Kaherah - Perdana Menteri Mesir Hazem al-Bablawi mengeluarkan keputusan memindahkan mantan Presiden Hosni Mubarak menjadi tahanan rumah pada Rabu 21 Julai waktu tempatan.
Mubarak "dibebaskan" setelah lebih dari dua tahun berada dalam sel tahanan. Demikian disiarkan Associated Press, Khamis (23/8/2013).
Pengumuman rasmi mengenai pembebasan Mubarak dibuat satu jam setelah pihak pendakwa raya Mesir mengajukan permohonan supaya Mubarak yang ditahan sejak April 2011 dibebaskan.
Pembebasan Mubarak bukan berarti tanpa adanya kontroversi, kebebasan ini justeru dikhuatirkan membuat keadaan Mesir semakin buruk. Langkah tersebut semakin memberikan petunjuk penggulingan Morsi Julai lalu adalah untuk mengembalikan rejim lama ke tampuk pemerintahan.
PM el-Beblawi dalam kenyataan rasminya mengaku jika "pembebasan" Mubarak sebagai salah satu langkah sukar untuk diambilnya pada bulan ini. Keputusan ini seperti membuka ruang kritik lebih besar pada pemerintah tentera Mesir dan kritikan dianggap akan muncul pada penghakiman terhadap Mubarak yang dijadual minggu depan.
Pihak penjara tempat Mubarak ditahan memberi tahu pemindahan Mubarak menjadi tahanan rumah akan dilaksanakan setidak-tidaknya pagi ini, Khamis 22 Ogos. Sementara tempat baru Mubarak masih belum jelas apakah akan ditahan di kediamannya atau di rumah sakit, menimbang kesihatan Mubarak yang semakin melemah.
Mubarak diketahui diserang komplikasi penyakit seperti angin ahmar, lemah jantungserta pernah berada dalam keadaan koma. Tetapi bagi para pengritik, berita mengenai sakitnya Mubarak itu adalah hanya untu mendapat simpati awam dan kelonggaran pengadilan.
Sekadar makluman, Hosni Mubarak ialah presiden Mesir keempat. Dia berhasil merebut tampuk tertinggi Mesir dari Anwar Sadat yang terbunuh. Berkuasa selama hampir 30 tahun, Mubarak dijatuhkan pada 2011 kerana tidak dapat menahan demontrasi besar yang menginginkan dirinya turun.
Hosni bebas, Mursi ditahan
KAHERAH - Tindakan kerajaan sementara untuk membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang telah dipenjarakan sejak setahun lalu ketika ribuan rakyat dibunuh tentera dan polis seolah-olah dirancang.
Kemungkinan besar pembebasan itu dapat memberi ruang kepada pihak tentera untuk kembali berkuasa seperti yang mereka telah nikmati sepanjang pemerintahan pemimpin diktator itu 30 tahun lalu.
Di saat limpahan deras darah rakyat Mesir mengalir deras di Masjid Al-Fath, Ramsis dan Masjid Rabaa Al-Adawiyah serta ugutan penembak tepat di Masjid Al Qaed Ibrahim, Iskandariah, kerajaan sementara pimpinan Adly Mansor dan Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi pula mengambil keputusan membebaskan pemimpin itu dengan Mahkamah Agung menggugurkan tuduhan rasuah.
Hosni, 85, yang dibenci rakyat itu digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 dan akan dibebaskan dari penjara Tora hari ini seperti laporan Al- Jazeera - 'Hosni dibebaskan dalam tempoh 48 jam'.
Peguamnya, Fareed el-Deeb berkata, pembebasan beliau dilakukan selepas pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atas anak guamnya itu.
“Selepas lebih setahun, satu-satunya asas undang-undang menyebabkan beliau ditahan ialah berkait satu kes rasuah.
Apa yang perlu kami lakukan kini ialah prosedur mudah pentadbiran yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam.
Beliau akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini,” katanya.
Media Al Arabiyah pula melaporkan, tanpa mengesahkan bekas pemimpin Mesir itu akan dibebaskan dari penjara, satu sumber kehakiman sebagai memetik, Hosni akan beradadi penjara selama dua minggu lagi sebelum pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan terakhir berhubung kesnya.
