Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur kerana enggan memberi kerjasama kepada SPRM bagi menyiasat penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu.
Jika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu kerana gagal menjalankan tugasnya.
“Bukan sahaja tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM,”
“Jika Taib tidak berundur, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah,” kata Lim dalam kenyataannya.
Taib pada Khamis lalu berkata, beliau “tidak akan bekerjasama” dengan SPRM berhubung satu video yang didedah NGO antarabangsa, Global Witness.
Rakaman video itu Mac lalu membongkar skandal pembalakan melibatkan keluarganya yang merampas tanah pedalaman didiami rakyat miskin Sarawak.
Berkongsi pendapat sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut meminta Najib membubarkan SPRM jika tidak berani mengambil tindakan.
“Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen di Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang,” tegasnya.
Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan SPRM boleh dihukum denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pula berkata, Taib cuba mengatasi undang-undang hingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.
“Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.
SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan dijalankan ke atas video tersebut yang antara lain merakam percakapan ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya yang menyalahgunakan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri.
SPRM dilapor turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.
Ulasan GB
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Maruah dan keredibiliti SPRM tercabar. Teramat nyata sekarang pemimpin BN sendiri memperleceh dan memperlekehkan SPRM. Rakyat kini menunggu apakah tindakan SPRM selepas ia diperlekehkan sedemikian rupa dengan keengganan Taib Mahmud memberikan kerjasama terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Apakah SPRM bersedia untuk mendapatkan waran tangkap kepada pemimpin BN Sarawak itu? Jikalah yang bercakap sedemikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat, GB rasa dah hiruk pikuk satu Malaysia... Jika tiada tindakan dari SPRM, itulah bukti nyata SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN fullstop
14 ulasan:
Siapa yang lebih berkuasa?
ini lah satu sebab kakitangan kerajaan benci tak sudah terhadap YB.dan seterusnya hilang sokongan undi sombong,bodoh,bongkak,
Salah satu cara terbaik untuk membuatkan SPRM pandai dan reti bertindak ialah dengan menswastakan SPRM!!! Baru SPRM ok... boleh jalan!
kalau dkt negara china dah kena gantung puak2 nee...... sbb kejam,,,, kita rakyat dianggap mcm sampah aje.... tambah SPRM tak geli pun bg mereka..... fikir2kan lah puak2 yg menyokong perjuangan UMNO ini..... tak mustahil kita ini disepak terajang oleh pemerintah yg kejam ini... contoh terdekat apa terjadi pd DSAI... sedangkan beliau adalah seorang TPM pada masa dulu..... mmg hebat kuasa PM malaysia ini.... kebal dari di hukum.... biarkan umur mereka panjang.... nikmati lah hidup didunia puas2.... nanti rasai lah keperitan yg tak terbilang.... akan kuasa2 ALLAH..
Taib Mahmud kan Raja Sarawak.
PM Malaysia sekarangkan Raja Malaysia
Nak suruh pencuri tangkap perompak, mana boleh! mereka kan satu geng, PENYAMUN TARBUS. Bermain dlm satu pasukan. 2x5= 5x2.Tumbangkan BN. Semua institusi sudah rosak dan tak boleh dipercayai. SPRM, Kehakiman, JPN, SPR, Polis, tentera, Imegresen.Semua ketua2 atasan dah jadi lembu kena cucuk hidung, lkut apa gembala cakap.
Dan...
kalau 8 tuntutan Bersih
tidak ditunaikan
mansuhkan SPR...
Dan...
kalau JPN terbukti menyeleweng
bubarkan JPN...
Dan...
kalau Mahathir beri MayCard
kepada pendatang asing.
hantarkan dia ke penjara Sungai Buloh...
Kita jadikan pemimpin2 dan penguasa2 yg zalim ni sebagai PATI. Rampas harta dan IC mereka, Tendang dan halau mereka keluar dari Malaysia. Sebelum rakyat dan anak cucu kita menjadi PATI di tanahair sendiri. Penderhaka2 ini mengunakan PATI sebagai penyelamat mereka sementara rakyat sendiri dizalimi. Tak payah bicara, pasai kesalahan mereka ini dah cukup jelas. Itu selayaknya pada penzalim2.
UMNO berkuasa kerja menipu bersama SPR dan SPRM
SPRM tak boleh haraplah dan tak apa lagi kamu boleh harap dari parti Cap Dacing.
Sokong 100%.
Berhenti jadi Ketua Menteri bukan satu keputusan yang adil.Yang adil,seret dia kemahkamah.
Taib ade taktik tu.. kalo dia didakwa..maka taib istihar nk kluar dri malaysia.. kalo mengikut perjanjian perkara 18 -20 perkara kwmerdekaan ( suruhanjaya cumbot).. kerajaan perseketuan dh langgar mostly agreement tu... taib bole gadai sarawak tu ke brunei ( yg mana bekas owner sultan sarawak sblom diserah kpd brooke dulu )... najib takut ilang negri fix deposit dia... lain ler lau sarawak miskin x de sumber...
Catat Ulasan