11 Mei 2013

[VIDEO] Khalid Ibrahim: Memang Saya Kedekut Sebab Itu Bukan Duit Saya!


Ada orang kata saya kedekut. Yaa!! Memang saya kedekut, sebab itu bukan duit saya, itu duit dan hak rakyat, berdosa besar jika saya salah guna duit rakyat.

Saya tak boleh beli syurga dengan duit. Saya akui tak berapa pandai berpolitik, tetapi saya pandai berniaga dan cari duit untuk kerajaan negeri Selangor." - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

*Ucapan beliau di Majlis Kesyukuran Pakatan Rakyat di Dataran Kemerdekaan malam tadi, 9 Mei 2013


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Khalid Ibrahim contoh pemegang amanah rakyat yang patut di contohi. Beliau mengesahkan ada nya azab kubur dan seksa neraka.

Kerugianlah mereka mereka pemegang amanah rakyat yang mengkayakan diri mereka dengan hasil pecah amanah. Tidal kah mereka mereka yang sesat mengetahui harta hasil pencurian akan menjadi bahan api membakar mereka i lam neraka kelak?

Mereka adalah umat umat yang rugi lagi tersesat.

Ketahuilah !!!!

Unknown berkata...

http://selokapilihanraya.blogspot.com/2013/05/blog-post_2990.html?spref=fb

Tanpa Nama berkata...

Selangor di bawah Tan Sri Khalid dah terbukti kejayaannya. Rizab simpanan negeripun bertambah ke 2.9 billion. Itu baru 5 tahun memerintah. Tak sepeti di zaman BN memerintah, lebih 50 tahun berkuasa simpanan negeri cuma 500 Juta ringgit sahaja. Aku pasti duit yang banyak ini akan dimanafaatkan kepada rakyat kelak.

So, pama mereka yang bulat mata melihat simpanan yg begitu banyak ini, jangan lah cepat melatah. Ini duit negeri. Duit rakyat. Aku pasti kalau 50 tahun Pakatan terus memerintah, sudah pasti negeri Pahangpun Selangor boleh beli jika di lihat keadaan negeri Pahang yang ada di bawah Adenan Yakub ini.

So, jangan gaduh2 sesama kita. Patutnya kita terus membantu kecemerlangan ini lagi. Jangan kerana nyamuk seekor,habis kelambu dibakar semua. Last2...semua menonggeng.

Unknown berkata...

Bagus dan jangan membazir dalam mengurus harta rakyat. Tetapi jangan kedekut pada semua tempat.

Tanpa Nama berkata...

malangnya azmin mahukan mb belanjakan duit itu utk membantu aktiviti pkr. jauh beza TSKI dgn AA..

Tanpa Nama berkata...

aku kalau balik kg waktu raya, anak2 sedara yg membazir bakar mercun memang aku tak beri duit raya. Bior mereka kata aku kedekut. Tapi yang baik2 tu aku memang suka sangat nak beri. Jangan jeles ye...

Unknown berkata...

Syabas TS Khalid, itulah sepatutnya setiap pemimpin patut, harta rakyat bukan harta milik sendiri, Semuga TS Khalid terus membangunkan Selangor, pedulikkan golongan yang tamak dan mementingkan diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Untunglah kau orang rakyat Selangor dapat MB 1st.class. Kami di Terengganu dapat MB tak cerdik. Nasib...nasib.

Sendiri berkata...

mana duit tak byk parking atas tanah pun kena saman...harp bn memeritah balik,,,abis duit gaji bayar saman parking jer,,,MPK