Transformasi BN hanya retorik
Batang Kali - Pelan transformasi yang dibawa BN hanya dianggap retorik sekiranya kepincangan yang berlaku dalam parti komponen khususnya Umno ketika ini tidak dipedulikan.
Ketua Cawangan Umno Taman Kelisa, Hulu Yam Barat, Jafri Zainal berkata, hakikat transformasi itu tidak berlaku seperti digambarkan kerana wujud perpecahan, ketidaktelusan, kronisme dan momokan semata-mata.
“Tidak perlu pergi jauh, di cawangan saya saja dengan kapasiti ahli seramai 168 orang sudah dipecah dua yang pada awalnya dilakukan tanpa pengetahuan saya.
“Perpecahan ini membimbangkan. Saya lihat ini bukan transformasi tetapi ke arah memecahbelahkan parti dan sokongan rakyat terhadap Umno,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Gugusan Umno Hulu Yam percaya, perpecahan bukan saja berlaku dalam cawangannya, tetapi melanda beberapa cawangan lain.
Namun, katanya, tiada sesiapa berani tampil menyuarakan permasalahan itu kerana momokan segelintir pemimpin dan bimbang tembelang mereka pecah.
Jafri turut mendedahkan ketidaktelusan yang berlaku membabitkan pemberian wang lokaliti di setiap kawasan Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada PRU13 lalu.
Menurutnya, terdapat kadar yang selaras untuk setiap Dun, namun perkara itu tidak berlaku kerana didakwa wujud penyelewengan.
“Sepanjang saya menjadi ahli dan memegang beberapa jawatan dalam Umno, perkara ini tidak pernah berlaku.
“Lokaliti dibayar RM10 saja dalam Dun Batang Kali, sedangkan di Dun lain lebih tinggi (mengikut kadar sebenar). Ini persoalan saya, tapi yang jelas transformasi masih tidak berlaku,” katanya.
Katanya, isu pemindahan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya dibawa ke Hulu Yam tetapi dibawa keluar tanpa pengetahuan pemimpin didakwa turut berlaku.
Menurutnya, semua pendedahan beliau mempunyai fakta dan bukti nyata dan bukan tuduhan melulu.
“Saya juga yakin dan percaya banyak laporan yang sampai kepada Perdana Menteri daripada ketua-ketua bahagian yang tidak telus.
“Inilah antara punca tewasnya BN di enam kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang pada awalnya BN menzahirkan keyakinan tinggi untuk menang sedangkan laporan dihantar tidak telus.
“Bagi saya kalau berlaku ketidaktelusan di peringkat ba-hagian dan negeri, kesannya adalah kekalahan berterusan di Selangor dan jangan hairan jika PRU ke 14 kita tewas lagi,” katanya.
Beliau berharap pemimpin Umno mengikut transformasi sebenar yang dibawa Presiden parti sekiranya mahu melihat kelangsungan berterusan. -SH

4 ulasan:
Kenapa nak melenting.Kepimpinan Melalui Teladan,bos sendiri pun nak marah,Kan sudah acap kali diperkatakan oleh orang diluar sana termasuk bekas PM ke4 bahawa Umno Ini Busuk Hingga Keusus atau Tahi Sudah Naik KeKepala(manakah yang betul).
Kamu sekarang berada dalam tong najis dan Kamu tak dapat cuci najis ini dari dalam,Kamu Mesti Cuci Dari Luar Tong Tersebut.Barulah Kamu Jadi Insan Yang Berakal.
Umno itu maksum daripada sifat kekurangan,Tanggapan inilah sentiasa dicanangkan kepada semua makhluk di Bumi ini,Sehingga ramai yang tergoda dan terlayu TETAPI tanggapan itu sudah ketinggalan zaman HANYA Kepada yang berfikiran menggunakan Kepala Bawah sahaja yang masih mempercayainya dan menurutinya.
kalau sudah tidak yakin, keluar dan bubarkan saja umno cawangan tu.
Cuba teliti apa yg sebenarnya mamat tu dok meroyan. Bukan soal transformasi tapi WANG @ Fulus @ Duit. Itulah sifat umno, bila disogok duit dia akan diam malah sanggup menempah neraka dgn menyokong dan mempertahankan kemsksiatan dan kezaliman. Tapi bila tak dapat duit (rm10???) mulalah dok meraban dan ugut nak keluar parti.....alahai umno....
Terkejut saya bila si Jafri ni jadi rujukan.
Nasihat saya, lupakan saja mamat ni. Saya orang Hulu Yam Bharu. Saya kenal siapa si Jafri ni.
Dimana ada bau duit, maka di situ adalah si Jaffri ni.
Lebih baik siar cerita pasal Dr Morsi, ada juga faedahnya..
Catat Ulasan