2 Jul 2013

BR1M: Ahmad Maslan Buktikan Najib Seorang Penipu Besar


Bantuan BR1M RM1,200 boleh bertahan dua bulan, kata menteri

Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.

Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.

"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini.

Seramai 6.8 juta isi rumah dan individu bujang telah menerima BR1M 2.0 pada tahun ini yang meliputi 88.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohon dimana RM2.9 bilion telah diagihkan oleh kerajaan, peningkatan sebanyak RM0.3 bilion berbanding pusingan pertama BR1M yang berjumlah RM2.6 bilion.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan gagal memberikan penjelasan selepas Ahli Parlimen Sibu (DAP) Oscar Ling Chai Yew bangkit untuk mempertikaikan kadar kemiskinan negara yang dikatakan sudah menurun tetapi kerajaan masih lagi terpaksa memberikan bantuan daripada segi wang tunai kepada rakyat Malaysia.

"Pandangan mengatakan kadar kemiskinan dalam negara telah turun adalah tidak selari dengan pemberian BR1M , boleh menteri menjawabnya?" kata Ling.

Ahmad Maslan kemudiaan menjawab: "Tentang statistik itu saya tidak ada,"
jawab Ahmad Maslan.

Pada Mac lalu, Najib menegaskan kadar kemiskinan negara terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan, kepada 1.7 peratus tahun lalu.

Najib berkata jurang pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar pekali Gini menurun kepada 0.431 pada 2012.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik pentadbiran Najib dengan apa yang mereka katakan sebagai membeli undi oleh kerajaan BN melalui perbelanjaan awam dalam bentuk pelbagai pemberian seperti BR1M sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Dalam manifesto PRU13 lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjanji pemberian BR1M akan ditambah secara berperingkat sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 4.1 peratus dalam suku pertama 2013, dalam persekitaran luar negara yang lemah.

Ini berbeza dengan 5.1 peratus yang dicapai dalam suku yang sama pada 2012 dan 6.5 peratus dalam suku keempat tahun lepas.

Hutang negara juga mencecah kepada 53 peratus KDNK - menghampiri siling 55 peratus - naik daripada 43 peratus pada tahun 2008. -TMI

5 ulasan:

E-M-Y berkata...

Biasalah dah namanya P.M. (Penipu Malaysia), lembu kat kandangtu pun tak cukup belanja RM500 setahun. RM500 untuk ulat hidup dalam batu cukup sangat-sangat.

Tanpa Nama berkata...

bila pemimpin utama KEPALA SETAN rujk
mahathir...(lebih baik berkawan dgn
SYAITAN dari MALAIKAT)akhirnya para pengikutnya terus diPERBODOHLEMBUKAN
dan sanggup jadi LEMBU..kalau hendak
kira BULU JEMBUT ATAU BULU KETIAK pun tidak mencukupi 1200 HELAI setahun.malangnya
dapat PM DAN KABINET BODOH LEMBU bagi
rakyat SAPUUU MALAYSIA.

bijak kancil berkata...

BUDAK SEKOLAH RENDAH PUN ADA AKAL...
BILA 1200 BAHAGI 365 HARI jadi lebih kurang RM 3.80sehari utk dibelanjakan
dgn pelbagai barangan terus menggila
NAIK...keramat B angkai N egara terus
menipu KAMI DAHULUKAN RAKYAT/RAKYAT D
DAHULUKAN disebalik dendangan JANJI
DI TEPATI

lijitra berkata...

aku cadangkankan kalaulah kerajaan prihatin,apa salahnya pemberian BR1M 3.0 nanti di beri 2 kali iaitu separuh dekat aidilfitri dan separuh lagi tahun depan.macam dgn bonus yang di beri pada kakitangan awam.

gua kaki kritik berkata...

Bila si penipu berbicara ni lah jadinya
Bila Pilihan raya nak dekat baru lah sebok tunjuk muka baik
Bila dah menang janji jadi abu
Sebok nak buat gst bagai
Tapi tak pikir ekonomi
Sebok nak bina bangunan tinggi2 tapi tak pikir hutan berlmbak
Sebok buat itu ini alasan untuk rakyat hakikat sebenar nk di pandang tinggi