19 Mei 2013

Hassan Ali Mendapat Apa Yang Beliau Sebutkan.. Tak Dapat Satu Undi Pun...


Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah.

Malah di Selangor sendiri PAS telah berjaya menambahkan kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi DUN.

Dan yang tak mendapat satu undi pun ialah Hassan Ali sendiri, apabila beliau tidak lansung dapat menjadi calon bagi UMNO/BN yang dbodeknya di sepanjang program jelajah dari utara sampai ke selatan tanahair.

Beliau akhirnya dipermainkan UMNO BN.

Umum mengetahui bahawa Hassan Ali amat bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor setelah termakan hasutan dari UMNO BN kononnya beliaulah orang yang paling layak menjadi Menteri Besar Selangor ketika beliah masih lagi di dalam PAS.

Akibat dari hasutan itu beliau telah melakukan beberapa tindakan bodoh seperti menggugurkan Khalid Samad dan Shaari Sungip dari barisan pimpinan PAS Selangor disamping melakukan tindakan-tindakan yang tidak menggambarkan beliau seorang yang boleh bekerja di dalam satu pasukan khususnya Pakatan Rakyat sehinggalah akhirnya beiau dipecat yang menurut kenyataan Presiden PAS, "keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS." Boleh baca di SINI tentang kisah pemecatannya.

Tujuan GB menulis entri ini bukan untuk menghenyak orang yang telah jatuh, tetapi ingin menarik perhatian tentang perlunya seseorang ahli jemaah untuk berlaku "ikhlas dan jujur" (sincere & honest) di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

GB pernah menulis begini

sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan ulamak dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang ulamak ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!


Jika Hassan ALi ikhlas dan jujur di dalam perjuangannya, besar kemungkinan hari ini beliau adalah diantara pemimpin PAS Selangor yang paling kanan untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.

Namun demikianlah "sibghah" (celupan) dan perancangan Allah... Hassan Ali kini sudah menjadi sejarah...

16 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Jangan lah kata dia dah jadi Sejarah....

Sdy gek...bila terkenangkan dia

Mula mula dalam PAS orang China suka dia.....

Samapi ada China(Parit Buntar) yg x tau nama kata itu olang cakap selupa api ....

Biar lah dia dgn Dunia nya...

Semuga kebijaksanaan nya di salur pada tempat yg sesuai bagi nya....

Kita maafkan dia...asal dia tidak mengulangi kesialapan yg sama....

Ameeennn

Tanpa Nama berkata...

ingatlah, sesiapa yg berpaling drpd jemaah Islam, sesungguhnya jemaah Islam tidak rugi ttapi mereka yg berpaling itulah akn menrima kerugian

Tanpa Nama berkata...

Dah lah UMNO kalah teruk di S'gor, lagi dia org tak pandang dia ni, ptuih!!!!

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali merupakan orang yg pernah aku puja dan puji sebelum ini, semasa beliau baru bersama jemaah PAS. Pernah aku bertengkar dengan ayah aku ketika sedang makan, katanya.."Hassan Ali, ayah rasa egen BN nie". Aku cepat2 sangkal dakwaan tersebut. Aku kata kalau kita ikuti ceramah Dt Hassan nie seperti "Hal ehwal Islam" dan beberapa siri ceramah lain nampak dia nie cenderung kearah jemaah PAS. Tetapi, amat malang saudara dan saudari...(ayat yg gemar Hassan Ali sebut)...Memang benarlah kata2 Ayah aku tu, rupa-rupanya, fikiran orang tua2 nie me bijak menyelami hati dan budi sesaorang...Alahai Hassan Ali, rumah kata pergi ..Kubur kata mari...insaflah apa yg telah saudara lakukan. Kepetahan saudara bercakap dan berpidato rupa-rupanya racun yang telah saudara hamburkan. Ingat Dt Hassan, dunia ini hanya pinjaman, Akhirat jua kekal abadi.


Man Laksa.

Tanpa Nama berkata...

yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..wak ali boleh la jual tempe selepas ini ya..lebih berkat dari mencaci sana sini..

Tanpa Nama berkata...

