11 Mei 2013

Berita Luarnegara Lapor Najib Dijangka Lepaskan Jawatan PM Hujung Tahun Ini


Berita Reuters yang disiarkan di luarnegara menyatakan, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkemungkinan perlu melepaskan jawatannya di penghujung tahun ini, memetik sumber dalaman partinya apabila Barisan Nasional menang tetapi dengan prestasi paling buruk di dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Najib, 59, telah cuba memperkuatkan masa depan politiknya dengan harapan memperkukuhkan majoriti BN di parlimen melalui pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia sebelum berlansungnya pilihanraya kali ke 13 pada 1 Mei yang lalu.

Tetapi usaha Najib dilihat gagal setelah BN cuma memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi daripada pencapaian BN pada tahun 2008 dan gagal memperolehi majoriti 2/3 yang diharapkannya.

Untuk kali pertama di dalam tempoh 44 tahun, BN juga gagal untuk meraih undi popular.

Tertekan dengan keputusan itu, Najib kini berdepan dengan tugas sukarnya selepas ini.

“Kita akan dapat menyaksikan Najib akan turun di penghujung tahun ini,” kata seorang pemimpin kanan UMNO, parti yang mendominasi BN.

“Beliau mungkin enggan (letak jawatan), kita tak pasti tentang itu, namun beliau telah menunjukkan prestasi paling buruk. Beliau kini tidak mempunyai banyak kuasa tawar-menawar lagi,” katanya, yang lebih suka untuk tidak mendedahkan identitinya.

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh di dalam UMNO, memberitahu Reuters tahun lalu bahawa Najib perlu memperbaiki kedudukan 140 kerusi yang dimenangi di dalam tahun 2008 atau berrisiko kedudukannya tergugat.

Kaum Cina, yang membentuk seperempat penduduk Malaysia, memilih untuk menolak Barisan Nasional, satu penerusan terhadap tren 2008. Mereka telah menolak dengan jelas parti MCA, parti kaum Cina di dalam BN.

Najib, yang tersentak dengan keputusan pilihanraya tersebut telah menyalahkan “Tsunami Cina” sebagai faktor kekalahan BN. Namun yang nyata juga, sokongan dari masyarakat Melayu terhadap BN, terutama di kawasan bandar, juga merudum, satu petanda kelas menengah Melayu kini mengharapkan satu perubahan.

Najib, akan terpaksa berdepan dengan cabaran dari dalam UMNO sendiri seawal Oktober atau November, apabila parti itu mengadakan perhimpunan dan pemilihan terhadap kepimpinan parti.

“Di dallam pemilihan kali ini, kita akan dapat menyaksikan mereka yang tak berpuas hati bangun dan meminta Najib untuk meletakkan jawatannya", kata sumber berkenaan yang juga pernah menduduki kerusi kabinet sebelum ini.

Barisan Nasional juga gagal untuk merampas Selangor, yang diwarwarkan sebelum ini oleh Najib, negeri yang amat perlu ditawan kembali oleh UMNO.

“Najib kini mengepalai sebuah parti yang kehilangan undi popular, sebuah parti gabungan yang terpaksa berhempas-pulas untuk membuktikan legitimasi pemerintahannya,” kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Institut Untuk Democradi Dan Hal-Ehwal Ekonomi di Kuala Lumpur.

“Pada pendapat saya ia bukan perkara mudah untuk Najib”, tambahnya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

padan muka rosmah. kau ingat title flom kau tu kekal selamanya, dahlah cipta gelaran sendiri. tu anak pompuan kau tu klau tak dikawinkan dlm taun ni takkan adanya merasa dpt gelaran weeding of the year anak seorg pembesar negara. baru bertunang dah diusung kehulu kehilir cam laki bini, ataupun dah dikawin koboi senyap2 sbab maklumlah budak jantan tu wanted criminal.

Tanpa Nama berkata...

bukan gentleman lah, macam mat mat rempit kampong dan pekan tak sama macam budak budak bandar.

budak bandar gentleman, ada teloq pentingkan maruah. ini mat rempit buat malu bangsa aje pandai, buat menyemak aje bila masok bandar.

kalau sudah gentleman, semalam gagal esok juga mengaku kalah bukan ludah sana ludah sini macam ayam betina. ada beza tau.....

Tanpa Nama berkata...

Najib patut bertahan dengan mematikan semua penyokong Mahyudin termasuk Mukriz.
Dengan cara ini UMNO akan kembali berkuasa style mahathir dengan membuang mana-mana yang lawan tokey.
Satu lagi cara Najib untuk terus kekal ialah dengan mengadakan perkahwinan anaknya secepat mungkin.
Dengan kehadiran Prince Charles, Prince william, Obama, Raja Arab Saudi, Presiden Rusia dan semua Republik bekas Soviet termasuk kazakhstan.
Paling penting pastikan kunjungan hormat Presiden kazakhstan diadakan semasa perkahwinan itu nanti.
Najib tentu boleh mendapat tajaan dari Air Asia MAS yang akan memberi penerbangan percuma kepada semua rakyat Malaysia yang akan menghadiri perkahwinan Wedding of the Year Malaysia itu nanti.

James Labi berkata...

Kalau Pak Lah kena undur, takkan jibby yg prestasi lebih teruk tak kena undur.

Belanja berbillion untuk meraih sokongan, tapi pulangan lagi mengecewakan. Istilah Pakar pelaburan ROI - Return On Investment is negative atau pulangan pelaburan merugikan.

Kalau dulu muyiddin berani mendesak Pak Lah berundur, sekarang kita nak tengok muyiddin berani tak mendesak jibby berundur. Dulu Muyiddin yg mendesak Pak Lah berundur, yg dapat jadi pm jibby.

Sepatutnya Muyiddin nyahkan jibby sebelum PRU13 lagi. Dia ni slow sikit. Tu orang panggil dia mat sembab. Kita tunggu dan lihat.

liamsihaisa berkata...

tolonglah jangan suruh dia berhenti. kesian kak mah nanti dia nak shopping dan bercuti kad dubai london macam mana. kena fikir tu. kesian kat dia. nanti tak dapat gi shopping terus masuk tanjung rambutan

Tanpa Nama berkata...

Kalau muhyiddin nyahkan najib..kau oraangpun tetap kutuk muhyiddin kalau otak dah keparat buat apapun ko kata tak betul. Dasar tak tau diuntung.malayu tak kenang budi

Tanpa Nama berkata...

berpijak la pada realiti otak ahli parti. selalu drang bising ja. last sekali pilih pemimpin yang tu gak. tak caya tgk je la nnt.