Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.
“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”
“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.
“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.
Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.
“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.
Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.
“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?
“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.

3 ulasan:
selepas itu rakyat yg membuat aduan mengenainya,,,celaka HISHAMUDIN kata
ini semuanya FITNAH..MEREKA bukanlah
PENGGANAS wlpun BERSENJATA.Tapi rkyat
negara ini berhimpun aman terus di-belasah oleh ANJING um NO dn Bgkai
Ngara.KPN dgn TAKBUR SABAH selamat.ni
semua adalah BALASAN ALLAH terhadap kezaliman,takbur dn tidak adil pd rakyat.kalau di negara lain menteri ni dah letak jawatan atau dibunuh,
Pertanyaan,
Ini kali lah,
Boleh kah mana-mana pihak yang rasa teraniaya atau tidak berpuas hati akan tindakan pihak kerajaan dalam hal menyelesaikan atau mendepani sesuatu isu yang berkaitan dengan keselamatan orang ramai, memohon penjelasan, tunjuk sebab atau mengemukakan saman di mahkamah?
Maaf,
Ini kalilah.
Mohon penjelasan.
DARI AWAL AWAL LAGI AKU DAH TAU NI SEMUA GIMIK UMNO JE LAH.. TIME TIME NAK PRU NI LAH PULAK GIMIK PENCEROBOH NI MASUK LINE..SIAPA ADA AKAL CUBA FIKIR..TIME TIME MASA NI LAH PULAK SI NAJIB NAK BUBAR PARLIMEN..ADA AKAL FIKIR,KORANG TAK BOLEH HIDU SESUATU KE?? SEMUANYA JALAN CERITA CANTIK JE KAN...
Catat Ulasan