2 Sep 2013

Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia Mengenai Krisis Mesir


Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu :

1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku.

2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku.

3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah.

4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas.

sumber : qaradawi.net

5 ulasan:

azren mersing johor berkata...

Apakah maksud: Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah. Adakah ini bermakna kita hanya membiarkan apa dilakukan oleh tentera Asisi itu dihalalkan? Cuba beri pencerahan. Adakah ini bermakna mengangkat senjata melindungi saudara islam yg lain itu haram?

Tanpa Nama berkata...

Macam-mana kenyataan rasmi majlis fatwa krjn M'sia pula? Krjn akan mbuat kytaan mengikut acuan kita. Tak boleh ikut fatwa org luar, kununnya tak susuai.

Tanpa Nama berkata...

Salam .. Azren jgn silap.. Maksud kenyataan ini adalah kerana dikalangan yg menghalalkan tentera dan polis membunuh menembak penunjuk perasaan yg membantah kudeta.. Ulamak yg membenarkan tentera membunuh inilah yg dimaksudkan jual agama

zena arab berkata...

Azren, cuba kamu fikir tentang fatwa yg d'keluarkan oleh majlis ulama sedunia, tentu dapat jawapannya.

Tanpa Nama berkata...

Assalammu'alaikum,
Azreen tak baca habis atau tak faham apa yang dibaca, BAGUS azreen minta pencerahan, ini menunjukan keinginan beliau menerima kenyataan kelemahannya.

Untuk Anonymous 8:10 sudah jelas ulama muda unmnobn lebeh tinggi dari semua ulama didunia, walaupun baru baca 3 kitab dan belum menulis sebarang kitab, boleh menyanggah pendapat ulama muktabar.

Baru ini dalam youtube terdapat khutbah Jumaat dalam bahasa 'Arab dan telah menyeru selemah-lemah sokongan dan bantuan adalah doa, sbaik doa adalah Qunut Nazilah untuk saudara kita di Mesir, Palastine dan Syria.

Wallahhu 'alam.