23 Ogo 2013

Tiada Lagi Solat Di Dua Masjid Besar Kaherah


Mesir: Selepas terbakar dan rosak teruk diserang pihak tentera yang menggempur penyokong legitimasi, dua masjid antara yang terbesar di Kaherah tidak lagi boleh berfungsi.

Masjid Raba'ah (gambar atas), hampir keseluruhannya bahagiannya terbakar dalam serangan berdarah oleh tentera 14 Ogos lalu yang menyaksikan ribuan penyokong Morsi terbunuh.

Masjid Fath (gambar bawah) di Ramsis juga mengalami nasib sama apabila digempur pihak tentera dan samseng upahan sehingga masjid itu rosak keseluruhannya.


Kedua-dua masjid ini merupakan tempat perlindungan penyokong legitimasi yang telah diserang dengan peluru hidup beberapa minggu lalu.

Semalam, Kementerian Wakaf Mesir mengumumkan tiada solat jumaat di kedua-dua masjid berkenaan minggu ini.

Kementerian itu berkata, pihak mereka telah meminta syarikat pembinaan untuk membaiki kedua-dua masjid terebut secepat mungkin.

Sementara itu, gabungan parti yang menyokong Presiden Morsi mengumumkan himpunan besar-besaran sempena hari Jumaat hari ini.

Perikatan Kebangsaan bagi pertahankan legitimasi berkata, perhimpunan akan bermula dengan doa kepada rakyat mesir yang telah terkorban dalam serangan tentera sebelum ini di seluruh masjid di Mesir.

"Kami akan tetap berpegang teguh sehingga rampasan kuasa tentera berdarah dikalahkan," kata gabungan itu.

Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, telah digulingkan pihk tentera melalui rampasan kuasa. -HD

1 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Jangan Lupa di Negara kita pun ada kejadian hampir sama bila Ketua Negeri bertindak merobohkan Surau dan Akhir nya Kerajaan Negeri itu di ganti dgn Kerajaan baru.

Tidak cukup dgn itu Ketua Negeri yg sama menghadiahkan Penyapu kepada ketua Jabatan kerajaan nya..akhir nya sial itu menimpa diri nya yg.di hukum penjara yang dia sendiri tidak menyangka akan menerima nasib begitu.

Di Mesir kita tunggu dan lihat pembalasan Allah mungkin lebih hebat dari itu....

Jgn Maree.