12 Mei 2013

"Najib Bakal Diturunkan Lebih Dasyat Dari Pak Lah" Bakal Jadi Kenyataan


Husam persoal kenapa Najib tidak 'ditendang'

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak ‘ditendang’ dari Perdana Menteri berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi dahulu?

Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno ‘tendang’ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12.

“Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah. (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah ‘ditendang’, kenapa Najib tidak ditendang?” Husam mempersoalkan.

Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13, di Pasir Tumboh dekat sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Hadir sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun baru Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Adun baru Demit Mumtaz Md Nawi.

Dalam perkembangan berkaitan, Husam mencadangkan Najib meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Saya bukan sokong Muhyiddin, tetapi bagilah peluang kepada Muhyiddin.

“Ini kerana jelas bahawa tanggungjawab politiknya begitu apabila Najib gagal, dia kenalah serahkan kepada timbalannya," katanya.

Husam mengulas perkembangan semasa ke arah pembentukan Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas PRU-13.

Umum mengetahui pencapaian Datuk Seri Najib adalah jauh lebih rendah daripada pencapaian diperolehi Pak Lah pada PRU-12.

Naib Presiden PAS itu mendakwa undi keseluruhan BN di bawah kepimpinan Najib pada PRU-13, 5 Mei baru-baru ini adalah di bawah 50 peratus.

Pakatan Rakyat (PR) mendapat mejoriti seluruh negara ialah 250,000 lebih daripada BN di mana kerusi BN kuRang tujuh kerusi lagi iaitu daripada 140 kepada 133 kerusi.

Difahamkan, Kabinet baru akan dibentuk Isnin ini.

Dalam perkembangan ini, Husam mendakwa beliau difahamkan, Muhyiddin menuntut supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Justeru, dakwa Husam, Najib rasa tergugat, bahkan Tun Mahathir sendiri menyebut bahawa dia tidak sangka yang pencapaian Datuk Seri Najib pada PRU-13 lebih lemah berbanding pencapaian Pak Lah pada PRU-12.

Husam mendakwa, dari segi Perlembagaan menurut Tun Mahathir bahawa Datuk Seri Najib adalah sebagai Perdana Menteri, namun dari segi amalan Umno maka terpulanglah kepada Umno sendiri sama ada Umno masih mahukan Datuk Seri Najib atau pun tidak.

Selain itu, Husam turut mengulas laporan dakwaan ‘tsunami Cina’ telah berlaku pda PRU-13.

Husam mendakwa kaum Cina bukan tidak mahu pemimpin Melayu tetapi mereka mahukan pemimpin Melayu yang bersih, kerajaan yang adil dan berjiwa rakyat, dan yang ada kedaulatan undang-undang.

Husam mendakwa itu yang ‘hilang’ dari negara kita sama ada di kalangan orang Cina, Melayu, India dan umumnya.

“Jadi jangan mengaitkan isu ini untuk menjadikan ketegangan kaum sama ada di Terengganu, Kedah, Kelantan dan lain negeri di Malaysia,” ujarnya. -HD

Ulasan GB

Lebih setahun yang lalu, GB sudah menjangkakan bahawa Najib bakal diturunkan dengan lebih dasyat dari Pak Lah.

Petikan:

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PM-PENGKHIANAT MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

Buat apa bg pd Muyiddin..Takde bezanya. BN patut undur terus & bg PR.Rakyat bukan nak PM baru dr parti yg sama.

Tanpa Nama berkata...

tanpa KEMALUAN melayu di LAYU kan dgn
menipu menyambut 67tahun HAKIKATnya um NOO telah diharamkan dn dikuborkan
(dah lama dah...elayu mudah lupa)jadi
MEMBARAH HINGGA KE USUS dan akhirnya
membentuk B angkai N egara.muka spt lembu yg dhantui ALTHANTUYA......

Tanpa Nama berkata...

teringat cerita p.ramlee TIGA ABDUL..20%..cerita azean irdawati..50sen...para seniman amat bagus sekali teruskan berkarya..dan tidak lupa pak samad serta barisan penyair, penyajak,kartunis dan penulis novel teruskan memecah benteng demi keadilan,agama.bangsa dan negara.bahasa pembuktian bangsa yang berdaulat.

Fikrie berkata...

Malaysia mau pun UMNO BN itu sendiri tidak akan kemana malah tidak mungkin mampu pulih selagi Najib dikekalkan. Mengekalkan Najib sebagai PM dan presiden UMNO umpama meletak leher ditali gantung. Dan selagi UMNI BN dikepalai pemimpin pemimpin seperti Najib dan Mahathir...Malaysia Baru cuma akan menjadi mimpi disiang hari saja. UMNO BN harus berubah atau rakyat Malaysia yang akan berubah melalui Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

bakal dinobatkan "PM PALING HINA DIMALAYSIA"

Tanpa Nama berkata...

Pm = penipu 1Malaysia

BaDiN berkata...

Naiklah siapa siapa pun jadi PM Asal Cap Dacing dan Berlambangkan Sikeris Telanjang rakyat tak mau sama je perangainya.Selagi puak puak Abu Jahal ni dok kat Putra Jaya selagi itulah Bangsa & Agama ku terhina dek kerananya.KAMI MAHU BKN CAP DACING YG PERINTAH TANAHAIRKU INI titik.

liamsihaisa berkata...

pm 47% kesian

Tanpa Nama berkata...

Pentadbiran Pak Lah memang baik drpd Najib. Najib kebanyakkannya dia ambil calon2 yg kalah bertanding, yg lompat ke dlm kabinet.Rakyat sudah terhidu dr awal. Tambah pula Rosmah menokok tambah.

Tanpa Nama berkata...

Selagi si Bacul jadi ketua, negara akan jadi Bacul juga sehingga papa kedana. Tidak mungkin akan ada Pelabur Asing uang berani melabur di negara yang dipimpin oleh seorang Bacul.

Apa yang si Bacul mau? Melainkan harta dunia untuk anak bini kerabat hingga hari kiamat yang akan muncul sikit hari di masa depan.

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah islam hadari dipakasa turunkan kerana tidak memiliki kebolehan atau kecenderongan "menipu" yang tinggi darjahnya berbanding dengan yang dimilik oleh seorang individu ni yang dia tak tahu serba serbi kecuali hal2mengenai penjenisan najis2...

Kalau dibiarkan kepada pak lah mr clean yang lurus bentul tu pimpin BN tentu BN dah karam PR13 lalu sebab untuk menang kepala BN mesti kena hebat terutama dalam hal tipu menipu dan putar belit ni

ana rasa "dia" akan kekal sebagai kepala BN sebab orang BN takut dan respect pada yang terror pasal tipu menipu ni tapi tak respect pada orang2 yang terror pasal islam

Tanpa Nama berkata...

bukan pakat tajut kat najib tapi suma takut kat rosmoh puako tu

Tanpa Nama berkata...

refuse resist!