Man Laksa, banyak lagi agen BN dalam PAS sedang atau belum beraksi

Tanpa Nama berkata...

BETUL BETUL BETUL

aku tak maksum berkata...

hassan ali? sejarah?

salah tuuuu.. "dibakulsampah"

dia tak layak jadi sejarah.. dia menyemak je.

Tanpa Nama berkata...

gb, boleh tak jangan siarkan berita hasan ali lagi, boleh tak.

Tanpa Nama berkata...

sedih tengok hassan ali sebegini. ini akibatnya gila nafsu nak jadi Mentri Besar tetapi melalui cara tak sehat. muka nya pun nampak macam tak baik, rupa setan. maaf yea...kerana sama seperti perangai nya.

Unknown berkata...

anon 10:55PM

dibawakan kisah Hassan Ali ini supaya menjadi iktibar kepada pemimpin/ahli PAS yang lain-lain...

Allah sendiri mengisahkan hal Firaun, Namrud, Abdullah Ubai dan sebagainya... untuk apa? itu semua sebagai pengajaran kepada kita semua agar jgn dituruti jejak langkah mereka...

Tanpa Nama berkata...

WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAH HUKHAIRUNMAKIRIN..ORG TAMAK SELALU RUGI, ORG SABAR BIASA NYA ALLAH AKAN MENGGANJARKAN SESUATU...TETAPI TIDAK PD ORG YG NAK NAIK CEPAT DAN AKHIR NYA MELOPONG..

Tanpa Nama berkata...

Tokwan doakan semoga balasan Allah ini memberi keinsafan dan kesedaran kepada hamba Allah ini, semoga ia menjadi seperti riwayat orang yang membunuh 99 orang danyang ke 100 adalah alim yang tersalah memberi nasihat. Akhirnya dalam usaha bertaubat walaupun blm tercapai hasratnya ia diterima Allah.
Tokwan kenal manusia ini sejak Kolokium Pertama Penerapan Nilai Islam dimasjid Subang Parade tahun 80an. Ketika itu namapak beriman dan berilmu. Kami sama Ajk penganjur......

Tetapi tokwan AMAT TERPERANJAT KETIKA DIGOMBAK KETIKA MENFITNAH AZMIN & ISTERINYA BERTUKAR PASANAGN, cari video dalam youtube....
AMAT JELIK DAN KEJI UNGKAPAN KATANYA FITNAH YANG JELAS DAN NYATA....

MAKA INILAH BALASAN ALLAH SECARA TUNAI DIDUNIA...... SEDAR DAB BERTAUBATLAH.... KEMBALI KESEJEDAH DENGAN SEBENAR-BENARNYA.

Ps : Tokwan bukan penyokong Azmin, tapi bila di fitnah sedmikian rupa tokwan terpaksa membuat pendirian.

Tokwan Perak

Tanpa Nama berkata...

Jangan pandang enteng pengaruhnya selagi beliau bernama Hassan Ali sebab beliau masih merupakan talian hayat UMNO dan pendapatan tetapnyakmasih dibiaya UMNO. Beliau akan diberi peranan selepas ini untuk memporak-perandakan PAS kerana terdapat golongan dalam PAS yang cenderung ke arah kerajaan Perpaduan dan Hassan Ali menjadi penghubung. Agenda ini jika terlaksana akan mengkucar-kacirkan PAS dan merupakan kaedah paling berkesan untuk UMNO terus bernafas melangkah untuk terus memerintah Malaysia berdekad akan datang. Apalah pelaburan sekarang pada UMNO jika hayat mereka dapat diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

Hasan ali dah gila meroyan...akibat sifat perasan terlebih.dia pernah kata ''gelombang ke2'' bakal meletus akibat pemecatannya dari PAS..apa dia ingat aura dia mcm DSAI ke? Last2 jadi kera sumbang & katak bawah tempurung.

Tanpa Nama berkata...

TOLONG BERSIHKAN MAIS DARI DIA & THE GENG (SIDEK,AIDIT,DLL). HOK NI KENA SOKONG AZMIN UTK BERSIHKAN.