4 Mei 2013

[VIDEO] Rancangan UMNO Terbarai Angkara Zul Nordin Yang Bermulut Besar


Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily.

“Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya sambil berseloroh.

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya.

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan.

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan.

“Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah,” kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain,” tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

“Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal,” katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor. -HD



Ulasan GB

Zul Nordin 110% yakin penuh BN akan rampas Selangor. Apa hujah beliau kata tu untuk kata dia boleh menang jika bukan dia tahu pengundi hantu dari luar akan dibawa masuk? -kingofgoblok

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللهُ وَاللهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hati2 dgn plan c dan d

Tanpa Nama berkata...

umngok najib cuma pentingkn selangor jek.. "sayangi selangor".. negeri lain diabaikan dan dianaktirikan. teman org Perak dh meluat. confirm esok teman pangkah Pakatan...

Tanpa Nama berkata...

Zul lupa kotak undi tambahan ni akan masuk sungai Damansara dulu.

Tanpa Nama berkata...

Takburnya ZUL MUNAFIK nie, dia ingat PERANCANGAN JAHAT BEEND SE-MAHA MAHA HEBAT PERANCANGAN KE???

din siam berkata...

Memang di ni PU----- betoi. Ingat tak dulu masa DSAI dituduh liwat 1, dia orang pertama kata betoi dan dia percaya , haram tak tengok bukti pun dia kata betoi... PE--G sungguh !

Bard berkata...

Plan a : hulur duit brim
Plan b : hidangkan video
Plan c : manipulasi spr
Plan d : bawa masuk pendatang asing utk mengundi
Sekiranya sehingga ke plan d masih tidak mampu utk menang,maka plan e akan digunakan...iaitu.....
Kemas2 pjbt,cari fail2 sulit,lari.......

Tanpa Nama berkata...

BALA ALLAH SDH HMPIR BNR DGN KAMU (zul nordin) bsedia lah..kamu sngt jahat, impian kamu utk rasai azab DUNIA akn berhasil,...ALLAH menyediakn mahligai indah di dlm NERAKA sbgai upahan sesudah kamu di hdp ke mahkamah ALLAH...YA ALLAH JDI KAN LAH DI DLM HATI SMUA PENGUNDI2 SUPAYA MEMILEH PAKATAN RAKYAT PG HINGGA PTG ESOK.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Ada sesiapa tau mana boleh dapat klip video full lagu cakap besar dalam video ni x?