31 Mei 2013

Waytha Mula Bersuara: "Gantung Tugas Polis Yang Terlibat"


Waytha mahu anggota polis terbabit digantung tugas

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy mengecam tindakan yang dianggap ringan terhadap anggota polis yang sedang disiasat berhubung kematian N Dharmendran dalam tahanan, dengan berkata langkah itu hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut.

Sambil menegaskan bahawa kes pembunuhan merupakan suatu kesalahan tidak boleh dijamin, Waythamoorthy berkata, empat anggota polis berkenaan sepatutnya telah digantung tugas dan ditahan reman sehingga siasatan selesai, dan bukan hanya ditugaskan melakukan kerja pejabat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf).

"Undang-undang adalah sama bagi anggota polis serta orang awam. Oleh itu apa-apa tindakan yang kurang, hanya akan terus mengecewakan orang ramai kerana amalan dwi-standard terhadap anggota polis dengan kekebalan secara terang-terangan diberikan kepada mereka.

"Tindakan yang tidak berkesan seperti ini oleh pegawai atasan mereka dalam pasukan polis hanya akan terus merendahkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis dan integriti mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk kepentingan awam,"
kata kenyataan itu.

Waythamoorthy juga mempersoalkan bagaimana polis hendak mengharapkan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap "profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan" mereka dalam mengurangkan jenayah, jika mereka tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang disyaki.

Tambahnya, tindakan seumpama itu mencerminkan kurangnya rasa hormat pihak polis terhadap "hak asasi dan nilai kehidupan manusia", seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Tindakan memastikan tiada lagi kematian dalam tahanan di kalangan kaum India, adalah antara tuntutan Hindraf apabila menandatangani perjanjian bersejarah dengan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan April, satu langkah yang menyebabkannya menjadi sasaran kritikan. -mk

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penjenyah dibela.. layan baik2 kepada penjenayah.. hahahah.. hindraf2

Tanpa Nama berkata...

Kesalahan itu berat..bukan hanya dengan memindahkan anggota yang terlibat ke unit yuang lain...sepatutnya hukuman berat wajib dikenakan kerana menyebabkan kematian... kerana kerakusannya ....... yang diajar dalm polis....kalau membunuh hukumannya apa? Maka sebelum dimahkamahkan sepatutnya anggota yang terlibat iut perlu ditahan atau direman sehingga dibicarakn...

Tanpa Nama berkata...

Sekali kena tengking dengan Najib.. senyaplah keling ni nanti.Auta je tu...auta kelin...

Tanpa Nama berkata...

Tidak lama lagi pemimpin UMNO akan menyuruh pariah ini balik India.


Tanpa Nama berkata...

tahniah Waytha, inilah pemimpin berjiwa rakyat, yang salah tetap salah tak kiralah walaupun bapak segala bapak polis pun tindakan mesti adil dan sama rata, walaupun yang mati tu penjenayah secara tak langsung anggota polis yang terlibat tun adalah penjenayah juga dan mereka harus dilayan seperti penjenayah juga.

Tanpa Nama berkata...

Kalau you punya ketegasan tidak dipedulikan oleh Kabinet especially PM..sanggup kah you letak jawatan...kalau betul you kerja utk rakyat you patut letak jawatan..tapi kalau you tak letak jawatan...jelas you kerja utk jawatan yg diberi oleh PM..

Tanpa Nama berkata...

Jangan berani sekerat jalan je, bila kena desak dengan geng umno mula cerita lain pulak, itu namanya pemimpin berjiwa paria hanya pandai bodek je demi jawatan bukan untuk rakyat.