Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpandangan bahawa cadangan penyiaran proses pengiraan undi oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak perlu diadakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana pada ketika ini, ejen pilihan raya daripada parti bertanding berada di dalam bilik pengiraan undi.
Beliau berkata SPR merupakan sebuah badan bebas dan sekiranya RTM ingin merekodkan proses pengiraan undi, SPR tidak boleh menolak permohonan daripada pihak lain selain RTM.
"Sehubungan itu, SPR telah membuat keputusan bahawa merakamkan proses pengiraan harus diuruskan oleh SPR sendiri dan bukan pihak lain.
"Untuk pilihan raya kecil Kuala Besut, SPR telah berbincang dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman. Kita akan bincang (untuk pilihan raya kecil yang akan datang) ," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu akan berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.
Beliau berkata usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil. -Bernama
Ulasan GB
Keputusan SPR menolak cadangan penyiaran proses pengiraan undi oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini meyakinkan kepada rakyat bahawa SPR memang merancang penipuan di dalam setiap kali pilihanraya, dan kali ini di PRK Kuala Besut pula.
Alasan bahawa sekiranya SPR menerima cadangan Menteri Penerangan dan Komunikasi, SPR tidak boleh menolak permohonan daripada pihak lain selain RTM adalah alasan yang amat dangkal sekali. Ia adalah satu jawapan yang memperbodohkan rakyat jelata.
SPR ingin melakukan kerjanya di dalam suasana yang tidak telus apabila menolak cadangan RTM untuk merekodkan proses pengiraan undi dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman.
Pakatan Rakyat perlu bantah tindakan SPR ini. Tetapi mengapa masih membisu dan senyap-sepi?

3 ulasan:
memang spr buat kerja lahanat !dajjal betul mereka-mereka yang mahu seleweng & kelentong jika ada kemahuan untuk ketelusan ! dasar barua kaki ampu & bodek@jilat sukar dibuang spr malaysia ,ABU jangan lupa !
klu betul spr nk tipu lg kali ni, kami semua doakan semoga spr dilaknat..tiada maaf bg mu spr.
Penolakan SPR akan cadangan RTM tu amat bertepatan dengan nama SPR tu sendiri iaitu SURHANJAYA PENIPU RAKYAT.
Cadangan RTM tu pula adalah lakonan sebagai drama untuk menipu rakyat.
Catat Ulasan