4 Apr 2013

Taib Mahmud Perlekeh SPRM, Apakah Tiada Tindakan Terhadapnya?


Taib enggan beri kerjasama pada SPRM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal” dan “tidak jujur”, kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu.

"Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur.

"Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.

Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12.

"Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi.

Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil.

"(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang didedahkan Global Witness itu.

Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Suruhanjaya itu turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.

Ulasan GB

Maruah dan keredibiliti SPRM tercabar.

Teramat nyata sekarang pemimpin BN sendiri memperleceh dan memperlekehkan SPRM.

Rakyat kini menunggu apakah tindakan SPRM selepas ia diperlekehkan sedemikian rupa dengan keengganan Taib Mahmud memberikan kerjasama terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Apakah SPRM bersedia untuk mendapatkan waran tangkap kepada pemimpin BN Sarawak itu?

Jikalah yang bercakap sedemikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat, GB rasa dah hiruk pikuk satu Malaysia...

Jika tiada tindakan dari SPRM, itulah bukti nyata SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN fullstop

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bak kata orang ... Cuma Pehin Seri saja boleh call SPRMs bulff! Ada berani ke? kahkahkah..

Unknown berkata...

tolonglah SPRM siasat taib ni betol2...kesian rakyat sarawak...sedih nengoknye,dah la die bedal segala hasil sarawak,penduduk asal pun dihina nya...mmg xde perasaan nye si laknatullah ni...semoga allah hancurkan kekayaan,kekuasaan yg dimiliki die secara haram tu...aminn

Jai berkata...

Buku bertemu ruas

Tanpa Nama berkata...

inilah akibat terlalu lama memerintah sehingga undang2 yg sendiri digubal oleh kerajaan BN tidak mahu dipakai..menteri sendiri yg memperlekeh badan pencegah rasuah Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Dia bukan sahaja cabar SPRM dia juga cabar rakyat Sarawak dengan mengatakan rakyat Sarawak bodoh secara tidak langsung. Kepada rakyat Sarawak kamu tak terasa tercabarkah dengan kenyataan sedemikian???? Kalau i rakyat sarawak, kepala i dah nak menidih dah sampai 100 darjah celcius kerana kenyataan Taib Mahmud ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah kaya-raya,mulalah sombong dan angkoh - "Dunia ini ana yang punya".SPRM sudah tentu ada bukti untuk seret dia kemahkamah.Sapina aje untuk hadir kemahkamah.Nak tengok sama ada dia berani atau tidak.

Jai berkata...

Kebanyakan tengok tv... Macam mana nak berubah... Nak tengok sapa berkuasa...

Tanpa Nama berkata...

agong tak rasa tercabar ke?

kg senduk bg berkata...

kalau bungkus taib mahmud..... mcmna BN nak dapat kemenangan disrwk..... kan cara penipuan PRU dlm gengaman dan akal taib.... berani ka SPRM nak dakwa taib..... kena call sj dari najib alantuya confirm.... kecut....

Tanpa Nama berkata...

Org sarawak apa lagik??? Masih nk biarkan diri n kaum diperbodohkan?? Hanya amda yg boleh ubah di peti undi. Tanya diri masing2.

Tanpa Nama berkata...

wajah tua kutuknya dah serupa jerangkong, langsung tak ada nur, mungkin pembalasan dari Allah SWT akibat ketamakan dan kerakusannya memakan harta dunia yg bersifat sementara.

Tanpa Nama berkata...

padan dgn muka sprm anjing umno tu, kena sebiji dgn tuannya sendiri. biasanya anjing tak akan mengigit tuannya...

Tanpa Nama berkata...

daaah, takut sudah orang tua ni.
apa pulak dia kata;

""Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini,"

sprm nak buat kerja bukan nak tau kau dapat menang 2/3 pru negeri..oiii orang tua. tak faham!!

Tanpa Nama berkata...

"Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi.

tak faham betul orang tua ni. SPRM nak buat kerja bukan nak tau kau dapat 2/3 menang pru negeri yang lalu. Ada faham, orang tua?????

