27 Apr 2013

P125 Putrajaya: Husam Musa Jauh Lebih Layak & Lebih Berwibawa Dari T. Adnan


Putrajaya kawasan berprestij, Husam lah yang secucuk sebagai wakilnya

Pertembungan diantara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang wakil yang betul, maka Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang ‘colorful’ dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.

Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.

Jika kita benar-benar memilih mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada pada Husam itu semuanya ‘natural’ dan tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.

Hanya satu yang lebihnya T Adnan dari Husam, iaitu T Adnan banyak wang ringgitnya. Tengku Adnan mempunyai banyak bisness yang besar-besar dan semua bisness beliau itu adalah dari kedudukan beliau dalam UMNO selama ini sehinggalah jawatan beliau sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Tengku Adnan berbuat bisness dengan taikonya Vincent Tan. Tengku Adnan lebih takut kepada Vincent Tan dari pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri. Kita boleh campurkan satu dengan satu atau dua dengan dua, kita tahu kenapa Vincent Tan begitu berpengaruh dalam kerajaan dan UMNO itu sendiri.

Justeru jika rakyat Putrajaya mahukan wakilnya seorang yang seperti T Adnan ini maka Tengku Adnan lah patut dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang wakil Legislatif yang berwibawa dengan keperibadian yang segar secucuk dengan imej Putrajaya sebagai kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang paling tepat dan sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya. Dari segi kemanusiaannya Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap dari lawannya itu.

Saya yang merupakan pengundi di Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada Husam. Jika undi boleh dikirim seperti kita mengirim undi dalam rancangan Akademi Fantasia, saya akan menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang mungkin kerana sokongan terhadap Husam tidak boleh di abaikan jika kita mahukan perubahan.

Husam perlu diberikan sokongan samada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu undi atau usaha yang lebih mulia iaitu untuk bermohon terus kehadrat Allah SWT. Pengundi-pengundi Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya mendapat seorang wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.

Saya berdoa agar Husam sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa. -aspanalias


BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang


Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.
-HD



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nk bn tumbang..jgn undi bn....undilah pakatan...aku dh boring ngan bn...kali ni nk bg undi pakatan...

nshinah berkata...

Non-military warfare in Malaysia has begun by Powers that be,using Anwar and co., to see a divided Muslim community right here in Malaysia.

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/non-military-warfare-in-malaysia.html

Tanpa Nama berkata...

Bukan menggunakan anwar n co la bro
Sebaliknya kalu betul ada campur tangan asing, sebenarnya yg membuka ruang campurtangan asing adalah kelemahan, penyelewengan, pentadbiran umno
Walau 1000 anwar tidak dapat menggugat pemerintahan kerajaan yang baik benar2 dicintai rakyat

Tanpa Nama berkata...

Kalau tahu Husam nak bertanding di Putrajaya sudah tentu ramai yang berpindah tempat pembuangan undi ke Putrajaya, pangkah Husam bagi menjatuhkan wakil BN tersebut.

wan78 berkata...

Moga 10,000 undi berpihak kepada Hussam. Realisasikanlah.

Tanpa Nama berkata...

T. Adnan berwibawa menjadi taukeh casino dan judi.Beri income pada BN.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Husam Musa memang selayak memimpin Putrajaya dari si kotor tahap kandang Khinzir....

Maaf le , tengok raut air muka Husam pun bersih dan sejuk aje berbeza dengan calon BN tu.

Macam aliran air sungai di kampong kampong di Hulu hutan sejuk , bersih dan nyaman berbanding dengan Sungai di Lukut tu.