4 Apr 2013

PRU13: Pakatan Rakyat Perlu Ganti BN Kuasai Putrajaya


Barisan Nasional (BN) tidak patut lagi diberi peluang untuk kekal memerintah negara kerana selama lebih lima dekad pemerintahannya, rakyat terus dihantui dengan pelbagai masalah, termasuk isu perkauman dan korupsi, salah guna kuasa dan gagal menyatukan semua kaum di negara ini.

Ini membuktikan kerajaan BN gagal menangani masalah pokok yang membelenggu rakyat negara, termasuk kenaikan harga barang kerana mereka lebih utama memperkayakan kroni.

“Slogan 1Malaysia sekadar slogan tanpa pelaksanaan jujur, BN biarkan golongan fanatik dan NGO perkauman terus-menerus membakar sentimen kaum dan agama, ini tidak sihat dan bahaya untuk kita,” kata Pembantu Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing, Kasthuri Patto.

Menurutnya, perjuangan DAP sejak dulu hingga kini komited untuk menjadikan Malaysia untuk rakyat Malaysia dan tidak bermusim seperti yang dilaksanakan BN.

“Kita mahu perpaduan rakyat seluruh bangsa yang ada di Malaysia dengan perpaduan sebenarnya. Bukan perpaduan plastik. Kita mahu perpaduan yang kukuh, di mana seluruh rakyat senang dan tidak berprasangka buruk antara antara satu sama lain,” katanya pada majlis makan malam, di sini, mlam tadi.

Menurut Penasihat Strategi Media Sosial DAP, Yeo Bee Yin pula, wujud jurang perbezaan yang besar antara pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat (PR).

“Bila PR berjaya mentadbir Selangor, kerajaan negeri tidak menaikkan tarif air negeri ini malah membelanjakan RM650 juta setiap tahun untuk memberi air percuma kepada rakyat. Nilai rezab kerajaan negeri juga meningkat daripada RM400 juta kepada RM2.7 bilion. Ini membuktikan ketelusan dan kecekapan urus tadbir kerajaan negeri.

“Begitu juga di Pulau Pinang, kerajaan negeri mampu memberi insentif kepada rakyat. Ini semua bukan hutang, hutang negeri pula dapat dikurangkan daripada RM630 juta kepada RM30 juta. Ini juga kerana pentadbiran yang telus dan berintegriti,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat bertekad melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya umum nanti.

“Kali ini kita perlu ubah kerajaan (pusat) yang ada kepada kerajaan PR,” katanya bersemangat. – Roketkini

4 ulasan:

kg senduk bg berkata...

kalau tgok dgn kemeriahan rakyat menyokong PR mmg lah ramai yg sokong.... tapi boleh kah pemerintah bertindak telus dalam PRU13 nee....... keyakinan saya akan ada penipuan asalkan mereka memerintah semula.... saksikan lah...... dan bykkan berdoa pada allah agar PR yg akan memerintah

Tanpa Nama berkata...

Aku tak sabar utk menikmati kehidupan yg lebih baik. PR perlu menang. Ekonomi rakyat akan terjamin. Tol kurang. Minyak turun. Royalti minyak milik kelantan. Pendidikan percuma....dan segala mcm perkara yg menguntungkan rakyat. Duit kroni dan rasuah kita rampas semula!!! Bagi kepada tabung rakyat!"

Tanpa Nama berkata...

Pak Najib x nak berdebat ngan ngan Abg Anwar....jd sy nak cadangkan supaya PR usulkan utk ajak Pak Najib main dlm rancangan terbitan Astro "Betul ke Bohong" tp jgn bg AC Mizal jd his..bg UAI jd hos. sapa salah kita Karen dia....

Tanpa Nama berkata...

Betul, saya pun sokong pr, tapi org bn dan umno ni jahat. Mereka mungkin tidak telus dalam pru13 ni. Takkan dgn mudahnya dia nak beri pr kemenangan.