18 Jun 2013

Pengakuan SPR Bukti Mereka Bersalah, Perlu Letak Jawatan - A.Samad Said

Datuk A Samad Said mengatakan pengakuan dilakukan oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kesal kerana kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi dengan baik semasa Pilihan Raya 2013 membuktikan badan penggendali pilihan raya itu bersalah.

Menurut pengerusi bersama Bersih 2.0 itu, pengakuan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf membuktikan pilihan raya umum 5 Mei tidak berjalan dengan baik dan oleh itu beliau seharusnya berundur.

“Bunyinya agak tidak sedaplah. Tetapi secara hormat, sesudah mengetahui beberapa kesilapan, eloklah dia undur, letak jawatan,” kata beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad apabila ditemui oleh The Malaysian Insider pagi ini.

“Jadi dia harus, harus lakukan itu. Jadi pengakuannya itu, bagi saya ialah satu penerimaan bahawasanya apa yang berlaku itu memang betul dia bersalah,” tambah beliau lagi.

Dalam wawancara bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu yang disiarkan semalam, pengerusi SPR menyatakan kekecewaan berhubung dengan kegagalan penggunaan dakwat kekal.

"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," katanya kepada Sinar Harian.

Pak Samad yang juga seorang Sasterawan Negara mempersoalkan mengapa SPR tidak menguji keberkesanan dakwat kekal sebelum membenarkan ianya digunakan dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

“Tidakkah SPR mengujinya dulu? Dia terus sahaja untuk mempercayai. Itu tidak boleh saya fikir ini sebab untuk memberi hak ni, memberi kuasa.

“Saya harap dia berkata itu jujur, sebab itu adalah pengakuan dia bahawasanya memang pilihan raya itu tidak murni,” katanya.

Pengerusi bersama Bersih 2.0 itu juga turut menyarankan kepada penyokong-penyokong mereka agar beramai-ramai menghadiri perhimpunan #Black505 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun.

“Kita menyarankan, ataupun merayu supaya ahli-ahli lebih banyak untuk menyertainyalah.

“Kalau Ambiga sendiri sudah kata turun ke jalan raya, jadi kita turun ke jalan rayalah,” kata beliau merujuk kepada seorang lagi pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata semalam, kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi dengan baik tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menuduh SPR membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali atau melakukan penipuan dalam pilihan raya umum.

Abdul Aziz mendakwa kaedah itu - yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya telah menguji beberapa kali sebelum dilaksanakan pada 5 Mei lalu.

"Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya?

"Memang sedih tapi kita tidak berdiam diri. Kita tubuhkan pasukan khas, yang dipengerusikan Datuk Christopher Wan Soo Kee dibantu dua ahli panel lain iaitu Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin," katanya.

PR telah mengadakan perhimpunan besar-besaran #Black505 di seluruh negara semenjak 8 Mei untuk memprotes dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular. -TMI

7 ulasan:

oranqtua berkata...

itulah, bila dah terover mengampu otak yg tuhan bagi tak mahu guna mengikut jalan yang ditetapkan. la ni dia pula yg kecewa. Dah berbuih mulut orang bagi tau pasal dakwat tu, tapi angkuh dan sombong.

Tanpa Nama berkata...

Mula2 dulu mangkuk setan tu mempertahankan akwat tersebut bermati2an. Akhirnya kantoi begitu jugalah dgn blackout,pndtg mngundi dan pengundian beberapa kali...Semoga Allah melaknat kamu jika kamu mengkhianati rakyat. Kami tidak akan memaafkan kezaliman kamu dan semua yg bersekongkol dunia dan akhirat.

Andre Irwan berkata...

Bila disuruh letak jawatan, dia kata dia bekerja atas lantikan DYMM YDP Agong. Hanya DYMM YDP Agong saja boleh memecatnya.
Sedarkah bahawa dia telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu? Kalaulah dia dilantik oleh Raja-Raja Melayu, maka dia harus bertanggung jawab kepada Raja-Raja Melayu. Jadi sebarang kesilapan dia sudah tentulah merujuk kepada Raja-Raja Melayu yang melantiknya. Ini bermakna Raja-Raja Melayu setuju dengan tindakan beliau yang salah. Raja-Raja Melayu bersekongkol dengan tindakan salah Pengerusi SPR? Kalaulah ini benar, maka ini adalah satu mala petaka bagi Raja-Raja Melayu sebab Kesetiaan Rakyat kepada Raja-Raja Melayu akan terkikis dan terhapus akibat penyelewengan ini.
Bukankah Beliau telah melakukan penderhakaan pada Raja-Raja Melayu dengan mengaibkan Raja-Raja Melayu ni? Rakyat akan bertanya mungkinkah Raja-Raja Melayu tidak sedar akan penyelewengan yang berlaku atau Raja-Raja Melayu ....? Harus diingatkan bahawa rakyat akan memberi pendapat mereka yang mungkin kurang enak didengar dan pasti ini akan dijadikan alasan oleh pihak UMNO-BN untuk menuduh pihak lain sebagai derhaka sedangkan mereka itu sendiri yang menderhaka dengan mengaibkan Raja-Raja Melayu.
Sudah tentu Pengerusi SPR tiada alasan lagi untuk kekal di jawatan ini atas kelemahan yang berlaku dan tuduhan beliau pada rakyat yang inginkan keadilan. Begitu juga dengan Raja-Raja Melayu, sudah sampai mereka bertindak dengan melucutkan jawatan semua ahli SPR yang sedia ada dan digantikan dengan ahli-ahli baru yang lebih telus dan integriti serta bebas.
Teringat aku akan pepatah Melayu yang diucap oleh HANG JEBAT, "Raja Adil Raja di sanjung".
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Seandai tulisan patik ni melampau, patik mohon ampun dan maaf. Apa yang patik tulis semata-mata untuk mencari keadilan dan keredhaan Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Semuga lepas ini ada lagi tambahan kekeciwaan selepas bermatian dinafikan. Antaranya ;-
1. Pengundi warga CIMB.
2. Black out semasa pengiraan undi khususnya bila PR mendahului BN.
3. Kes PR telah diumumkan menang nelalui TV srcara langsung, 1 jam kemudian dilaporkan kalah.
4. DLL....cari sendirilah...tak larat nak tulis. Sbb itu DS ANUAR kata SARAT DENGAN PENIPUAN.



Ridzuans berkata...

Hahahaha..sblm ni tarik nama YD Agong dlm mpertahankan diri..skang ngan nama Allah s.w.t pun dia angkut skali. Hebat sungguh manusia bgelar Abdul Aziz..tanpa segan silu mgunakan nama Allah s.w.t dlm penipuan..ni bkn takat derhaka kat YD Agong ni..ni dh derhaka sbg makhluk...

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa pelik bin ajaib bila tidak semena-semena Pengerusi SPR angkat bendera putih dalam hal dakwat kekal tapi penipuan yang lainnya belum mengaku kekeciwaannya....

Adakah ini akan dijadikan alasan agar rakyat tidak berhimpun pada 22 Jun nanti sbb pihak SPR kononnya telah nengakui kelemahannya.

SPR mestilah mengakui semua kelemahan dan penipuan selainnya dan istihar PR menang PRU13 bukan BN yang menang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau alasan YDP Agong yang boleh pecat dari jawatannya, mulai sangat ini mana-mana kakitangan awam yang nelakukan kesalahan besar dan ketua jabatan menasehatkan berhenti, maka si penjawat awam tersebut mestilah jawab....HANYA JPA SAJA YANG BOLEH NASEHATKAN MELETAKKAN JAWATAN....banyak cantik!!!!!!!!!