2 Jul 2013

Kuala Besut Kekal Milik PAS: Jentera Pilihanraya Sudah Digerakkan

PAS Terengganu sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut termasuk mengenal pasti dan menyenarai pendek calon yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu antara nama yang dipertimbangkan adalah terdiri daripada anak tempatan dan menolak cadangan pihak media yang menyebut tentang Ustaz Azhar Idrus sebagai turut disebut-sebut untuk menjadi calon.

YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, banyak pihak yang mahu bertanding pada PRK Kuala Besut, namun katanya, oleh kerana kerusi tersebut pernah ditandingi oleh PAS, Pakatan Rakyat akan memberi laluan kepada PAS.

"Ustaz Azhar Idrus dia orang (Kawasan) Ladang (Kuala Terengganu) bayak maklumat yag kita terima dia tak minat untuk bertanding politik ini, antara nama yang naiknya (disenaraikan) adalan nama anak tempatan,

"secara peribadi saya ada berbincang dengan saudara YB Azan, Insyaa Allah tidak ada masalah untuk diberikan laluan keada pihak PAS kerana PAS yang bertanding sebelum ini, kita (Pakatan Rakyat) bersetuju, kalau boleh satu lawan satu,"ujarnya. [Lihat Video]

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat PAS Terengganu, di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar di sini hari ini, pada Isnin 1 Julai.

Beliau menegaskan tidak timbul soal untuk memboikot pilihanraya kecil tersebut sebagaimana yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam.

Haji Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelan berkata, jentera telah disusun bagi menghadapi pilihanraya tersebut termasuk melantik Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri yang juga ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah bagi Jawatankuasa Operasi bagi negeri Terengganu.

"tidak timbul soal boikot, kalau (kita) boikot....Umno 'amin' (sukacita) aje lah...........kita telah bermesyuarat, jentera telah kita susun, lepas daripada ini kita akan lancarkan jentera kita,

"kita dah setuju untuk lantik Timbalan Pesuruhjaya I YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yang akan mengetuai jentera pilihanraya Pakatan rakyat khususnya PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Besut ini,"jelasnya. -BO

Azmin: Kerusi Dun Kuala Besut kekal milik Pas

PKR telah memutuskan bahawa kerusi bagi Dun Kuala Besut kekal milik Pas, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan panjang bersama pimpinan PKR pusat dan Terengganu.

“PKR telah buat ketetapan ini dalam satu majlis, kelmarin.

“Kita akan sokong calon Pas yang akan terus kekal di Dun Kuala Besut. PKR Terengganu dan Pusat telah mengerahkan jentera untuk membantu kemenangan Pas di sana,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, pendirian itu akan dibawa pada mesyuarat pimpinan PR minggu ini.

Menurut Azmin, walaupun terdapat gesaan daripada peringat negeri Terengganu untuk meletakkan calon PKR di kerusi tersebut, namun keputusan yang telah dibuat itu harus dihormati semua pihak.

Isu perebutan kerusi Dun Kuala Besut mula tercetus apabila Azmin dalam kenyataannya semalam tidak menolak untuk meletakkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Sementara itu, mengulas kenyataan Lim Guan Eng agar Pas memboikot PRK Kuala Besut sebagai tanda protes keputusan PRU13 lalu, Azmin berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP itu adalah pendapat peribadi.

“Mengenai keputusan akhir kita akan tahu lepas majlis pimpinan PR rakyat (yang dijangka Rabu ini),” katanya.
-SH



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas PAS...
Kalau nk bagi BN menang, calonkan Din Ayam bertanding di Kuala Besut. Sahih BN boleh menang dgn selesa mcm yg dia buat di Kota Damansara.

Tanpa Nama berkata...

Mau dok ingat tektik/strategi pehak lawan meRASUAH RM100.00 secara SUMPAH LAKNAT ngaku pakoh dacing, kakas MENO ni pitih manyok.
Terik ning buleh jadi pitih ngupoh naik RM200.00

Martoiriat berkata...

Salam GB..
PRK DUN Besut bukan mustahil untuk PAS memenanginya memandangkan PAS juga pernah memenangi kerusi tersebut dlm pilihanraya 1999. Untuk mengambil alih kerusi tersebut PAS/PR perlu komited dalam kempen mereka serta meletakan calon dari kalangan anak tempatan yg berkualiti tanpanya ada tikam menikam dari belakang. Begitu pun akar umbi dan pimpinan PAS/PR harus bersatu di bawah satu pakatan sebagaimana yg dipersetujui bersama dlm PR. Justeru itu, jangan ada lagi suara2 sumbang dari kalangan peminpin tertentu membuat kenyataan dangkal yg boleh merosakkan parti sebagaimana kenyataan bodoh yg berlaku dlm PRU 13 baru2 ini.Bersatu serta bermuafakat dalam satu pakatan boleh menyakinkan lagi untuk memenangi DUN tersebut. Tanpa bersatu dalam satu2 perjuangan PAS/PR tidak kemana.. Mungkin 4 penggal lagi pun PAS/PR masih di ambang sore...