“Dia masih menghadapi perbicaraan semula kes itu tetapi ini tidak bermakna dia perlu dikurung di penjara,” katanya.
Hosni bersama menteri dalam negerinya, didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan dalam pemberontakan menjatuhkannya.
Sepanjang perbicaraan, beliau dikenakan tuduhan rasuah termasuk pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.
Selepas beliau tumbang dalam kebangkitan Arab Spring pada 11 Februari 2011, gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab.
Bagaimana nasib rakyat?
Banyak berita di Mesir menyatakan, pembebasan Hosni bakal mengundang revolusi rakyat yang lebih teruk.
Kebangkitan rakyat pada 2011 itu berlaku selama 18 hari sehingga meragut 800 nyawa.
Kini, rakyat mahukan demokrasi, terpaksa menggadai nyawa sekali lagi selepas 31 bulan.
Keharmonian rakyat hanya dikecapi serta dirasai hanya setahun di bawah pimpinan Presiden Mohammed Mursi.
Dalam tempoh itu, banyak kejayaan dikecapi seperti membangunkan Terusan Suez untuk menjadi pasaran bebas dunia.
Beliau juga menaikkan gaji pesara 20 peratus dan manakala harga barang dipertahankan tidak naik.
Beliau membina kilang Samsung terbesar di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah, membuat kilang kereta sendiri bagi mengelakkan mengimport.
Beliau membuat kilang senjata sendiri dan tidak perlu lagi mengimport senjata dari Amerika Syarikat (AS) dan membuat kilang Innar sehingga seluruh rakyat boleh merasai penggunaan barang elektronik dengan harga berpatutan.
Jasa besar beliau yang ditakuti Barat adalah muncul sebagai penyokong perjuangan Palestin dan Syria.
Tetapi mengapa Mursi yang juga seorang Hafiz begitu dibenci sekumpulan rakyat (penyokong Tamarod) dan tentera kerajaan.
Hosni jadi Presiden?
Mungkinkah pembebasan Hosni melayakkan beliau menjadi Presiden semula? Tekaan itu mungkin amat ditakuti rakyat yang sebelum ini hidup menderita selama 28 tahun kerana berada di bawah cengkaman Undang-Undang Darurat.
Desas-desus mengatakan Hosni persiapkan anaknya Alaa sebagai pengganti presiden.
Namun, beliau menafikannya.
Alaa bersama adiknya Gamal masih ditahan kerana rasuah.
Akhbar Mesir menyifatkan jika situasi itu benar ia digambarkan seperti - ‘Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah.
Episod politik kotor di Mesir ini menjadi tumpuan dunia.
Ramai mahu mengetahui siapakah dalang di sebalik krisis ini dan apakah perancangan seterusnya sekutu kuat kerajaan sementara Mesir seperti Arab Saudi, Jordan, Kuwait dan Qatar dan mengapa AS, Israel, Perancis,Jerman dan Britain yang hanya berpeluk tubuh. -SH
9 ulasan:
INI LAH SATU KESILAPAN IKHWAN MUSLIMIN.SEPATUT ORANG SAPERTI HOSNI SERTA HAKIM HAKIM DALAM ERA PERMERINTAHAN BELIAU DITANGKAP DAN DIHUKUM PANCUNG MATI SERTA MERTA.DISEBABKAN TERLAMPAU BERTOLERANSI INI LAH AKIBATNYA
Ikhwanul muslimin wajib istiharkan JIHAD tiada pilihan lagi seru mujahideen Iraq Syria Yaman Somalia Arab Saudi Pakistan Afghanistan Checnya Indonesia Malaysia Mindanao dsbnya buka pintu sempadan Tiada tolak ansur lagi dgn puak ini. Mereka perlukan seorang khalifah bukan rundingan lagi.Takbirr
Tak sesuai langsung disebut Perdana Menteri Mesir,Amat sesuai digelar Ketua Kerajaan HARAM Mesir,PM HARAM,PRESIDEN HARAM MESIR serta anggota Kabinetnya dipanggil kabinet HARAM dan semua anggota pentadbirnya.
