22 Ogo 2013

[BONGKAR] Masih Ada Ahli Keluarga Menteri, Timb. Menteri Bekerja Di Kementerian


Masih ada ahli keluarga sesetengah anggota pentadbiran Najib dibayar kementerian, bercanggah dengan arahan Putrajaya bahawa mereka hanya boleh bekerja di kawasan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai anak perempuan yang bekerja di pejabatnya sementara menantu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bekerja dengannya.

Shahidan enggan memberikan komen apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.

“Tiada sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini dan saya juga tidak mahu bercakap mengenainya,” katanya apabila ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Apabila ditanya lagi sama ada anak perempuannya Nur Shafizah adalah setiausaha sulitnya satu “jawatan yang diwartakan”, Shahidan mengulangi tidak mahu bercakap mengenainya.

“Cukup-cukuplah mencari kesalahan saya. Saya sudah mengalami masa yang sukar di Parlimen,” katanya.

Tajuddin juga tidak mahu mengakui atau menafikan menantunya, Firdaus Mufazal Faiz bekerja dengannya.

“Mereka tidak tahu hujung pangkal. Ini adalah politik murahan,” kata Tajuddin.

Pengambilan ahli keluarga untuk “jawatan yang diwartakan” heboh apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan menggajikan anaknya Muhammad Nedim untuk bekerja di kementerian, membangkitkan tentang isu nepotisme dan kronisme.

Datuk Seri Nazri Aziz dakwa gaji anaknya, Nedim bukan dibayar oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan anaknya, Nedim tidak dilantik secara rasmi sebagai pegawai khas kementerian akan tetapi bekerja dengannya untuk menguruskan anak muda “Gen Y” di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Katanya, gaji Nedim tidak dibayar kerajaan tetapi dibayar sendiri olehnya.

Sebagai respon terhadap kritikan kepada Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan tidak ada masalah jika menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil ahli keluarga mereka sebagai pembantu jika tidak melibatkan gaji atau elaun dari kerajaan.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri.

"Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," kata perdana menteri.

Najib juga berkata, anggota pentadbirannya boleh megambil ahli keluarga untuk bekerja di kawasan Parlimen. -TMI

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Barulah penyoking macai2 BN tahu inilah ketua2 mereka yg mereka pilih. Bnyk alasan di beri bila di tanye. Kita lihat semua alasan baik dpd PM dan Menteri terlibat mcm orang kena tangkap basah... haahaa serba x kena jawapannya. Apa??? Sukarelawan ??? Dpt gaji bapa byr??? Aah kalau sukarela tak di bayar apa2 pun... satu lagi Menteri Bodoh X tau nak komen sbb 'Bnyk masalah dan hadapi masa sukar di Parlimen" ..... haahaaa .... memanglah sukar sbb otak Bodoh!! Letak kat bontot.!!! Baik jgn jadi menteri !! Yang paling Best Semua orang tau dulu PM letak bini kat ofis bagi kerja kat bini kalau otak bole ingat lah... ye!!! FLOM!!!! Bini jadi First Lady Office Of Malaysia... !!!! Bagus punya PM ..Gaji dan elaun berjuta2 ringgit habis bagi bini.... x sedar Al Bangang ibni Bengap. .
Betullah ade bekas PM kata Umno kini tinggal ahli yg bodoh2 belaka termasuk dia skali...
SEMUA KENA TANGKAP BASAH TELANJANG BULAT MASIH X MENGAKU!!@!... MAMPUS MALAYSIA MCM NI!!!!!!!
ALLAH sahaja yg dpt selamatkan Negara yg tercinta ini dpd pemimpin Bahalol ibni Tongong semua ni....yang sedang menghancurkan rakyat dan Islam... Ya Allah kau sibgkirkanlah kebatilan dan gantikanlah dengan mereka yg beriman utk memimpin Malaysia ini.....Ya Allah tolonglah rakyat yg tidak berdosa dpd dipermainkan oleh mereka yg bodoh lagi berniat jahat ... Amiin ya rabbal Aa'lamiin.

oranqtua berkata...

Ini bukan soal sukarela atau tidak tapi soal keselamatan dan kerahsiaan kerajaan. Apa jaminan yg ada bagi dua perkara di atas jika orang orang yg ditempatkan di pejabat menteri tidak terikat dgn peraturan penjawat awam atas dasar mereka bekerja secara sukarela. Apala malang nya malaysia negara ku.....

Tanpa Nama berkata...

Hello Mr. PM saya nak ingatkan lu janjimu nak kurangkan pengganguran di Malaysia masa PRU ke -13. Isu sekarangnya menteri beri pekerjaan secara backdoor kepada keluarga terdekat menyebabkan orang yang sepatutnya layak tidak dapat jawatan tersebut.

Isu ini juga menunjukkan kerajaan sekarang masih lagi tidak bersungguh nak kurangkan masalah pengganguran di Malaysia sebab semua jawatan penting masih diberikan secara kabel kepada keluarga terdekat. Dan hasil kerja akan jadi macam CEO CIMB (adik Najib) bank yang dapat jawatan secara backdoor atas pengaruh abang sebagai PM.

Orang yang dapat kerja secara temuduga adalah tidak sama dengan dapat kerja secara kabel, kerana orang yang dapat kerja temuduga lebih menghargai kerja yang dia dapat berbanding secara Kabel. Fikirkanlah.

FOR PM I NAK TANYA MANA JANJI YOU NAK KURANGKAN PENGANGURAN DI MALAYSIA DENGAN MENJANJIKAN 300000 (kalau tidak silap saya) PELUANG PEKERJAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA??

Tanpa Nama berkata...

Nak tengok apa Nazri Aziz cakap dan buat.

Tanpa Nama berkata...

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/533722_445035475609179_297019428_n.jpg