2 Jul 2013

Kerana Ali Rustam Kalah, K'jaan UMNO Tutup Pasar Ramadan Terbesar Di Melaka & Jonker Walk

UMNO dianggap petualang apabila sanggup bertindak menutup periuk nasi lebih 300 peniaga pasar Ramadan Taman Cempaka dalam kawasan Parlimen Bukit Katil selaras dengan penutupan Jonker Walk, Melaka. Pendedahan mengejutkan itu sekaligus meleraikan kontroversi di sebalik fitnah jahat Mingguan Malaysia semalam yang mendakwa DAP mencadangkan agar pasar Ramadan ditutup.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian pada sidang medianya bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau juga menyifatkan tulisan Awang Selamat terhadapnya dalam Mingguan Malaysia sebagai satu fitnah jahat dan bodoh dan meminta akhbar kawalan UMNO itu memperbetulkan tuduhan mereka.

“Utusan Malaysia hanya mengemukakan pembohongan dan memutar-belitkan segala kenyataan pemimpin DAP hingga 180 darjah untuk mewujudkan persepsi palsu bahawa DAP parti rasis walaupun hakikatnya tidak benar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Utusan Malaysia membongkar kebenaran bahawa yang menutup pasar Ramadan, yang menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi menjelang Ramadan adalah UMNO-Barisan Nasional (BN) Melaka.

“Konteks kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini amat jelas tetapi telah dengan sengaja disalah tafsir dengan tujuan jahat.

“Saya menyindir Ketua Menteri Melaka kerana memberi alasan tidak wajar bahawa pasar malam Jonker Walk dan Taman Cempaka ditutup untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas,”
jelas Pua lagi.

Mengulas lanjut, Pua berkata, pihaknya tidak boleh menerima alasan itu kerana ia akan menyebabkan semua pasar malam, pasar tani dan bazar Ramadan ditutup dan bukan sahaja di Jonker Walk dan Taman Cempaka.

“Ini sekadar tindakan politik balas dendam Ketua Menteri Melaka yang baru dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam,” katanya.-Roketkini

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sorat kabaw Hasutan Meloya ddulu kini dan selamanya kerja menyebar FITNAH, kebencian, perkauman.
Walaupon banyak kali kecundang di MAHKAMAH, tetapi kakas ni mana ada maruah, kertas kelas tisu tandas, najis, lidah rasmi SETAN

Elok sangat kalau YB Tony bawa kes fitnah ini ke mahkamah tuntut 3 perkara:-

1- Surat kabaw tersebot kena cetak perkataan "HASUTAN MELOYA PENYEBAR FITNAH No.1" di muka depan selama 1 tahun pengeluaran.
2- Perkataan "Awang Selamat" hendaklah diganti dengan "Awang TIDAK Selamat"
3- Jika defendan menolak 2 tuntutan di atas, mereka kena bayar sejumlah wang gantirugi yang ditetapkan oleh DAP.

Jika defendan memilih bayar gantirugi mereka juga tertaklok kepada satu AMARAN KERAS, iaitu jika didapati cuba menyebar fitnah di masa hadapan, mereka juga kena MENUKAR papan tanda kilang kepada "KILANG TISU TANDAS HASUTAN MELOYA"