19 Mei 2013

Mengapa MB Johor Hanya Berani Serang Koo Ham Tetapi Tidak Chua Soi Lek?


Khaled bidas kenyataan Koo Ham

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor.

Menurutnya, pelantikan Adun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong selaku exco bukan kerana patuh kepada Umno, sebaliknya akur kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Konsep kita ialah konsep kerjasama dan muafakat. Bukan soal subservient (patuh) dan sebagainya, tetapi konsep kerjasama dan muafakat.

“Dan apa yang MCA patuh adalah kepada tuanku dan bukannya kepada Umno. Penerimaan jawatan itu adalah menghormati titah tuanku bukannya Umno. Apa sahaja kita buat pembangkang akan perlekehkan. Jadi kita tak heran bila dia cakap begitu,” katanya kepada pemberita selepas Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013 di Pusat Islam Iskandar, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Koo Ham menerusi laman sosial Twitter yang mendakwa MCA tidak berpendirian kerana sebelum ini tunduk kepada Umno dan kini kepada Sultan Johor khususnya melibatkan soal penerimaan jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor oleh Siew Kiong.

Selain itu, Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan yang baru dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemilihan ramai ahli parlimen Johor.

“Tahniah kepada semua dan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah beri tanggungjawab serta mengiktiraf ramai wakil-wakil rakyat Johor untuk bersama-sama dalam kabinet untuk penggal ini.

“Saya percaya wakil-wakil rakyat dari Johor tidak akan sia-siakan keyakinan perdana menteri dan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang kepada proses mentransformasikan negara,” katanya. -SH

Ulasan GB

GB hairan kenama MB Johor yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hanya membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor sedangkan tidak bersuara lansung terhadap kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang sudah awal-awal menentang perlantikan exco tersebut?

Malah MCA dikhabar mahu mengambil tindakan keatas exco berkenaan.

Soi Lek berkata: Tee (exco berkenaan) masih belum terlepas daripada tindakan disiplin oleh parti dan ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat MCA.

Bukankah kenyataan Soi Lek itu lebih jelas merupakan satu penghinaan terhadap Sultan Johor?

Mengapa kecut untuk bersuara menyanggahi Presiden MCA itu?

Exco MCA Johor bakal berhadapan dengan tindakan disiplin parti
KUALA LUMPUR, 14 Mei — MCA tidak pernah bersetuju dengan perlantikan Exco Kerajaan Negeri Johor ke atas Datuk Tee Siew Kiong dan beliau akan berdepan dengan tindakan disiplin parti, kata presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini.

Dalam satu kenyataan, Dr Chua berkata MCA kekal dengan pendirian diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tahun lalu tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan jika memperoleh prestasi buruk dalam Pilihan Raya 2013.

"Saya mahu jelaskan MCA tidak pernah mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Johor selaras dengan resolusi parti yang diluluskan pada 2011 dan 2012," kata Dr Chua.

Dr Chua kemudiaan menjelaskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang perlantikan tersebut memandang kuasa mutlak adalah milik Sultan Johor .

"Perlantikan Tee adalah dibuat oleh Sultan Johor yang mempunyai kuasa untuk melantiknya.

"Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Besar dan Exco Kerajaan Negeri Johor kerana keunikkan Perlembagaan Negeri," terang Dr Chua.

Walaupun tidak mmepunyai sebarang kuasa untuk menghalang keputusan tersebut, Dr Chua menegaskan Tee masih belum terlepas daripada tindakan disiplin oleh parti dan ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat MCA.

"Jawatankuasa Pusat MCA akan meneliti kes Tee dan dia mungkin berhadapan tindakan disiplin ke atas perlantikan Exco Kerajaan Negeri Johor," tambahnya.

Namun, Dr Chua menggesa para pemimpin MCA dan penyokongnya untuk menghormati pengumuman perlantikan Tee kerana keunikkan Sultan Johor dan kuasanya di negeri selatan tanahair tersebut.

Sebelum ini, Dr Chua mengatakan parti itu memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya tidak mencatatkan peningkatan daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya 2008 pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.

MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen sahaja berbanding 15 sebelum ini.

Difahamkan pelantikan seorang wakil MCA dalam senarai Kabinet itu dibuat atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mahu wakil Cina dalam kerajaan negeri Johor.

Tee yang merupakan Setiausaha Penganjur MCA Kebangsaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang akan mengetuai portfolio Pelancongan, Perdagangan Domestik dan Kepenggunaan.
— Bernama


5 ulasan:

RG Sport berkata...

Mca derhaka pada sultan tu....mana perkosa,mana jati,mana pengkida,mana awie,mana zul nordin,mana dia pejuang melayu yg tengin wal bangang

Tanpa Nama berkata...

Zul nordin sibuk maklumlah kan sudah YB Shah Alam...ingat kata- kata dia dlm youtube after 5/5/2013 I am YB Shah Alam and there 's no if...Cakap sombong dan bongkak...Allah tidak suka kepada orang yg sombong...marilah kita sama sama tidak suka sama zul nordin...say no to zul nordin.

Tanpa Nama berkata...

Maka TAMATLAH KARIER Politik Ghani Osman, semoga sia insaf, kembali kejalan Allah. saya amat meluat melihat aksi gatal ghani dengan halimah sidiq (bini orang) bepimpin tangan mesra di satu majlis, maka bertaubatlah.....
Untuk Khalid jadilah MB yang berwibawa dan telus yang salah, salahkan yang betul ya kan. Dalam mca semua cina dalam DAP banyak Cina ada lain-lain bangsa, jadilah MB yang bijak dan saksama, anda BUKAN MB untuk umno sahaja, anda adalah MB RAKYAT..... jangan jadi macam mat said ikang ganu kite... Bodho... Ugut rakyat bahawa dia kerja untk umno.
Sdr Khalid JANGAN ZALIMI RAKYAT.. tunaikanlah amanah Allah dengan baik.... Tahniah dan selamat berjuang....

Tokwan Perak

Tanpa Nama berkata...

Elok jangan sebut Nama si chuacd tu, Supaya tidak mengotorkan mulut and jiwa.

Tanpa Nama berkata...

selamat tinggal Gani Temiang. Aku lagi pulak paling menyampah ngan Gani Temiang tu(bekas) MB sebab bawak Halimah Sadik kat Singapore berdua-duaan dan bersukaria sebagai kekasih berbulan madu. Yg lagi aku benci ngan Gani Temiang ni ialah jual tanah dan harta bumiputra di Johor kepada warga asing bersama seorang Cina klo tak silap bernama Lim kang hoo. Gani Temiang ni mentahkedarah duit rakyat johor terutama orang2 umno berbilion2 henggit. malangnya orang umno kebanyakannya tak sedar malah bodo dan mempertahankan Gani Temiang. Harapan kpd Khalid Nordin agar kembalikan hak bumiputra dan saham terakhir bumiputra yg digadai dapat dikembalikan. jangan ikut jejak langkah Gani Temiang yg jahat dan mengkhianati orang2 Melayu.