Sewaktu Senator Nick Xenophone dihalau pulang dari Malaysia lantaran keterlibatan aktifnya dalam politik negara ini serta keakrabannya dengan pemimpin oposisi, pesuruh propaganda United Malays National Organisation begitu bersemangat sekali menyuruh Senator Australia itu tidak masuk campur urusan politik Malaysia.
Malaysia, bagi orang UMNO, dan politik Malaysia terutamanya hanya boleh dibicarakan, atau dimainkan oleh orang Malaysia sahaja. Malah para macainya turut galak menyatakan bahawa ehwal politik Malaysia hanya patut dikerjakan oleh mereka yang ‘ahli’. Dalam kata lain, hanya politisi UMNO. Selain daripada itu, tak boleh.
Maka apabila saya melihat obsesi lidah rasmi UMNO dengan politisi Indonesia, si Jusuf Kalla; saya jadi keliru.
Adakah Jusuf Kalla itu halal terbabit politik Malaysia kerana dia bersongkok macam orang UMNO?
Muka depan Utusan Malaysia minggu lalu memetik Jusuf (disebut ‘Yusuf’) sebagai menyebut bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai imaginasi yang melampau. Selalunya kalau tajuk berita seperti ini disiarkan Utusan Malaysia, kita akan menyangka bahawa Utusan Malaysia mahu bercerita mengenai fantasi pelik Anwar yang pernah diberitahu kepada Jusuf.
Ya lah, Utusan dan kelucahan kan hampir langsung tidak dapat dipisahkan.
Tetapi Utusan Malaysia kali ini cuba memberitahu kita bahawa Anwar berimaginasi mahu menjadi Perdana Menteri meski kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Apa yang Utusan Malaysia tidak beritahu kita adalah Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar tidak kalah, malah menambah bilangan kerusi di Parlimen. Utusan Malaysia juga tidak beritahu kita bahawa 51% daripada jumlah keseluruhan pengundi memilih Pakatan Rakyat dan kerajaan UMNO yang ada hari ini ialah kerajaan minoriti yang gagal kelihatan popular di mata keseluruhan pengundi serata negara.
Namun disebabkan Utusan Malaysia ini akhbar milik UMNO dan melazimi fitnah dan mahir manipulasi politik persepsi, maka disembunyikan hakikat yang itu dan sekadar bermain retorika imaginasi Anwar dan keinginan rakyat untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Seolah-olah BN, Najib Razak, Muhyiddin Yassin langsung tak ada nafsu untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Dan Jusuf Kalla dipergunakan UMNO dan organ propagandanya untuk memperlihatkan apa yang ia mahu rakyat tahu. Langsung tidak disebut apa sebenarnya rundingan belakang pintu yang dibuat antara ketiga-tiga pemimpin itu.
Asalkan boleh membantai Anwar Ibrahim, maka itulah dia bahan berita muka depan Utusan Malaysia. Seolah-olah tak ada berita lain, meski sudah hampir dua bulan pilihan raya berakhir. Ternyata obsessi Utusan Malaysia dan UMNO dengan si Anwar Ibrahim ini sampai kiamat pun tak akan berakhir.
Barangkali itulah imaginasi melampau Utusan Malaysia setiap malam sebelum tidur. Imaginasi yang menjadi igauan dan mimpi ngeri berulang kali – Anwar Ibrahim.-Roketkini
9 ulasan:
Siapa Jusuf Kalla nak cakap yang Bukan2 nampak sangat dia tak Siasat berita secara terperinci,patut lah rakyat Idon pun tolak dia cakap ikut sedap mulut tak pakai akal,ni menujukkan dia ni pendek akal,siapa kasi hak dia bercakap ni hak rakyat malayasia,Jerbu di Idonesia dah bertahun2 tak boleh selasai tiap2 tahun macam tu juga.ni menunjukkan dia tak ada fakta yang sahih.Bodoh sombong kuat auta.
utusan meloya..paper paling celaka dan bangsat di dunia...
ini yusuf kala jengking kot ? dia lupa pakai songkok tinggi daa, ABU jangan lupa !
Auata semua, hanya yang sama otak gila macam UTUSAN saja yang di agung agungkan. Tipu tida sampai kemana, mati nanti, daging akan dimakan cicing, roh belum tentu masuk suhrga, NERAKA ada kemungkinan sebab bergelombang dengan dosa.
Sebab PRU tidak memenuhi pilihan yang dibuat oleh rakyat.Sepatutnya setiap undian mewakili seorang rakyat yang berhak memilih pimpinan mereka bukannya dinilai mengikut kawasan yang tidak sama banyak.Kawasan di bahagi hanya untuk memudahkan proses pengundian dan proses pentadbiran.Memang sepatutnya parti yang memenangi undian dari rakyat paling banyak memerintah.Jika petinyen tidak berjaya juga merubah pimpinan korup maka tunggu lah senarai hidangan salahlaku pemimpin dan keperitan hidup rakyat.
Nama asal Joseph Scorpion
Nama pun surat habaq UMNO dan lidah bercabang rasmi UMNO takkan lah depa nak tuleh yang betui tentang PR terutama DSAI yang boleh dibawa berbincang dan berani jawab dan hadapi semua dakwaan dimahkamah,menang pula tu,jadi depa mati akai lah dah tak tau nak reka dah ,jadi tepaksa la buat macam orang gila sikit tuleh apa yang tlintaih saja dikepala,maka meloyala sapa yang ada akai baca srat habaq depa.
pasti bapak ini sudah dapat kartu biru & komisi yg tinggi sampei menjilat hingga licin..misai pon mcm hitler?
Jusuf Kalla adalah Presiden PATI (Indonesia)dan mungkin akan bertanding untuk parti keturunan Indonesia Malaysia, akan menjadi ahli baru bn.
Rakyat dia tak terjaga datang tanpa izin nak cakap banyak.......
Baliklah kau... Goblok.....
Catat Ulasan