Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2013.
Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan dihadapkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka.
Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman (gambar) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan dihadapkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka. Datuk Abdul Rahman berkata ROS tidak akan melayan permohonan oleh ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru.
Ini keterlaluan kerana pimpinan DAP langsung tidak menimbangkan mahupun mambangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau diluar mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). DAP kesal dengan tindakan Datuk Abdul Rahman yang secara sedar membuat pembohongan sedemikian di saat beliau berpuasa di bulan Ramadan. ROS telah membiarkan dirinya dipergunakan sebagai alat politik UMNO bagi mengalahkan DAP di saat UMNO tidak mampu mengalahkan DAP dalam pilihanraya umum dengan membatalkan pendaftaran DAP.
Jelas sekali bahawa Datuk Abdul Rahman telah membuat keputusan awal berkaitan isu tersebut sebelum siasatan selesai dan memang bersungguh-sungguh mahu mengharamkan DAP. DAP akan menentang usaha terbaru BN untuk menghancurkan DAP ini di dalam dan luar mahkamah. DAP akan bertahan dengan usaha tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj mandat popular rakyat melalui pilihanraya yang telah memberi DAP 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, sehingga menjadi parti politik kedua terbesar di Malaysia.
DAP sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan pihak ROS dan memberi apa sahaja maklumat yang diperlukan dan DAP tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Di atas permintaan Datuk Abdul Rahman, saya telah bertemu dengan beliau di Pejabat Ketua Menteri di Pulau Pinang bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sebelum pilihanraya umum. Tidak ada pun Datuk Abdul Rahman bercakap tentang melakukan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan parti. Sebaliknya Datuk ABdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga siasatan selesai dijalankan.
Namun dengan bertindak prejudis terhadap isu ini, Datuk Abdul Rahman jelas memungkiri janji. DAP telah dengan jujur mengakui kesilapan yang dibuat ketika mengumumkan keputusan pemilihan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Jelas sekali ROS besungguh mahu menghukum DAP kerana ia bertindak jujur.
DAP telah mengarahkan peguam kami untuk melihat kepada penipuan terbaru oleh Datuk Abdul Rahman ini dan menimbang kemungkinan untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap beliau dan akhbar The Star kerana membuat pembohongan kononnya kami ada menyatakan harapan untuk menubuhkan sebuah parti baru.
LIM GUAN ENG

4 ulasan:
ROS,SPR,PDRM mahu pun Jabatan Pendaftaran - mereka semua jabatan dan ajensi pemerintah.Ketua-ketua depa semua "Yang Mengikut Perintah".Mana yang berani nak kata "TIDAK"(NO) kepada UMNO/BN apatah lagi PM.Itulah sebabnya kena "bunuh" ibunya dulu UMNO/BN baru ada keadilan,kaki tangan kerajaan buat kerja jujur dan ikhlas.Selagi UMNO/BN berkuasa hakim dimahkamah pun tak boleh percaya.
INI AKIBAT PEMIMPIN2 MEREKA SUKA BER-
KAWAN LEBIH BAIK DENGAN SYAITAN..MAKA
PENGIKUT MEREKA RELA DILEMBUKAN SENTIASA.Ingatlah sampai sekarang ada
beribu2 alasan mereka untuk mnghalang
PAKATAN RAKYAT@RASIONAL menggunakan satu lambang/bendera SUPAYA spr dpt
menghalang penggunaan pelbagai bendera parti.TIPUUU dn SAPUUU...satu
malaysia..rakyat sentiasa dibodohkan
dulu Pencapaian KRONI2 diutamakan...
Orang bukan islam yg islamik, yg orang islam pulak munafik. orang bukan islam lebih berpengetahuan tentang hukum hakam ugama Allah. Mungkin si munafik ini berfikiran, syurga dibawah kaki Umno, Neraka untuk rakyat Malaysi walaupun islam, sebab tak sokong kemunafikan Umno. Tak puasa ke!. Elok p makan saje le.. atau puasa pun kerana Umno.
Amat memalukan bagi penjawat awam berjawatan Peg. Tadbir Diplomatik (PTD)dengan adanya sebilangan mereka yg tidak memikul t/jawab dgn jujur & amanah. Kita sepatutnya menjadi contoh terbaik membawa halatuju negara dgn meletakkan asas kukuh sbg agensi pelaksana yg cemerlang. Bukan utk dihina & dicerca serta diperhambakan.
Catat Ulasan