17 Jul 2013

Untuk Bung Mukhtar & Macai UMNO: "Alvin & Vivian Sokong Najib Gor 100%!"


Kita ingin bertanya kepada Bung Mukhtar dan sekalian pencacai UMNO... apakah tulisan yang ada pada gambar yang dilukis oleh Alvin & Vivian itu? Bukankah tertera jelas di situ: "Alvin & Vivian Skong Najib Gor 100%"?


DAP kesal dakwaan taja Alvin, Vivian

KUALA LUMPUR - DAP kesal tiada tindakan dikenakan terhadap ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan parti itu dengan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dalam ucapan perbahasannya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, Bung Mokhtar telah menyalahgunakan peluang bercakap di Parlimen untuk memfitnah DAP.

"Kita amat kesal apabila beliau mengeluarkan kenyataan fitnah itu. Nampaknya beliau sengaja mengucapkannya di Parlimen kerana tahu ada imuniti.

"Malangnya tiada tindakan dikenakan kepada beliau walaupun kita sudah membangkitkan soal peraturan mesyuarat. Kita harap Speaker Dewan Rakyat dapat menegur dan ambil tindakan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Terdahulu, Bung Mokhtar dalam ucapan perbahasannya mendakwa pasangan Alvin dan Vivian mendapat tajaan DAP.

Tindakannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantah dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Loke sendiri.

Menurut Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, kenyataan Bung itu cuba memberi gambaran buruk terhadap DAP.

"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, DAP mengutuk perbuatan pasangan blogger berkenaan. Tindakan mereka ternyata boleh mendatangkan kemarahan umat Islam dan menimbulkan masalah hubungan kaum.

"Namun, kita lebih kesal apabila ada pihak yang kaitkan mereka dengan DAP. Ini semua modus operandi Umno untuk memberikan imej negatif kepada DAP," katanya. -SH

Pasangan lucah hina Islam harus dihukum, kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya rusuhan kaum.

"Kata benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas. Nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tidak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," katanya.

Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di Shah Alam, semalam, dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.

"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.

Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai selepas memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah. - Bernama,


Ulasan GB

Kalau dah terang-terang penyokong BN, takkan dihukum.

8 ulasan:

Amuraria berkata...

buang ke kerala daa ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Dikhuatiri puasanya Bung Mokhtar hanya dpt lapar dan dahaga jer. Cuba tanya pendapat mufti Perak & Jamil Khair.

Tanpa Nama berkata...

Tahap pemimpin luar bandar...Kesian kat penduduk Sabah Sarawak...

baretta berkata...

Perangai dan kelakuan seorang wakil yang mengaku wakil Kinabatangan...tapi sebenarnya adalah wakil dari HUTAN Kinabatangan...Dari dulu, kini dan selagi jadi MP...

Andre Irwan berkata...

Entah-entah ini ialah satu taktik BN terutama MCA dan UMNO untuk memburukkan DAP. Kan dah jadi perkara biasa puak munafikun ini. Selalu menfitnah, fitnah, fitnah. Dan juga selalu bali batu sembunyi tangan, .... termasuklah Che Det ni.
Sampai hari ini, aku tak faham masih ramai Melayu menaruh kepercayaan pada Mamak Mahathir ni. Dahlah dah lama dok tipu Melayu, harta rakyat Malaysia pun .....

bijak kancil berkata...

bila pemimpinnya Berkawan dengan para
SYAITAN lebih baik dari MALAIKAT maka
pengikutnya terus dLEMBUKAN.
Sebenarnya LEBIH HINA bila orng ISLAM
menghina agama ISLAM sendiri bukan kerana kejahilan tetapi keegooan dn kuasa yg ada.cthnya HUDUD dn undang2
ISLAM tidak sesuai kerana masyarakat
majmuk dn boleh timbulkan HURU-HARA.
TIDAK MENUTUP AURAT bukan melambangkn
TIDAK ISLAM..ARAK JUDI RIBAA masih di
beri LESEN dn jadi hasil negara

Tanpa Nama berkata...

Dari awal memanglah dah amat sangsi dengan pasangan ini dan nak buat komen. Nak kata bodoh, sekolah dah tinggi dalam jurusan undang2 pulak. Apabila dua ekor orang sesat ini menyindir buka puasa dengan "bah kut teh", ramai sungguh kaum Cina di FB membantah tindakan mereka.

Apabila ditenung secara dekat, kalaulah segala penjuru tubuh tanpa kain pasangan Cina ini sengaja dipamerkan percuma buat tatapan umum, mereka masih ada maruah lagi ke? Sama dengan majoriti pemimpin BN penuh berskandal, ada maruah ke? Jadi spesis sebeginilah amat disukai oleh Barisan National. Tepat kegunaannya menjelang PRK Besut dan untuk menghuru-harakan kaum2 semalaysia.

Tanpa Nama berkata...

orang tak cerdik kita jangan jadi bodoh....
Bung ni cakap saja besar tapi tak pakai otak dan tak mahu baca.... jadi apa yang keluar dari mulut dia semua sampah boleh masuk incernirator saja.....

SAHSIAH YANG MEMALUKAN ANAK-ANAK SABAH