1 Jul 2013

Siapa Biaya Jusuf Kalla Untuk Burukkan Anwar & Pakatan Rakyat?

Jusuf Kalla dakwa himpunan Black 505 dibiayai pihak asing

Mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - Black 505 - dibiayai oleh pihak asing.

Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu.

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas.

"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain.

"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam," katanya.



Ulasan GB

Pertama kita merasa hairan bagaimana dan mengapa "orang luar" boleh memberi komen terhadap keadaan politik yang berlaku di dalam negara kita? Siapa Jusuf Kalla sebenarnya yang begitu berminat mengenai perjalanan politik Malaysia?

Kedua, soal pembiayaan asing terhadap Black 505 hanya merupakan tuduhan tanpa bukti. Beliau mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.


Perkataan yang dimerahkan oleh GB itu membuktikan bahawa beliau hanya membuat agakan, tiada kepastian. Perkataan "mungkin juga" itu memberi pengertian bahawa beliau TIDAK mempunyai bukti tetapi mereka-reka tuduhan.

Dan ketiga, persoalan kini, siapakah yang membiayai Jusuf Kalla untuk memburukkan Anwar dan Pakatan Rakyat? Anda pasti sudah mengetahui jawapannya!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ek eleh.....berlagak malaysia dari org malaysia sendiri......agaknyer sumber dia dari UMNO/BN, utusan malaysia dan TV3 suku.......kalu PR dpt dana dari org asing wat aper dia kutip duitlah bodoh......duit nak bayar padang dan sistem2 yg disewa.........nak masuk campur....tapi duduk bawah tempurung UMNO/BN...tak kemana lah tu....

Putra IJ80 berkata...

Ini lah masaalah nya .,org Asing bolh campur urusan Negara kita...

Ini membuktikan kita tidak di hormati,kita di anggap tidak ada maruah sendiri..

Sungguh malang bagi kita rakyat Malaysia...

Krana apa jua yg di lakukan...

Kita x mampu berbuat apa apa....

Malah ada yg menyokong lagi mempercayai nya....

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Maaflah Pakcu mencelah..lama tak menulis. lagu nilah Pakcu nak kata..kalu orang putih komen sebelah PR maka puak -puak PR kata BETUL>>BETUL>BETUL tapi kalu ada puak lain yang komen tak sebulu dengan Tuan Greenboc dan PR maka kata TAK BETUL...TAK BETUL ..TAK BETUL...ISH..ISH....mana satu BETUL ni...??????. Yang betul agak Pakculah bila kena orang lain tak betul bila kena tang hidung sendiri salah orang lian belaka ...ko guana?

Tanpa Nama berkata...

pak cu pong tak betol gak....!

vou berkata...

Siapa Jusuf Kalla nak cakap yang Bukan2 nampak sangat dia tak Siasat berita secara terperinci,patut lah rakyat Idon pun tolak dia cakap ikut sedap mulut tak pakai akal,ni menujukkan dia ni pendek akal,siapa kasi hak dia bercakap ni hak rakyat malayasia,Jerbu di Idonesia dah bertahun2 tak boleh selasai tiap2 tahun macam tu juga.ni menunjukkan dia tak ada fakta yang sahih.Bodoh sombong kuat auta.

Tanpa Nama berkata...

Setahu aku yg selidik dgn org indon sndiri yusuf kalla nipun bkn mentri favorite sgt kt sana sb tu dia d tolak oleh rakyat nya sndiri...wakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Kalau org luar komen sokong PR, UMNO kata jgn masuk campur politik Msia. Kalau org luaf komen sokong UMNO BN tak pe plk...ko guana?

Tanpa Nama berkata...

rumah tangga kami urusin
kantor bapak kami bersehin
suami ibu kami tidurin
negara kau kami cerobohin
politik negara bapak kami camporin
bisakan pak kami dpt kartu warna biru..mcm dpt jajan di jalanan

Tanpa Nama berkata...

PATI (Indon) dah mula lebih sudu dari kuah, nak campor tangan politik negara jiran, mungkin nakjadi senator dan menteri he\alehwal PATI kot

Negara sendiri tak tolah jadi mantan.... apa kau cari disini?????