11 Mei 2013

Johor Bukan Lagi Kubu Kuat BN, PAS Akan Terus Asak


Johor bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya baru-baru ini dan PAS akan terus mengasak tempat kelahiran parti Umno tersebut, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Salahuddin juga menyatakan komitmennya untuk terus berkempen di Johor dan menjadikan negeri tersebut destinasi tetap walaupun tewas di kedua-dua kerusi yang ditandinginya memandangkan sokongan kuat yang diterimanya pada pilihan raya baru-baru ini.

“Selepas ini, hidup dan mati saya adalah di Johor, saya akan fokus untuk bantu PAS di sini.

“Walaupun tewas di kerusi Nusa Jaya dan Pulai, sokongan pengundi di kawasan itu meningkat malahan saya hanya tewas kerana undi awal dan pos,” kata Salahuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Salahuddin tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusa Jaya hanya dengan majoriti 2,201 kepada calon BN, manakala di kerusi Parlimen Pulai pula beliau tewas sebanyak 3,226 majoriti, satu pencapaian yang baik berbanding pada tahun 2008 dahulu.

Di samping itu, Salahuddin juga mengganggap prestasi keseluruhan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selatan semenanjung tersebut adalah membanggakan selepas berjaya memenangi 18 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) negeri tersebut.

“Bagi saya prestasi Pakatan di Johor sangat membanggakan dengan kemenangan 18 kerusi Dun.

“Malah sehingga kini, tiada pemerhati dan penganalisis berani mengatakan Johor adalah kubu kuat BN lagi... malah, banyak kerusi yang ditandingi Pakatan tewas tipis sahaja,” tambahnya lagi.

Menurut Salahuddin lagi, taraf negeri Johor kini adalah sama seperti negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya 2013, di mana ia dianggap sebagai kerusi boleh menang PR pada pilihan raya yang mendatang. -TMI

3 ulasan:

bijak kancil berkata...

hanya orang GILA DAN BODOHLEMBU saja yg setuju dengan kenaikan barangan n minyak,air,api dan sebagainya..tapi
tanpa ada KEMALUAN merintih dan marah
kerana kos hidup tinggi setelah beri sokongan BULAT pada parti/pemimpn pen
YAMUN NEGARA.Bodoh bersama pemimpin rm500 cukup setahun belanja(nak urus jenazah pun x cukup)malah rakyat dhina dgn jumlah tersebut lebih baik dari turun harga minyak/barang.ini otak penuh TAHI najib dan penyokongya

Tanpa Nama berkata...

Salahuddin Ayob tewas angkara lahanat lahanat yang mengkhianat rakyat , dari pengundi hantu hingga ke setan tua yang tidak kenal ajal maut azab kubur.

Yang HAQ menewaskan BATIL , dan dengan ini kaum si bahalol akan juga tewas.

Tanpa Nama berkata...

Bil letrik rumah aku naik lagi. Akan naik lagi sepanjang 5 tahun lagi. Tak larat dahhh