14 Mei 2013

Kejayaan Berganda Bagi TS Khalid Ibrahim


Mahkamah Rayuan tolak saman 2,020 ibu tunggal di S'gor

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.

Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.

Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi.

Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa.

Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas.
Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid.

Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak.

Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan. -Bernama

Khalid angkat sumpah Menteri Besar Selangor esok


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah pagi esok sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Istiadat itu berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengekalkan jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua selepas Pakatan Rakyat menguasai 44 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor atau majoriti dua pertiga.

KEADILAN menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi, manakala BN pula hanya memenangi 12 kerusi.

Perkembangan ini menamatkan teka-teki dan spekulasi tentang siapa pemimpin daripada PAS, KEADILAN dan DAP, yang akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas PRU 13, 5 Mei.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Khalid sebagai Menteri Besar.

Dalam PRU 13, Khalid mengekalkan DUN Pelabuhan Klang apabila menumpaskan calon BN, Nasarruddin M Zin dengan majoriti 2,994. Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin Pakatan yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Kesemua 13 Menteri Besar Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama BN.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah bagi air, voucher beli belah,mati dapat duit,beranak dapat duit,masuk U dapat duit dan banyak lagi dapat. Alhamduilillah kurnia Allah.Kalau tak jujor manakan menang lebih baik lagi.Pergi negeri BN dapat tak.Ada cable bodek baru dapat sikit.Syabas MB TS Khalid semoga Allah sihat dan panjangkan umur.

XUMNO berkata...

Dicadangkan kepada ibu2 tunggal yang sedih sangat sebab kalah saman kerajaan Selangor supaya pergi kat wakil2 rakyat atau pemimpin2 umno. Pakailah seksi2 sikit, kalau nasib baik dia orang akan bela dan bela, macam Shafie Bedal.Boleh dapat banglo besar, kereta mewah. Duit belanja tak usah cerita.the

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH Kerajaan Selongor..... tapi kita kena ingat dengan keputusan ini juga akan menyelamatkan AKU JANJI BN di setiap tempat yang dijanjikan/seluruh NEGARA

Tanpa Nama berkata...

Nanti depa kata keputusan mahkamah ini hangpa terima, keputusan mahkamah terhadap petisyen hangpa tak terima hahaha
Trik lama hahaha

Yadzid7007 berkata...

Beribu ribu tahniah TS khalid. May Allah bless u. Ini kalilah..

adibowo berkata...

Kita kena simpati dengan puak ibu tunggal ni, bukan ape, mereka ni bertindak pun bukannya dengan kehendak diri sendiri tetapi terpengaruh dengan cucukan dan apian yang dibuat orang dan pihak tertentu. Tahniah Pak KHalid... Selangor Terbaeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkk !

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn anon 6.55, cuma saya nak menegaskan bahawa umnobn pun tahu sebelum diorang berjanji macam-macam diorang tahu takde sesiapa terikat ngan manifesto, tambahan pulak penipu a.k.a penyamun besar cam umnobn tu

Tanpa Nama berkata...

Pergi mampuslah...
Rezeki ditangan Tuhan.
Bukan ditangan BN/UMNO.

abuya berkata...

sakit hati puak umho ,buat macam2 saman la apa la tapi sayang kalah, kah kah ibu tunggal konon, bukan nak jaga ibu tungal tu sangat tapi nak memalukan pr aja ,loya free maklom aja la kah kah

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya UMNO akan guna apa saja bahan untuk modal kempen. Yang anianya ibu-ibu tunggal yang tak tau diri mereka dipergunakan. Saya harap lepas ni tak kira mana-mana parti, janganlah guna tektik begini, takut nanti hinggakan anak-anak yatim pun mereka peralatkan untuk menang p/raya. MasyaAllah dunia hari ini.

ELBI RISALAH berkata...

Ibu tunggal tu betul2 kena kelentong peguam umno tu. Aku rasa ketua ibu tunggal yang saman tu kalau kena soal peguam. getaq kepala lutut ! ( Pinjam kata2 DM....he he )