31 Mei 2013

UMNO/BN Semakin Fobia Dengan Pimpinan PR


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang. -mk


16 ulasan:

Andre Irwan berkata...

Ini apa punya undang-undang? Rakyat Malaysia sejati tidak dibenarkan memasuki TANAH AIR MALAYSIA. Sudah sampainya undang-undang gila ini dihapuskan. Akta imigresen harus dipinda. Orang Banglasia boleh menjadi rakyat Malaysia melalui pintu SABAH. Ini anak kelahiran dan jati Malaysia pulak dilarang masuk. Ini cerita Pak Pandir. Menang Sorak Kampung Tergadai.
Ubah Malaysia. Sudah sampai masanya kita ubah perlembagaan (negeri maupun kebangsaan) yang tidak mesra rakyat marhein. Tunggu apa lagi. Orang Sabah boleh masuk semenanjung dengan sewenang-wenangnya mencari rezeki tapi bukan sebaliknya. Hairan bin Ajaib. Ini undang-undang RIMBA kot.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa seorang rakyat Malaysia tidak boleh pergi mana2 negeri di bawah satu bendera Malaysia sesuka hati?......#'!#¤¨¦μ.zzz...errr ada undang2 rupanya. Kenapa tak pinda?..... Oooooh patutlah ada rakyat yang kena berjiran dengan pendatang Filipina. Ada plak yang kena naik bot sedangkan rakyat negeri lain boleh naik kereta merentasi jambatan.
Kepada semua pejuang..teruskan usaha sedarkan seluruh rakyat jangan sokong geng yang mendapat majoriti KERUSI tapi kena sokong kumpulan yang mendapat majoriti PENGUNDI

Tanpa Nama berkata...

YB Nurul Izzah bukan Anak Malaysia oh..Banglasia oh...bukan. YB PR Undang BN baru tidak boleh masuk SABAH. Habislah tidak lama lagi undang baru BN Penyokong PR tidak boleh masuk SABAH. Inilah BN RAKYAT DIDAHULUKAN.

Tanpa Nama berkata...

Nurul Izzah tak boleh masuk Sabah...tapi keluarga Kiram boleh..siap bawak senjata lagi....

Tanpa Nama berkata...

org dah tak kasi masuk.. sudah laa. apa nak kecoh2????

dok sibuk nak masuk sabah buat apa?
nak ambik hati org sabah?? blah laaa

woi! rakyat sabah nak hidup bahagia bawah BN lantak laa kat depa. puak2 sabah ni tolong pun tak guna, diorang mmg suka duduk dalam hutan.

puak2 ni jenis taat pada ketuanan melayu.. biarkan diorang.. tak payah susah2 nak bela nasib diorang.. biar diorang merempat dalam negeri diorang.. biarkan jer diorng terus ditipu lagi 50 tahun.

ada aku kesah??

Batu Api berkata...

Masa kejatuham UMNO dan BN sudah tiba. Mereka mencabuli Rukun Negara dan hak asasi manusia. Fuck off them all ?

Tanpa Nama berkata...


Sabah sebahagian negara Malaysia. Sesiapa rakyat Malaysia sepatutnya tidak dihalang kemana mana dalam Malaysia. Ada ke undang undang imigresen yang tidak membenarkan rakyat Malaysia masuk ke Sabah. Kalau ada, ini undangx adalah tidak betul.

Tanpa Nama berkata...

Aiiiik! Pase pa MP PR x boleh masuk Sabah. MP BN boleh plak. Undang-undang rimba mana pulak BN pakai? makin kecoh lah Malaysia ddi bawah rejim UMNO.

Putra IJ80 berkata...

TGHH kata biar mereka menzalimi biar mereka menginaya...

Kita kena SABAR...

Nanti di hari perhitungan ada suara yg memanggil kita yg di zalimi suruh kita masuk syurga cepat....

Maaf klu sya tersalah tafsir ucapan beliau.

Wallahhu'alam.

Jgn Maree..

Tanpa Nama berkata...

PASCA PRU 13.......

SABAH BAPAK MUSA AMAN PUNYA.....
MALAYSIA BAPAK ZAHID PUNYA, KONGSI DENGAN NOH UMAR DAN TAJUDDIN PASIR SALAK.

BESOK LUSA SEMUA KAKITANGAN DARI SEMENANJUNG AKAN DIHALAU BIAWAK MUSA INI......

MUSA(ANG) (SI)AMAN(G) kau nak jadikan zoo.... Dengan di penuhi binatang-binatang macam dia dan sewaktu denagnnya......

Tanpa Nama berkata...

Inilah malaysia. Kalau org sulu tak tak jadi masalah....kesabah.

orangpencen berkata...

ohh!!! tak mahu ambil kisah kesusahan orang lain.. nanti bila awak dah terbujur kaku bukan orang lain ke yang akan menguruskan mayat awak.

Tanpa Nama berkata...

Peraturan paling bodoh...Nurul izzah jgn bagi Ketua Menteri Sabah pijak kaki dia kat Lembah Pantai...

Unknown berkata...

Anon 3.22am yg tak profesional..kalau ko tak kesah tak ada ko nak komen..dalam apa jua perkara tolong ingatkan otak n akal ko ea..tu pun kalau ada la..TOLONG JANGAN SAMAKAN SEMUA ORANG SABAH MACAM ITU..itu pemikiran sempit..bila ko kata semua org sabah suka duduk hutan itu da melampau da mghina tu..kalau ko tak minta maaf ingat ya pukul 3.22am ko tulis komen tu mudahan ko dapat balasan keceluparan amin
Tak halalkan dunia akhirat org mulut longkang

Yeh Sekupang berkata...

Kejayaan pasti milik kita Pakatan Rakyat insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

Anon 3.22am mesti x pernah jejak kaki ke sabah, ckp org dok hutan, tolong tambah knowledge seblum commemt pls...