16 Ogo 2013

Wajah Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif, Dia Serah Diri Kepada Polis


Georgetown: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang. -mstar

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kekasaran terhadap isterinya memang keterlalulan, undang2 sivil atau syariah akan menentukan balasannya.

Tanpa Nama berkata...

Sedih kejadian sebegini berakhir dalam keadaan lebih teruk kepada keluarga beliau.

Jika berlaku penceraian , siapa pulak nak jaga anak2 bini beliau pulak.

Melayu sudah lah banyak bercerai berai , banyak yang pokai pulak tu... merempat pulak nanti anak2 dan bini beliau bila dah di ceraikan (jika bercerai).

Tanpa Nama berkata...

Agak menghairan kan jika di lihat air muka lelaki tersebut memang nampak baik dan macam muka suami mithali tetapi perangai sebenar masyaallah macam tak percaya.. Mungkin kurang ilmu dan tidak dapat berfikir dengan waras kot.....elok MAIS adakan kursus kali kedua kepada orang2 saperti ini.... Orang ni kalau pergi masjid nampak Alim dengan songkok putih dan bercakap dengan nada bersopan.... Kebanyakan perangai mcm ini biasanya terjadi kepada orang-orang kita....renung-renung kan lah

Tanpa Nama berkata...

Tidaklah sampai merempat jika diceraikan. Si isteri memang menyara sang suami sejak azali. Jadi rasanya sang suami yang akan merempat bila menceraikan si isteri. Lelaki sekarang (tidak semua yer) rasa tanggungjawab pada bawahannya amat-amat mengecewakan. Mereka sekadar berkahwin atas tuntutan nafsu kadangkala. Selebihnya pandai-pandailah Isteri dan anak-anak mengurus diri. In Sha Allah, Semoga kehidupan Isteri dan anak-anak beliau selepas ini akan teratur dunia dan akhirat

Bonny Basir berkata...

Bodoh punya gemuk

Tanpa Nama berkata...

Kalau laki macam ni memang patut bercerai. Pikirkanlah kalau dia menjadi lebih ganas di kemudian hari teehadap isteri dan anak anak. Apa pengajarab yang perlu kita beri kepada anak anak.... wanita tak perlu takut untuk bersuara bila dianiaya dan tak perlu bimbang untuk bercerai dan hidup berdikari...daripada membazirkan usiabersama manusia durjana yang begini rupa.

Tanpa Nama berkata...

Cuba bc kisah dia kt metro.dia dh khwin lain pd tahun 2011 tp statement pd media mash suami isteri.nmpak sgt lelaki ni xbelegu...sbb tu smpai skrg xceraikn bini dia.dia ni jenis jantan mkn hasil bini.tgk muka pun tau.dia jenis xda jwtn dlm jbtn kerajaan.bodoh punya gemuk

Tanpa Nama berkata...

Allah beri kita akal fikiran untuknkta berusaha.. cerai bukannya haram tp cuma x digalakkan.. tp kalau dah sampai memudaratkan eloklah difikirkan semula.. xkan merempat kalau kita ada usaha...