23 Ogo 2013

Terperanjatkah Kita Mahkamah Rayuan Bebaskan Sirul Azhar & Azilah?


Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?

Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.

Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.

Siapa bunuh dia? Mengapa?

Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?

Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.

Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.

Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.

Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.

Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.

Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.

Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?

Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.

Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.

Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’. -TMI


Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.

Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.

Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Pendakwa akan merayu

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.

Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.
- mk


ULASAN GB

Terperanjatkah kita dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini?

GB tidak terperanja kerana sebelum ini GB sudah dapat merasakan bahawa kedua-dua mereka akan bebas SELAGI perancang pembunuhan itu tidak didakwa dan dihukum.

Di dalam keterangannya, tertuduh pernah menyatakan di mahkamah:

Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

16 ulasan:

cdinkb berkata...

Sehebat mana yang cuba menutup kes nih,lambat laung pasti di buka oleh Allah swt.Siapakah yang mau berdoa atau bermunajat pada Allah?Dua sudah dibebas.Adakah mereka berasa 200% lega atau masih pening-pening atau mabuk..???Rakyat manakah yang mau bermunajat jika betul-betul mahu mencari keadilan walaupun Altantunya seorang Non-Muslim.

Waris berkata...

Sikit pun tak terperanjat malah ketawa tak boleh nak berhenti... kah kah kah

MalaysianKita berkata...

Hakim telah melakukan keputusan yang sangat tepat dan bijak, alhamdulillah.

Tujuan pembunuhan gagal dibuktikan.
Tujuan wajib berkait dengan perancangan.
Rancangan pembunuhan telah berjaya dan sempurna dilaksanakan.
Apa yang dijelaskan dimahkamah adalah episod terakhir jalan cerita.
Episod awal dan tengah jalan tak ada.

Yang tu, In Shaa Allah, akan diberi Nur untuk kebenaran timbul...

Tanpa Nama berkata...

Memang patut dibebaskan kerana depa berdua tak ada "motif" nak bunuh Altantuya.Dalam kes bunuh mesti ada "motif" kalau tak ada motif tak payah bicaralah.Yang bersalah patut hukum gantung pihak yang beri arahan bunuh.

Tanpa Nama berkata...

sakit hati ada bkn teperanjat...dah bole agak endingya

Tanpa Nama berkata...

Semua orang dah tahu.. ini semua sandiwara mainan wayang BN dan PM. Pembunuh yg tiada motif dan tidak kenal mangsa. Mastermind kecik dan besar dua2 terlepas dgn rm 500 juta skai lesap di enjoy kat UK.
Apa nak jadi dah terjadi. Only in Malaysia. Welcome to the land of Endless Possibilities. Freemason Betullah dia orang nih!!!!!

Andre Irwan berkata...

Malaysia Boleh.
Di Malaysia, apa-apa pun boleh? Tak usah terperanjat maupun sedih. Tiada yang harus dikesalkan. Mahkamah Melayu kan boleh menghasilkan apa saja keputusan. Aku tak pernah hairan sebab dah lama majoriti Melayu boleh menerima rasuah, boleh menerima salah guna kuasa, boleh menerima perogol, ... sudah sampai masanya ... boleh menerima pembunuh.
Hidup Malaysia. Hidup Malaysia. Hidup Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dalam kes teraniaya,lebih-lebih lagi melibatkan nyawa,Allah tidak tolak doa samada dari orang kafir dan akan tetap dibalas hatta binatang akan diberi peluang membalas.Mungkin ada orang akan beri arahan untuk bunuh anak si penyuruh dan atas kebodohan mengikut arahan sipembunuh akan di ambil nyawa oleh Allah secara dibunuh atau diletup.Orang yang terbunuh mungkin layak kerana menjual diri dan berani sebegitu rupa.Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Berseronoklah c pembunuh yg lepas bebas di dunia yg hanya sementara ini.Akhirat nanti hang tahulah nasib hang.Masa tulah kuasa pangkat darjat dh takde makna lagi.

belenggu berkata...

Jasad yg kena bunuh itu mati akan tetapi Rohnya tetap hidup dan balik ke asalnya, jangan nanti oleh kerana dia mati dengan keadaan ngeri yg menyebabkan Rohnya tidak merasa tenteram maka ia akan menghantui pula org yg terlibat membunuh dan menghancurkan jasadnya, perkara ini tidak mustahil terjadi apabila Allah SWT mengizinkan ia terjadi.

Tanpa Nama berkata...

Sama2lah kita tunggu ada appeal ke tidak dari Peguam Negara macam kes DS Anwar dgn Saiful Bukhari. Baru kita boleh buat penilaian dgn lebih jelas & terang benderang.

Tanpa Nama berkata...

tak heran kalau hakim bakal penghuni neraka yang jadi pengadilnya

Tanpa Nama berkata...

Sebanarnya inilah bentuk bala yg Allah timpakan di negara kita bukannya dlm bentuk bencana alam /peperangan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mereka berdua tu kekal hukuman gantung, selesailah kes tersebut. Sekarang penjenayah sebenar panas punggung semula. Sama2 kita tunggu episod seterusnya.....

Tanpa Nama berkata...

Jgn ada terjumpa fakta kes @ bukti dari pihak keluarga mangsa...jika ada kes ini mesti diselesaikn seadil2 nya

Unknown berkata...

mau ilup mayak susah..sudah mati pun mayak susah...