14 Mei 2013

Tan Sri Abd Khalid Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor Penggal Kedua


Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan watikah pelantikan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah di Klang pada Selasa. -Foto THE STAR

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di Istana Alam Shah, di sini.

Abdul Khalid mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.05 pagi.

Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin.

Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor.

Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2994 undi. -mstar

4 ulasan:

liamsihaisa berkata...

TAHNIAH TS KHALID. MOGA NG. SELANGOR BERTAMBAH SEJAHTERA DIBAWAH PEMERINTAHAN PR

Tanpa Nama berkata...

Doa doa dari ramai hambaAllah untok kesejehteraan Selangor DE di bawah pakatan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Rakyat Selangor.....
Alhamdullillah !!!!

Tanpa Nama berkata...

Menangis Hasan Ali dab kumpulan UG