Raja Iblis ini dibebaskan dari Penjara oleh Raja Syaitan yang penaungnya adalah DAJJAL,cara tindakan inilah akan jadi Ikutan dan SOP kepada Kerajaan Kerajaan lain di dunia ini Termasuklah BN Malaysia.
Mengapa AS dn negara barat berpeluk tubuh...?bodohlah kalau masih ada org islam yg masih percaya dn menganggap AS ni sebagai hero penyelamat mereka..... AS dan Israel tdk pernah berpeluk tubuh langsung...sebaliknya AS dn Israel inilah ' watak utama' disebalik segala pergolakan di Mesir dan juga Syria...ttpi 'watak utama' ini bijak menyembunyikn identiti mereka dgn menyerahkan tanggungjawab sbgai watak utama ini kpd anjing2 peliharaan mereka iaitu Arab Saudi,UAE & jg Qatar utk melaksanakan agenda zionist mereka...dan dlm masa yg sama dpt mengelirukan umat islam yg berhati jujur dan lurus bendul yg mudah menelan bulat2 sgala jenis propaganda drpd pihak AS dn Zionist Israel..
islam harus bersatu..bersatu bersama kalimah tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan muhammad itu pesuruh ALLAH...jihad dan mati aku hanya untuk ALLAH dan islam...kita tidak memiliki semangat seperti itu kerana mereka yang memilikinya akan di bunuh,di keji,di katakan terroris...tetapi hak kita telah di cabuli, maruah di pijak pijak...bangkitlah wahai pejuang islam kerana sudah lama kita tidur dalam lena yang panjang.....
Seuju dengan Anon 6.21pm.Ikhwan Muslimin sebuah harakah dakwah kurang faham politik serupa juga macam PAS diMalaysia asyik sibuk dengan kepimpinan uamak sebab itu sekadar mampu memerintah Kedah dan Trengganu 5 tahun aje.
Pemimpin Arab Saudi, Jordan, Kuwait dan Qatar sampai kiamat tak akan ambil tahu apa yang terjadi di Mesir sebab mereka beragama Arab, sama macam PM kita beragama Melayu atau bahasa mudahnya MUNAFIK.
Kalau PAS yang memerintah Malaysia confirm negara Arab akan buat perkara sama sepertinya dia buat di Mesir. Sekarang tiada apa -apa kerana kerajaan Malaysia diperintah oleh orang seagama diaorang. Aman Malaysia.
Ya Malaysia memang aman tetapi realitinya keamanan Malaysia dilaknat oleh Allah S.W.T. Fikirkanlah.
Pemimpin Ikhawanul Muslimin mungkin tidak setegas Umar Al - Khatab yang memang tidak beri belas kesihan musuh Allah S.W.T sehinggalah kerajaan ROM yang hebat tumbang di tangan kerajaan Islam.. Bahkan Panglima perang kita yang tersohor Salahudin Al - Ayubi pun bersikap tegas dan tidak memberi belas kesihan kepada golongan Yahudi dan Nasrani yang menawan kota Baitulmaqdis yang pernah menjadi arah kiblat sebelum ditukar arah kiblatnya ke kota Makkah.
Di mata orang putih memang diaorang kata 2 pemimpin Islam ini zalim dalam konteks Sejarah diaorang. Tetapi Allah dengan terangnya melabelkan diaorang ini sebagai Musuh Allah semestinya tidak boleh kita bertoleransi, beri peluanglah atau seumpama dengannya kepada mereka.
Pengajaran kita disini kita boleh bertoleransi dengan siapa sahaja tspi bukan Yahudi dan Nasrani serta MUNAFIK yang bersengkongkol dengan diaorang yang memang sah musuh Allah S.W.T. dan ketegasan Umar dan Salahuddin perlu dijadikan sebagai contoh.
Arab Saudi menyokong tentera Mesir dgn bantuan berbilon dolar sejurus kejatuhan Morsi...Arab saudi jg menyokong dan membekalkan senjata kpada FSA di Syria utk menjatuhkan kerajaaan Syria...Arab Saudi benar2 berjaya memainkan peranan sebagai budak suruhan US/Israel sehingga berjaya mengelirukn umat islam yg bodoh dn pendek akalnya...
Catat Ulasan