Dubai - Seorang ulama yang berasal dari Filipina, Rashid Indasan, menjadi saksi kepada 27 orang pekerja asing yang juga berasal dari negaranya memeluk Islam di Dubai, Kesatuan Emirat Arab (UAE). Momentum itu selanjutnya dimanfaatkan oleh Rashid untuk memberikan pesanan kepada para mualaf untuk menyebarkan Islam di Filipina.
Seperti tersiar di dalam The National, Khamis (24/7), Rashid menyatakan setiap mualaf memiliki tugas yakni membuka hati dan fikiran kalangan bukan-Muslim di seluruh dunia agar menerima kebenaran Islam.
Beliau berbicara dalam bahasa tagalog mengingatkan betapa beratnya cabaran umat Islam di hadapan. Penyelasai dari hal itu adalah bagaimana seorang Muslim tak boleh lari dari ibadah dan pada ibadah itu.
Sudah ratusan orang yang diislamkan Rashid Indasan, ulama asal Filipina tersebut. Padahal dahulu ia seorang yang membenci Islam dan Muslim.
Rashid mengungkapkan ia telah mengenal Islam sejak 1986. Ketika itu, yang ada di fikirannya soal Islam hanyalah keinginan untuk mematahkan ajaran Islam melalui perdebatan.
Kini, ia telah menjadi Muslim yang sepenuhnya. Ia aktif berdakwah di masyarakat Filipina. Pada tahun 2010 lepas, ia mendirikan Islamic Center As-Sirat Al-Mustaqim. -republika
3 ulasan:
Harap Pengarang sertakan URL penuh rujukan bagi maklumat seumpama ini supaya rujukan tepat
Harapnya suatu hari nanti Filipina menjadi negara Islam yang memang asalnya negara Islam tapi kerana Sepanyol jajah habis satu pulau murtad.
Superior aku, asal dr Filipina 'terpaksa' menyekolahkan anaknya di sekolah Arab semasa bekerja di Dubai, x secara langsung mendekatkan dirinya serta keluarga dengan islam. Semasa aku pulang, dengar khabarnya beliau telah memeluk Islam. Aku amat teruja dgn polisi kerajaan Dubai yang mengistimewakan agama Islam dlm semua perkara. Di Dubai, semua perayaan tiada cuti umum melainkan Fitri & Adha Mubarak shj wpun komuniti luar terutamanya India (Hindu) melebihi penduduk Arab Dubai sendiri. Di Malaysia bilakan perkara sebegini akan berlaku??
Catat Ulasan