Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar, lapor harakahdaily.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.
Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.
Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.
Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.
Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian. Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.
Menurut laporan polis, mangsa juga pernah mempuyai 5 rekod jenayah lampau.
Jenayah tidak terkawal, rakyat semakin bimbang
Jenayah yang berlaku dalam beberapa hari ini dilaksanakan dengan nekad di tempat awam pada hari siang.
Bagi Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, ini bermakna sudah ada keberanian untuk melakukan jenayah berat terang-terangan seolah-olah penjenayah yakin di Malaysia mudah terlepas dari menerima hukuman.
“Kami sangat khuatir jika dipihak KDN pula dijangkiti dengan sindrom penafian dan bersikap bebal apabila orang awam melahirkan rasa tidak yakin dengan tahap kecekapan pihak polis menjaga keselamatan awam.” Ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Melihat kepada jenayah bunuh nekad di negara ini, kami berpandangan pihak KDN harus jujur menilai semula tahap keselamatan awam di negara ini.
Dalam beberapa kes tembak mati di waktu siang yang berlaku di negara ini, ia bukan lagi masa untuk kita saling menuding tetapi hendaklah membuat penilaian menyeluruh kenapa penjenayah semakin nekad melakukan jenayah berat di negara ini.
Kami melihat kes tembak mati yang berlaku dalam jangka masa yang dekat selang sehari menunjukkan bukan sahaja penjenayah tidak gerun dengan pihak polis namun pihak polis juga mula kelihatan kurang berkesan menjaga keselamatan awam.
Jenayah yang berlaku dalam beberapa hari ini dilaksanakan dengan nekad di tempat awam pada hari siang. Bermakna sudah ada keberanian untuk melakukan jenayah berat terang-terangan seolah-olah penjenayah yakin di Malaysia mudah terlepas dari menerima hukuman.
Kami sangat khuatir jika dipihak KDN pula dijangkiti dengan sindrom penafian dan bersikap bebal apabila orang awam melahirkan rasa tidak yakin dengan tahap kecekapan pihak polis menjaga keselamatan awam.
Dengan berlakunya jenayah tembak mati dalam hanya beberapa hari ini, tidak mengejutkan jika pihak awam tertanya-tanya kenapa tahap keselamatan awam menjadi semakin tidak terkawal.
Kami kesal bila rumusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC) untuk menambahbaik peranan pihak polis, ditentang sendiri oleh KPN sejak ia dicadangkan pada 2007 lagi.
Sedangkan IPCMC adalah salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.
Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin Abdullah itu mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.
Sehingga kini, IPCMC masih belum terlaksana dan penangguhannya terus didesak oleh rakyat.
Kami berpendirian bahawa apabila rekod jenayah dikatakan sudah menurun di negara ini, jelas insiden jenayah berat yang berlaku dalam masa hanya beberapa hari ini menunjukkan bahawa tahap keselamatan negara masih sangat merisaukan.
Kesan dari situasi ini bukan sahaja akan menjejaskan pelabur dan pelawat luar untuk datang ke Malaysia, malah rakyat negara ini juga akan sukar mengharapkan agensi polis untuk menjaga keselamatan awam dengan baik.
Kami dengan itu mengesa suatu penilaian semula seluruh tahap keselamatan awam hendaklah dilancarkan. Suatu dialog nasional mengenai isu keselamtan awam perlu diadakan. Tujuannya adalah untuk mendengar pelbagai pendapat mengenai bagaimana keselamatan awam dapat terjamin melalui sistem pengawasan dan pengawalan pihak polis.
Pelbagai pihak masyarakat perlu dilibatkan untuk menjadi rakan dialog yang inklusif demi menghasilkan pelan tindakan yang terbaik.
ULASAN GB
baru semalam GB ulas, petikan:
Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah.
Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadapematian tahanan di dalam penjara!
Dan nampaknya, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini.
Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan.
1 ulasan:
Hudu, qisas dan taqzir dah ada dah...tapi tak nak pakai,maka inilah padah nya dan akan lebih dahsyat lagi akan datang....
Catat Ulasan