16 Ogo 2013

Erdogan: “Para Fir’aun Itu Bakal Segera Hadapi Musa”, Turki Tarik Duta Besarnya Dari Mesir


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengkritik habis-habisan pemerintah Barat berhubung kejadian di Mesir. Erdogan menyatakan bahawa “Musa akan datang dan kezaliman Fir’aun tersebut akan berakhir!”

Pernyataan ini disampaikan oleh Erdogan semalam, Khamis (15/8/2013) dalam satu sidang konferens di Bandar Antarbangsa Esenboga sebelum keberangkatannya ke Turkmenistan.

“Demokrasi di seluruh dunia akan dipersoalkan jika Barat tidak mengambil tindakan serius soal ini,” tegas Erdogan.

Erdogan mengutuk insiden Rabu berdarah di Kaherah. Ia menyebutnya sebagai ‘pembaitaian".

"Mereka yang tinggal diam menghadapi pembantaian ini sama bersalahnya dengan mereka yang melakukan (pembantaian) ini. Majlis Keselamatan PBB perlu segera membahas (masalah pembantaian ini)." katanya.

“Mereka yang diam dan acuh tak acuh terhadap pembunuhan yang terjadi di Mesir, merupakan penyebab utama hal ini,” tambahnya.

Selain itu, Turki berpendapat, Barat telah mengamalkan dwi-standard yang sangat ketara dalam menghadapi situasi di Mesir.

"Saya sampaikan pada negara-negara Barat. Anda tetap diam mengenai hal di Gaza, anda tetap diam terhadap apa yang berlaku di Syria... kini anda masih diam pada pembaitaian di Mesir. Jadi kenapa anda berbicara tentang demokrasi, kebebasan, nilai-nilai global, dan hak asasi manusia?" kecam Erdogan lantang terhadap sikap Barat dan sindiran pedas terhadap negara Islam lain yang berdiam diri.


“Tentera bertanggung jawab atas kudeta pembunuhan ini. Barat tidak pernah menyatakan apa yang terjadi di Mesir secara terbuka, meskipun mereka mengakui hal ini dalam pembicaraan peribadi di balik pintu tertutup,” demikian Erdogan.

Sehubungan dengan itu, Turki juga telah memanggil pulang duta besarnya untuk Mesir, menyusul insiden berdarah yang telah mengorbankan tak kurang dari 638 orang dan mencederakan 4.000 orang.

Pemanggilan pullang duta tersebut dilakukan untuk perundingan setelah pembantaian di Mesir, dan tak dipastikan sampai bila duta besar tersebut akan kembali semula ke Kaherah.

Turki menjadi salah satu negara yang paling keras mengkritik kudeta teenteraterhadap pemerintahan Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Mursi.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya menyanjung tinggi PM Turki ini. Berani sungguh dia bercakap begitu...Allah Huakbar!! Malaysia nak ucap mcm ni!!??? Sampai kiamat tak akan berlaku selagi diperintah oleh UMNO haram jadah...kalau ckp mcm ni alamat tak masyukkkkk!!Next target oleh US dan Yahudi laknatullah serta pemimpin2 munafik ialah PM Turki...Semoga Allah melindungi beliau dan kerajaan Islam Turki!!Insyaallah.

Putra IJ80 berkata...

Kelemahan utama rakyat Mesir masih tidak bersatu menentang kezaliman itu.

Jika semua bertindak menutup kedai.Lori trella yg menghantar kargo berhenti beroperasi rasa nya perkara ini amat di takuti olh kudeta...

Apa tah lagi jika mereka menuju ke terusan suez menghalang laluan kapal.

Pasti Negara Luar campur tangan..kematian berbaloi(dari segi Politik).

Selagi berdiri tegak membiarkan mereka menembak membakar sesuka hati maka Kemenagan hanya pada syhada ... sahaja.

Wallahu'aklam.

Tanpa Nama berkata...

Apa pendirian Kerajaan Malaysia berhubung isu di Mesir kali ini?

Tanpa Nama berkata...

kerajaan mesia amat menyokong tindakan tentera mesir sebab kami kerajaan bn amat benci ngan islam....aku tolong jawap utk pihak ameno harbi

Tanpa Nama berkata...

salam.saya stuju dgn kata putra just bab bersatu tu agak x stuju..kalo x bersatu, mana mungkin diorg bole berkumpul secara aman lebih 2 bulan.bab ganggu kepentingan tu terbaik..bila da kepentingan terganggu, baru mengelupor geng2 tu..ARAb SAUDI, konon MAKKAH kat situ, tapi perangai cam celaka....