sengaja naknuntungkan kroni!!
Mcm rokok juga.. kalau x nak rakyat merokok hentikan impot, tanaman, proses, bungkus dan jual rokok.!!! Ini suruh org henti rokok tapi jual rokok sbb kroni untung Billion2!!!!! Haramjadah betul..!!!@@$@$/!!#@!!

din KB berkata...

Melampau le kamu nak suh wat fatwa tak leh makan manis2... Camane aku yang dok Kelantan nie, kami makan maneh2 bro.....

Tanpa Nama berkata...

Hello kalau itu alasan mu budak berumur 3 tahun pun boleh cakap. Nampak gaya menteliti menteri di kalangan UMNO adalah lebih teruk dari budak berumur 3 tahun sebab budak berumur 3 tahun tak akan beri alasan macam itu.

Kesian Malaysia kerana mempunyai pemimpin berotak macam budak umur 3 tahun.