[BONGKAR] K'jaan Terengganu Bayar Pertemuan Dengan Blogger UMNO Termasuk Papagomo?


Kuala Terengganu: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu.

Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

"Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri,

"Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki,

"Apatah lagi kini telah disahkan oleh PDRM bahawa Papagomo telah ditamatkan perkhidmatan kerana melakukan jenayah dan Pengerusi SPR mengakui bahawa beliau juga adalah seorang pengundi hantu,
" ujarnya.

Menurutnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff selaku Pengerusi SPR mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Manakala susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mac lalu mengesahkan bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, telah dibuang kerja kerana kes jenayah.

"Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri telah ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. dan kemudiannya telah dibuang kerja daripada pasukan polis sejak September 2012.

"Penjelasan polis ini menunjukkan kerajaan Umno Terengganu selama ini telah mempunyai hubungan bekerjasama dengan blogger papagomo yang disahkan melakukan jenayah,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media. -BO

Ulasan GB

GB meminta satu laporan polis dibuat oleh KAMI.

Setidak-tidaknya untuk tujuan rekod sekalipun besar kemungkinan polis tidak menyiasat hal tersebut (Ini kerana sebelum ini sudah ada laporan hubungan baik Ketua Polis Negara dengan si penjenayah itu, papagomo).

Namun sekalipun tiada tindakan polis buat ketika ini, kita akan pastikan tindakan dilakukan semasa PR memerintah nanti dan tindakan saman ke atas polis yang tidak mengambil tindakan ke atas laporan yang dilakukan juga akan dilakukan nanti.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dan yang bersalah pasti terhukum!

2 comments:

View Comments/Post a Comment

2 comments:

Nam Ron said...

Blogger penjenayah dan pengundi hantu yang amat dikehendakki kini telah menukar nama samaran daripada Papagomo kepada 'Papakedana'....beliau kini menghilangkan diri kerana dikejar saman berjumlah berjuta2 ringgit. Dipercayai beliau kembali kepada kerja asal iaitu tonggeng bontot kat Chow Kit Road di Lorong Hj. Taib....

Anonymous said...

kpd mat said ingat sikit setiap sen yg di belanjakan itu adalah duit dari hasil jerih perih rakyat, ingat juga segalanya akan di tanya di akhirat. perbelanjaan untuk Agama atau apa?????????

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: