12 Mei 2013

UMNO Jadi Kera Sumbang, MCA & Gerakan Tak Sertai Kabinet


Tsu Koon lepas jawatan 16 Mei, Soi Lek sebelum akhir tahun

SHAH ALAM - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini - perkembangan diumumkan hari ini, seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow juga akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini.

Perkara itu diumumkan oleh Tsu Koon di ibu negara selepas mesyuarat pusat parti tersebut pagi tadi.

Timbalan Tsu Koon, Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai jawatan sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun.

Pemilihan parti akan bermula akhir bulan depan.

Dalam perkembangan lain, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau akan berundur selepas pemilihan parti yang diadakan antara Jun dan Disember ini.

"Saya akan pergi pada masa yang sesuai apabila semuanya sudah selesai," kata beliau selepas mesyuarat Mesyuarat Majlis Presiden MCA di ibu negara hari ini.

Pemilihan pusat MCA akan diadakan paling awal bulan depan dan tidak lewat daripada Disember ini.

Kedua-dua Tsu Koon dan Soi Lek tidak bertanding pada PRU13 yang diadakan Ahad lalu.

Sementara itu. Tsu Koon berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau rasa bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan pada PRU13.

"Saya telah memaklumkannya (peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan memberi laluan kepada parti untuk memulakan proses pembaharuan melalui pemilihan jawatankuasa baru pada masa akan datang.

"Walaupun telah meletakkan jawatan, saya tetap akan memberi khidmat saya sekiranya perlu dan akan terus bersama-sama dengan parti bagi meneruskan

Berkenaan dengan penyertaan wakil parti itu dalam kerajaan pusat, Tsu Koon berkata pihaknya tetap dengan pendirian mereka untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam Kabinet.

Bagaimanapun, pemimpin Gerakan masih boleh memegang jawatan di peringkat negeri, katanya.

Ditanya mengenai dakwaan DAP yang menyifatkan keputusan MCA dan Gerakan tidak menyertai Kabinet sebagai tidak matang, Tsu Koon berkata: "Kami hanya menang satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dun sahaja, tidak mungkin bagi kami untuk menerima sebarang jawatan dalam Kabinet kerana anggota yang mewakili kami terlalu sedikit."

Gerakan menang kerusi Parlimen Simpang Renggam (Johor) serta Dun Sidam (Kedah), Pemanis (Johor) dan Tanjong Papat di Sabah.

Gerakan bertanding 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dun pada PRU13.

Pada PRU 2008, parti itu menang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dun.

MCA tetap enggan terima jawatan dalam kerajaan

KUALA LUMPUR - MCA tetap dengan pendirian enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri berikutan prestasi buruknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Parti akan mematuhi resolusi yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan 2011 dan 2012 bahawa MCA akan menolak semua jawatan dalam kerajaan, jika prestasinya lebih teruk pada PRU13.

"Saya ingin menekankan bahawa keputusan itu (untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan) bukan datang daripada saya atau (timbalan presiden) Datuk Seri Liow Tiong Lai, atau mana-mana badan. Ia daripada EGM yang diluluskan sebulat suara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Wisma MCA hari ini.

MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya pada PRU13, menyebabkan ia diberi gelaran memalukan 'seven-11 party' atau parti tujuh-11.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.

Chua berkata keputusan drastik itu juga bagi menghormati keputusan pengundi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyedarinya.

Ditanya sama ada MCA akan mempertimbang untuk menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ditawar oleh Perdana Menteri, beliau akan menjawab soalan itu selepas Perdana Menteri membuat keputusan dan mengumumkannya.

Sementara itu, Chua menafikan khabar angin bahawa banyak pusat khidmat MCA ditutup, dan berkata anggota parti berkenaan hanya ingin berehat selepas menjalani tempoh berpolitik yang lama selain kempen pilihan raya yang sengit.

"Tidak benar pusat berkenaan sudah ditutup... Saya fikir kami memahami hala tuju kami amat jelas iaitu akan terus menjadi pusat yang berorientasikan perkhidmatan, bukan seperti DAP yang tidak mempunyai satupun pusat khidmat masyarakat," katanya.

