29 Apr 2013

[VIDEO] 15,000 Rakyat Sabah Sambut Anwar, Jalan Terpaksa Ditutup


Tawau 29 April: Sambutan luar biasa rakyat Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Tawau semalam sangat mencemaskan Umno Barisan Nasional.

Ini berikutan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Sabah dan Sarawak tidak mampu ditawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Beliau menyatakan demikian susulan lautan 20,000 rakyat membanjiri ceramah Anwar di Sarawak Jumaat lalu.

Bimbang dengan sokongan rakyat itu, Najib turut bergegas bertemu penduduk Sarawak keesokan harinya.

Bagaimanapun, usaha Najib untuk meyakinkan penduduk Malaysia Timur itu gagal apabila kedatangan Anwar ke Sabah disambut ribuan rakyat.

Dua jalan menghala ke pejabat KEADILAN Tawau, iaitu lokasi ceramah Anwar berlangsung, terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada 15,000 penyokong yang tidak putus-putus hadir mendengar amanat pemimpin negara paling popular ketika ini.> (Lihat kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)).

“Dengan sambutan kepada Pakatan Rakyat sebegini, Najib boleh kata; ‘Saya yakin Umno Barisan Nasional boleh menang’.

“Sebab RTM, TV3 tak akan siar semua ini. Memang tak boleh pakai…Bila (kita) boleh tengok semula RTM, TV3? 6 haribulan (Mei 2013), InsyaAllah…(lepas kita menang ke Putrajaya),” kata Anwar malam tadi, disambut sorakan gemuruh rakyat di Jalan Kuhara, Taman Gek Poh, Tawau.

Sementara itu, Pengarah Program Kempen Pilihan Raya KEADILAN Tawau, Thressia M Umar menyifatkan, kehadiran ribuan rakyat adalah kerana faktor populariti Anwar sendiri, selain gerak kerja jentera yang mula berkempen tiga hari selepas Anwar mengesahkan kehadirannya.

“Datuk Seri Anwar memang popular, Perdana Menteri Najib Razak datang pun jalan tak ditutup macam sekarang.

“Generasi muda terutama yang sudah mendengar ucapan dan ceramah beliau di tempat-tempat lain menerusi internet, tapi semuanya mahu mendengar dan melihat sendiri beliau berucap,” kata Thressia.

Anwar kemudiannya bergegas pulang ke Semenanjung pada jam 8 malam, untuk dua lagi siri ceramah di Setiawangsa dan Subang, malam tadi.

Sebelum itu, beliau menjelajah Gum-Gum, Sikom, Silam, Semporna dan Lahad Datu untuk menyampaikan amanat terakhir pilihan raya.

KEADILAN meletakkan Datuk Kong Hong Ming sebagai calon di Parlimen Tawau (P190).


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SYABAS DN TAHNIAH DATO SERI..laluan ke PUTRAJYA smakin hmpir...alhamdullilah stu dmi satu sekatan/helah musuh2 ALLAH binasa..hmpir PM bru bkl d tbl.

Tanpa Nama berkata...

Amacam ini? semua orang muda pergi dengar ceramah PR. Orang tua yang hayat tinggal beberapa tahun sahaja yang mahu dengar ceramah BN. Tulah UMNO / BN you mengganggap orang muda ini bodoh sekarang dah tahu dahkan siapa yang bodoh sebenarnya. Tukarkan orang bodoh kepada orang pintar pada PRU akan datang. Said NO to UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Rakyat !!!!

Tahniah Pakatan Rakyat...

DS Anwar Ibrahim , PM Baru Kita....

Yahoo !!!!!

Ammy Hassan berkata...

Pada 29 April 2013, seorang penceramah PKR, Sdr Suhaimi Hassan, terkorban apabila kereta yg dipandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di seksyen 17 Shah Alam. Moga ini bukan akibat sabotaj politik. Al-Fatihah.

WarFitnah berkata...

MARI KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KITA TUNJUKKAN JALAN KELUAR UTK UMNO/BN LAKNATULLAH. TAKBIRRR !

BN =BARUA NEGARA

HidupRakyat berkata...

Salam GB, ipar aku yg kerja kat r&d jpm tu bagitau kelmarin, dia hantar freelancer utk follow DSAI ke mana jugak DSAI pegi ceramah, tak terfollow beb! penat gile diorang nak follow DSAI, terlalu laju pergerakan DSAI! Tahniah sejuta kali Tahniah! Kekuatan dan kudrat kebenaran adalah dari Allah jua!

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya telah timbul kesedaran kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa perlunya kerajaan persekutuan ditumbangkan demi menyelamatkan wang negara daripada dirompak oleh pemimpin UMNO/BN.