Seorang bloger PR, Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam tadi dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Polis berkata blog Milo Suam memfitnah pegawainya pasal mengundi 23 March lalu..
Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pemilik blog Milo Suam didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.
Syed Ismail Syed Azizan berkata unit RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.
Jap jap Datuk.. Milosuam mendedahkan pasal Anggota Polis mengundi 23 April lalu. So rasanya sama la dengan PENGAKUAN yg tertulis dalam facebook rasmi PDRM sendiri kan? Bukan nak backup Milosuam x tentu pasal tapi ini FAKTA yang PDRM keluarkan sendiri..
Datuk check tak laman facebook rasmi PDRM juga mengesahkan bahawa anggota polis telah mula mengundi pada 23 April 2013. Lihat printscreen tu. Taknak soal siasat sekali ke ADMIN FACEBOOK RASMI PDRM tu? Printscreen ini diambil pada 1.38am (baru kejap tadi)
Klik untuk lebih jelas
Adakah penahanan Blogger Milosuam sebenarnya berunsur politik? Jika benar dia melakukan kesalahan menyebar fitnah, bagaimana pula dengan PapaGomo dan rakan2 blogger pro UMNO? Jangan ketepikan amanah tugas demi melindungi kebathilan, balasan Allah berat.. -orenji
Blogger Milo Suam ditahan polis kerana dedah penipuan SPR?
KUALA LUMPUR 2 MEI: Blogger, Milo Suam yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini di Setia Alam sebelum dibawa ke Bukit Aman.
Ia dinyatakan dalam laman facebook rasmi KEADILAN lewat malam ini yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya.
“Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square,” kenyataan itu dipetik.
Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Milo Suam yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar.
Blog itu memaparkan kekeliruan yang didakwanya ditimbulkan SPR berkaitan undi pos dan undi awal.
Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan SPR.
Ironinya, blogger pro-Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam walaupun kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang. -KD
10 ulasan:
Kami milo suam!!
Kami milo suam!!
Kami milo suam!!
KAMI SEMUA MILO SUAM!!!
pangkah PR biar menang PRU13 lepas tu kasi cuci bersih karat biru dalam PDRM...sental dgn clorox!
Aiyok Aiyok tak tau..
sapa buat?
Polis sentri papagomo jaga...
Polis undi milosuam kena...
Dia copy paste isu ini dari facebook PDRM. Patutnya you kena tahan admin PDRM kalau rasa ianya satu kesalahan. Nampaknya PDRM berotakkan biru juga macam baju uniform diaorang. Mungkin perlu tukar uniform diaorang ke warna hijau baru diaorang dapat berfikir dengan waras.
siapa yg akan membela milosuam, saya harap peguam2 PR yg handal2 bantu dia, jgnlah ditinggalkan dia bersaorangan. penyokong PR dan rakan taulan dia yang ada kapasiti utk tolong kena tolong jgn cakap saja berdegar2.
mari kita yg lain2 sama2 doa mudah2an Allah melindungi sesiapa yg bekerja utk menegak keadilan, yg ditindas oleh penguasa yg zalim.
Masya Allah !!!!!
Doa umat yang di aniaya tiada tapisan kepada Allah SWT... Takut lah mati dan seksa kubur itu benar.
UMNO zalim, ya allah tumbangkan UMNO dan BN kerana kezaliman mereka
sb polis sudah mula bekerja untuk umno penipuan terang terangan akan berlaku dimana rakyat diminta bangkit utk melawan dan akhirnya peristiwa berdarah 13 mei akan cuba di hidupkan jadi prancangan demi prancangan telah disusun sesuai dgn cara mahathir memrintah tetapi dia lupa allah lagi jadi penetuan atas kehendaknya memang bukan senang utk menang dgn puak yang menidakan kuasa allah ttpi allah tetap bersama orang yng berjuang kepada kebenaran
polis karat biru beb.pasal tulah dlm perhimpunan dgn kakitangan kerajaan baru baru ini najib umum kenaikan gaji untuk polis dan tentera SAHAJA.jabatan lain ada dapat?dapat tengok je la.so kakitangan kerajaan yg lain apa macam?nak sokong bn?
Aku memang dah agak , perkara ni pasti berlaku, tambahan pulak blog pro pr, Hancur BN hancur Umno, Inikalilah TUKAR tukar , ubah .
Catat Ulasan