17 Jul 2013

Ahli Parlimen BN Malu Besar Kena Tegur Oleh Timbalan Speaker

Teguran kepada MP BN: Jangan bahas seperti di kedai kopi

Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar) malu besar apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said menegur perbahasan Ahli Parlimen BN itu yang diibarat seperti bercakap di kedai kopi.

Teguran tersebut ekoran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu melabelkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai ‘profesor kangkung’.

Penghinaan itu merujuk pujian Azmin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kulim Bandar Baharu harus tahu membezakan antara perbahasan di Parlimen dan di kedai kopi,” kata Ismail seterusnya meminta Abdul Aziz memohon maaf kepada Azmin dalam Dewan Rakyat sebelum meneruskan perbahasan hari ini.

Terdahulu, Ismail mengesahkan Abdul Aziz telahpun memohon maaf kepada Azmin.

Khalid yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sejak 2008 hingga kini atas kehendak rakyat di negeri termaju itu.

Sebelum menyertai politik, beliau berpengalaman dalam pelbagai bidang pengurusan korporat termasuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie Bhd. -KD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Che Det dah kata,
Semua yang bodoh dalam umno/bn, yang cerdik dlm PR...
Mana tahu malu mamak ni......
Tengok YB Rafizi cakap berfakta dan berkrisma, malaun ini 10% pun tak boleh lawan YB Rfizi.....

Tanpa Nama berkata...

Buat malu aku bagi kau pangkat Datuk.

Tanpa Nama berkata...

Ahli Parlimen BN Malu Besar Kena Tegur Oleh Timbalan Speaker

adakah boleh kalau saya faham begini:-

Besar kemaluan Ahli Parlimen BN
Kena Tegur Oleh Timbalan Speaker

sayapon tahu tak boleh kata:-

Ahli Parlimen BN besar kemaluan
Kena Tegur Oleh Timbalan Speaker.
Walaupon dia suka