Johor bahru, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam.
Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.
Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.
Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.
Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.
“Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.
“Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain,” katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik.
Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.
Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan.
“Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar.
“Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan,” katanya, dan menambah, “kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi.”
Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India.
Selepas majlis selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu.
“Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul”.
Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 orang diluar negara layak mengundi untuk Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah ini. Johor yang merupakan kubu kuat BN juga diancam dengan kehadiran tokoh besar seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAS.
Johor juga merupakan negeri dimana Umno dilahirkan. -TMI
7 ulasan:
Sebetulnya kerusi itu ada orang duduk tapi tak nampak dalam kamera. Itu kerusi untuk pengundi POS dan pengundi hantu.
Doa rakyat yg dzalimi, dtindas,d ugut,dfitnah, dtngkap, d pnjara dn khinati sngt2 d makbul kn dn tiada hijab dsisi ALLAH..wrga PAKATAN RAKYAT bragama ISLAM mri lah sma2 bdoa..YA ALLAH KMI MGADU KPD MU YA ALLAH, PERMUDAH KN LAH KMENANGAN KPD PKATAN RAKYAT, SMUA PNYOKONG2 UMNO BN BRSIMPATI DI BILIK UNDI DGN MEMILEH PAS PKR DN DAP, YA ALLAH ENGKAU GERAK KN LAH STIAP TNGAN2 YG MEMANGKAH UNDI SUPAYA UNDI PKATAN RAKYAT TMSUK PENGUNDI HANTU..YA ALLAH HANCUR KN LAH TNGAN2 JHAT YG MENGHALANG HRPN RAKYAT TMSUK (SPR)..TUMBANG KN LAH UMNO DN BRISAN NSIONAL DGN BELAS KASEHAN MU YA ALLAH..
Tahniah Pakatan Rakyat !!!!!
Ada Hantu , Ada Hantu..... Chabut !!!! Chabut !!!!! Chabut !!!!!
Hanya ketua Hantu saja yang dapat ber ceramah dengan Hantu Hantu...
video spr buang banner pakatan rakyat
http://bloggerkb.blogspot.com/2013/04/bekas-pm-disambut-hantu-altantuya-di.html
Ini bukan salah penganjur. Jgn la buat-buat tak tau pulak, seluruh negara dah tolak Be End. Kalu malu nak ceramah dengan kerusi duduk diam2 kat rumah atau yang lebih baik untuk orang dah tua macam dia tu lebih banyak ke surau atau masjid je.
Orang cina berusia saja kau boleh tarik?? Orang muda ke mana semuanya? Ini membuktikan orang muda sekarang bukan bodoh tetapi youlah yang membodohkan diri sendiri kerana gagal melakukan tugas sebagai ahli parlimen. Said NO to UMNO agar orang bodoh yang tak tahu berkerja dapat digantikan dengan orang pintar yang tahu berkerja sebagai ahli parlimen.
minggu lepas kat puchong..spr sauk semua banner pakatan..memang nampak sangat2 spr tak jujur!! busuk hati!!
Catat Ulasan