Beliau berkata banyak pusat berkenaan ditutup buat sementara waktu bagi menyesuaikan diri dengan senario politik yang baru.

"Sebagai contoh, sesetengah pusat dipanggil Pusat Khidmat Wakil Rakyat, namun kini mereka perlu menukar papan tanda kerana tidak lagi menjadi wakil rakyat.

"Rakyat harus menyoal DAP mengapa mereka tidak mempunyai pusat khidmat masyarakat. Mengapa mereka perlu bising apabila pusat khidmat MCA ditutup beberapa hari. Ini menunjukkan mereka masih memerlukan khidmat MCA," katanya.
- Bernama

7 ulasan:

BaDiN berkata...

Bn and the gang macam kera kena belacan,Perut Kotor hinggakan teman sebantal pun dah tak ingin untuk bersama lagi.Di Trg tiada lagi BN, Kesemuanya Adun Umno dlm kerajaannya.
Tak boleh lagi disebut Kerajaan BN sebutlah Kerajaan Umno Haram Jadah.
Ketentuan Allah Tiada Siapa Yg Tahu.

Tanpa Nama berkata...

UMNO bukanlah lagi Kera tetapi sudah menjadi ORANG UTAN yang memerlukan pengawasan dan Reservation seperti ORANG UTAN Sepilok Sabah. Ini diketahui umum dan rakyat menyepi kerana jika tiada lagi ORANG UTAN, kemungkinan kemasukan wang asing melalui Pelancongan akan berkurangan.

Macam macam yea, kalau Hang Tuah dan Hang Jebat masih hidup mereka mereka ini akan melemaskan diri dalam Selat Melaka kerana Malu menjadi Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Bilo dio dok soghey soghey nyo mari kesit, kecuk, nyakik kesunyiye.
Payoh dale banyok karoo, maklong dok soghey. MUDoH jadi GILo

1. kalu gelok/suke soghe, lamo kang oghe kato GILo
2. kalu becakap/bekecek soghe kelih di oghe nye kato GILo

Watpor jadi gitu ?
DOSoo BANYOK DO-oh
1. doso kecek pelawok
2. doso pitnoh ko-oghe
3. doso bahang reto rakyat
4. doso peyror lembu
5. doso nipu rego beli kapal sleey
7. doso nipu rego beli keto kebaa
8. doso wok lari henjeng kapaa terebeey
9. doso pitih royolti miok
10. doso dok kato hudoh ko tok aleng, tok aji, tok lebaa
11. doso dok wi tok aleng tok lebaa ngajoor bacer kitab di sjek suraa
12. doso upoh oghe buke ahli mejeleh fatwa buwi fatwa sesat RM 2juto
13. doso gi pitnoh oghe baik baik buat 7 doso - hok ni tuhe bayaa cash, dokdeey habih kecek ngarok pelawok keno pukoo di ribok

aaaii banyok lagi doso kakas ning

Saghi duo ni dengaa kobaa tubik lidoh jeler, nok jilat balik ludoh kahok hok dok kato hudoh kok oghe lamo ke ni.

Watpor jadi gitu ?
Dengaa kobaa saeng hok dok baik lamo ke ni akat punggong doh.
Oghe kalu banyok sangat kudih kurap, sapo nok besaeng.
Lamo mapuh gitu - MATI BERAGAN LA WEH OGHE NELANG

Tanpa Nama berkata...

BN ADALAH UMNO, UMNO ADALAH BN, SABAH DAN SARAWAK HANYA KUDA TUNGGANGAN UMNO

Tanpa Nama berkata...

MCA & GERAKAN ada perasaan malu sebab kerusi yg diorg menang, memang bleh dikatakan atas dasar menipu..
Cuma UMNO je yg nampaknya sampai la ni tak tau malu selamanya..

Unknown berkata...

mencadangkan MCA n GERAkAN mnyertai PR kerana rakyat skrg bukan menolak calon wakil rakyak tetapi menolak parti BN krn byk penyelewengan yg di mainkan oleh pembankang tidak dpt diterangkan olek krjan spt kes pelihara lembu oleh kluarga sharizat dan pembelian peralatan tentera n lain2 pekara lg

Tanpa Nama berkata...

nama saja melayu dan islam tapi maki hamun mcm orang tak ada agama