1 Ogo 2013

Penolakan Petisyen: Macam Ada Arahan Dari Pihak Tertentu!


PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu.

"Kita juga melihat keputusan tersebut seperti mendapat arahan dari pihak tertentu kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa," sambung beliau.

Tutup penyelewengan?

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu keputusan tersebut seperti sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas.

Katanya, kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri.

"Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut.


"Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain," kata Salahuddin.

Sementara itu PAS akan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, Peguam Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja). -HD


PAS: Mahkamah p'raya sempitkan undang-undang


Peguam PAS Hanipa Maidin berkata parti itu kini tiada pilihan selain membuat laporan polis selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak alasan undang-undang dalam petisyen yang dikemukakannya.

Katanya, mahkamah antara lainnya menolak petisyen PAS berhubung kesalahan dalam borang penjumlahan undi – dikenali dengan nama Borang 14 – yang didakwa dilakukan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) semasa pilihan raya umum 5 Mei lalu.

"Dia sempitkan lagi undang-undang... Sepatutnya kesalahan itu di bawah Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya. Tetapi mahkamah memberikan alasan, kesalahan yang dilakukan KTM itu bercanggah.

“Mahkamah kata tak boleh guna seksyen tersebut kerana kesalahan itu berkaitan dengan jenayah.

"Sekarang ini kita akan buat laporan polis besar-besaran di seluruh Malaysia kerana mahkamah kata ini kesalahan jenayah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

Katanya mahkmah menetapkan hanya dua undang-undang yang boleh digunakan untuk memfailkan petisyen – Peruntukan Pilihan Raya (Perjalanan Pilih Raya 1991) dan Peraturan Berkaitan Undi Pos.

Tambahnya, mahkamah menggunakan alasan tersebut untuk menolak petisyen yang dikemukakan PAS setakat ini.

Hanipa juga berkata, PAS turut akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengkaji semula perlantikkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata, beliau kecewa dengan pengendalian petisyen berkenaan yang disyakinya dijalankan mengikut arahan pihak tertentu.

"Kita kecewa dengan kendalian petisyen. Tahun ini nampak luar biasa. Macam ada arahan tertentu untuk kes ini tanpa dibicarakan. Kos yang dituntut luar biasa.

"Secara umumnya rasa pelik apa yang berlaku. Ini meletakkan pengendalian undang-undang kita pincang," katanya.

Mahkamah setakat ini telah menolak 11 daripada 16 petisyen yang dikemukakan PAS.

Lima lagi yang petisyen yang belum diputuskan melibatkan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Klawang di Negeri Sembilan serta Hulu Besut dan Kuala Berang di Terengganu.
-mk



Tarik balik semua petisyen, selamatkan wang


Hari ini mahkamah meneruskan lagi siri penolakan petisyen pilihan raya, kali ini untuk empat kerusi parlimen semuanya membabitkan kerusi di Selangor. Kerusi itu ialah Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sepang.

Penolakan itu mengekalkan keputusan pilihan raya lalu, kerusi Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam kepada calon Barisan Nasional (BN) manakala kerusi Sepang kepada calon PAS, Hanifa Maidin. Mahkamah juga mengenakan kos luar biasa kepada pempetisyen sebanyak RM50,000.

Oleh kerana mahkamah seakan sudah ada keputusan awal dalam meneliti kes petisyen ini, di mana semuanya setakat ini ditolak dengan alasan teknikal yang remeh, elok kalau parti yang mengemukakan petisyen mengkaji balik daripada meneruskan petisyen mereka dibicarakan.

Tidak ada guna menghabiskan wang untuk dibayar kepada pengurus pilihan raya dan pihak yang dipestiyen. Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkasakan parti masing-masing bagi persiapan menunggu pilihan raya umum ke 14 yang sudah tidak lama lagi
. (Empat tahun setengah bukan lama).

Sikap mahkamah berhubung petisyen ini tidak berubah. Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meminta Ketua Hakim Negara mencampuri dan meneliti trend mahkamah dalam membuat keputusan, tetapi Ariffin Zakaria tetap membisu. Kononnya beliau selaku ketua hakim tidak boleh memberi apa-apa ulasan. Melanggar kod kehakiman barang kali.

Sehubungan itu, mungkin perlu dipinda Akta Suruhanjaya Pilihan Raya supaya membuang ruang dan hak untuk membawa mana-mana kes pilihan raya ke mahkamah. Dengan tiada peruntukan undang-undang dan hak itu maka parti politik tidak perlu bersusah payah menyediakan bukti serta wang dan berjujutan ke mahkamah untuk mendapat keadilan setelah mereka merasakan ditipu ataupun diselewengkan oleh mana-mana pihak atau dalam pelbagai bentuk sepanjang proses pilihan raya.

Pakatan Rakyat dianggarkan akan membelanja lebih RM3 juta untuk membiayai kos petisyen. Wang sebanyak itu satu jumlah besar. Dengan menarik balik petisyen ahli juga tidak terbeban kerana selalunya bila parti memerlukan wang untuk sesuatu tujuan ahli yang akan dikerah untuk mendapatkannya.
-msomelayu

3 ulasan:

Awanama berkata...

salam tuan admin,

sy pun tak puas hati dengan tindakan mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan....alasan yang diberi pun nampak macam peguam tak pandai buat kerja.

Awanama berkata...

mmg hampeh. berapa byk kes yg menyebelahi benda salah. tp x apa allah dah janji kat padang masyar yg puak kena paling teruk kat sana ialah pemerintah zalim dan hakim yang x adil. peguam pun sekali lah tu.

Awanama berkata...

Jangan tarikbalik. Itu sebenarnya yg mereka mau. Mereka brusaha mengajar PR supaya mngangkat bendera putih. Dalam apa hal pun kuasa di dunia adalah segala2nya bagi mereka. Apa pun akan mereka lakukan,sesekali jgn berundur. Allah tentukan segala2nya.