Tanpa Nama berkata...

org tua ni lebih power drpd najib. najib nk buat apa? org tua ni boleh lompat parti bila2 masa. sabah/sarawak pun mmg dh trkenal dgn kes lompat melompat ni. kalau si tua ni bwk parti dia kluar BN, sebelum hari mengundi lg BN dh mampus...

Tanpa Nama berkata...

taib mahmud dengan hukum Allah tak takut, ini pula SPRM, dia juga ada satu dari sifat munafik..... Bila janji nak letak jawatan km depan najib lagi tu dia mungkir.....
Ada bini dedah aurat gila-gila sampai nampak lurah dan bukit........
KALAU SPRM TEGAS BUATLAH SESUATU..... TAKUT menikus pulak ".......bukan bidangnkuasa kami...." Seaba dia orang bn....

WarFitnah berkata...

apa yg nak di hairankan, SPRM makan gaji dengan KERAjaan UMNO/BN, SPRM tak buat MLM ke, bukak kedai runcit ke kan......so tak kan SPRM RELA nak apa-apa kan tuan dia kan......lagi di PERBODOHKAN dan DIPERKOSA oleh UMNO/BN ada laa......BODOH KAYU !!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah dia ketua Lanun Pirates of Borneo.Takbur dgn kemewahan yg disonglap cara haram.Mmg haram j pya tua kutuk.Kalau ada dpn aku mmg aku ludah muka kau.xsedar diri pya manusia.

Tanpa Nama berkata...

begitu sombong dan bongkak kenyataan atok ni...apa tindakan selajutnya oleh SPRM setakat ini, waktu ini dan ketika ini......HAMPAS..dukacita...kami rakyat melihat bertapa 'double standrd' mereka kepada pembangkang....tunggu kemenagan Pakatan...kita ubah...tunggu Atok....ini KALILAH...

Tanpa Nama berkata...

Kalau kerajaan dapat mengambil balik duit yang dicuri oleh Taib Mahmud, saya rasa hutang negara akan kurang 50% bahkan setiap rakyat akan jadi jutawan.

Oleh kerana malayu terlau percaya bahwa UMNO memperjuangkan untuk melayu, akhirnya Mamak Kerala, Musa Aman, Taib Mahmud dan kroni-kroni nya saja yang kaya sedangkan Melayu hidup dalam kesusahan.

mohdakhbar29 berkata...

buankah ada undang2 yg menyatakan sesiapa yg enggan bekerjasama dng siasatan SPRM maka orang itu boleh didakwa.maka sekarang SPRM hendaklah mendakwa taib ini kerana enggan bekerjasama.jika SPRM masih berdolak dalih maka terbuktilah SPRM adalah barua pemerintah.

Tanpa Nama berkata...

Bukanlah menjadi perkara pelik jika Taib Mahmud tidak menghormati dan enggan bekerjasama dengan SPRM. Sebelum ini memang pemimpin-pemimpin BN/UMNO lain pada masa ini tidak menghormati SPRM, buktinya yang kaki rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak didakwa di mahkamah walaupun terang-terang terbukti melakukan kesalahan.

Yang rakyat tahu SPRM hanya ada KUASA MENYIASAT SAHAJA tetapi TIADA KUASA MENDAKWA. KUASA MENDAKWA hanya ada pada PEJABAT PEGUAM NEGARA.

Inilah akan terjadi PENDAKWAAN TERPILIH.

Tanpa Nama berkata...

Accronym SPRM dari SWAK

Ha..ha..ha..Kan SPRM tu maksudnya:
SURUHANJAYA PENAKUT REKOD MAKLUMAT
SEKIRANYA PELAKU RAKAN MAHAFIRAUN
SEKIRANYA PELAKU RAKAN MALAON
SEKIRANYA PELAKU RAKYAT MAHAKAYA
SEKIRANYA PELAKU RAKYAT MAHAKUASA
SEKIRANYA PELAKU RAKYAT MUNAFIKUN.

Tanpa Nama berkata...

SPRM:1-SURUHAN PENCEGAH RAKYAT MISKIN...Tak boleh kaya.
2.SURUHAN PELIDUNG RAKAN MENTERI.