4 Apr 2013

Artikel & Gambar Fitnah: 2 Jam Hamidah Osman Dipanggang Peguam Hanipa


Hamidah teruk di'grill' oleh peguam

Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas hampir 2 jam.

Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu".

Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan.

Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad.

Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan Januari 2010 jam 12.09 pm tersebut.

Namun Khalid Samad telah memanggil saksi yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun posting asal di dalam blog Hamidah telah dipadam namun ia masih boleh diakses melalui www.archieve.org.com. yang menunjukkan posting asal artikel tersebut masih wujud dan jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian seperti seorang paderi.

Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad keluar beberapa kali kerana berasa kesihan melihat Hamidah di'grill' oleh Hanipa.

Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut : -

S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan anda bahawa artikel di dalam blog anda mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian paderi?

J : Ya.

S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid?

J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya.

S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan dalam saman beliau bahawa datuk telah super imposed gambar tersebut, apa yang dia kata di dalam blog datuk wujud gambar super imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi mengapa datuk nak nafikan apa yang Khalid tidak kata dalam samannya? Ertinya mengapa datuk perlu nafikan gambar itu disuper imposed oleh datuk apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan?

A : errr...

S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan datuk, datuk bergantung kepada pembelaan justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini?

J : Itu saya serah pada peguam saya.

S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda bergantung kepada pembelaan justifikasi, hakikatnya datuk menyatakan apa yang datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian paderi maknanya datuk boleh buktikan memang benar beliau berpakaian paderi, begitu juga jika datuk kata Khalid melacur agama datuk boleh buktikan memang benar dia melacur agama, soalan saya adakah datuk mempunyai bukti-bukti tersebut?

J : Tiada.

J : Dengan bergantung kepada pembelaan justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi dari segi yang lain pula datuk kata apa yang datuk terbitkan itu adalah benar..mana satu ni datuk?

J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya.

Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah bahawa beliau mengingatkan para pembaca yang ingin membuat komen di blog beliau perlu berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak menggunakan guna bahasa yang kasar. Hanipa bertanya

S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk yang guna kata-kata tidak berhemah apabila datuk guna kata-kata seperti Plaintif melacur agama dan menolong menaikkan semangat pihak kafir menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk?

J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah..

Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini.

Khalid Samad diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Datuk Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

13 ulasan:

Amuraria berkata...

LAGI SEKOR LEMBU PEMFITNAH PARTI PANDI KUTTY !ABU!

Tanpa Nama berkata...

berfikir sebelum bertindak bukannya bertindak baru berfikir...skrg padan muka...

Tanpa Nama berkata...

Apa punya YB UMNo macam ni. Dah lontar keburukan orang, nak sembunyi dan tak ngaku pulak itu yang dia buat.

Memang haprak punya YB. Jenis YB yang tak bertanggungjawap. Nampak sangat pembohongan nya. Serupa macam POPOgomo ja perangainya.

Berani keran benar lah wahai YB Hamidah. Takut mengaku, kerana salah.

Shahrul Yusof berkata...

Kukus, grill, panggang!
Kukus, grill, panggang!
Kukus!

Tanpa Nama berkata...

pakai tudung tutup aurat tapi tak nak tutup kebodohan memfitnah orang

Tanpa Nama berkata...

Ini baru kat mahkamah dunia....

Tanpa Nama berkata...

Dalam UMNO ada Papagomo

ada pulak mamagomo!!!

Mampuslah UMNO lagi baik

Tanpa Nama berkata...

Cerita susulan yang admin tidak berani dedahkan...

Adalah tidak adil bagi YB Dato Hamidah apabila dibekalkan bukti palsu yang dijadikan bahan eksibit makamah kemudian disuruh berhujah berdasarkan bukti tersebut.

Kes perbicaraan YB Dato Hamidah semalam menyaksikan peguam Khalid Samad Mohamed Hanipa Maidin seorang Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS) menyoalbalas saksi utama YB Datto Hamidah.


Peguam membekalkan dua dokumen iaitu muka halaman yang kononnya diambil daripada blog hamidahosman.blogspot.com tetapi diambil menggunakan medium ketiga iaitu http://web.archive.org.

Malangnya ada dua dokumen yang berbeza telah dibekalkan kepada mahkamah untuk dibuat rujukan satu dokumen memaparkan muka Khalid Samad berpakaian seperti bishop dan satu lagi tidak ada sebarang gambar.


Sebelum itu pihak Khalid Samad mengemukakan seorang saksi iaitu Dr Rosmadi Mokhtar daripada UKM bagi mempertahankan bahawa bukti yang diambil daripada http://web.archive.org tidak boleh diubahsuai walaubagaimana pun pihak Dato Hamidah menerusi seorang saksi iaitu pakar software dari Dubai mengatakan bahawa bukti yang diambil daripada http://web.archive.org boleh diubahsuai dan beliau berjaya membuktikannya.

Pada perbicaraan semalam YB Dato Hamidah diarahkan oleh pihak Khalid Samad untuk berhujah berdasarkan bukti palsu. Walaubagaimana pun YB Dato Hamidah enggan menjawab beberapa soalan kerana disuruh menjawab berdasarkan fakta palsu yang dibekalkan oleh pihak Khalid Samad.

Beberapa soalan yang tidak dijawab oleh YB Dato Hamidah adalah:

Hanifa Maiden: Setujukah Dato apabila saya katakan Dato berniat jahat menuduh tanpa bukti terhadap Khalid Samad

Dato Hamidah: Saya tidak bersetuju kerana bagaimana pula dosa orang yang menuduh saya berniat jahat menuduh orang lain sedangkan bukti yang dibekalkan kepada saya semua palsu.

Haniffa maiden: YA tengoklah Dato menuduh saya pula bagaimana? saya hanya menyoal

Hakim: Awak tu kenapa menuduh Dato, sepatutnya awak seorang peguam tahu etika seorang peguam untuk menyoalbalas bukannya menuduh.

Haniffa Maiden: Maaf Yang Arif

Hakim: Bukan minta maaf pada saya tapi pada Dato Hamidah

Haniffa Maiden: Saya mohon maaf Dato

Dato Hamidah: Sebagai seorang Islam saya memaafkan awak

Tanpa Nama berkata...

Hormat TS Khalid. Teruskan saman. Jgn biarkan org tidak bermoral mempermainkan maruah tuan. Hebat cara peguam tuan mengemukakan soalan.
Mana mungkin org luar meletak sofa dlm rumah(blog) kita tanpa izin.

Tanpa Nama berkata...

Mampuh mung midah...

Tanpa Nama berkata...

Hi midah, tahi lalat kat pipi dan pakai tudung memang manis, tapi kenapalah perangai ko mcm pompuan jalang! Lebih ringan dosa ko tak pakai tudung lepas tu jadi jalang drp apa yg ko buat sekarang menfitnah lebih berat di sisi Allah swt. Wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

Saudara kalau benar dakwaan hamidah bahawa bukti itu palsu pasai apa dalam pernyataan pembelaan hamidah mengakui kewujudan gambar di dalam artikel tersebut. Kalau gambar tidak wujud mengapa tidak nafikan di dalam pembelaan dan mengapa midahtidak batalkan saman Khalid.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka kena grill di mahkamah. Dalam mahkamah kena beri keterangan yang betul dan benar.